Dirotan tanpa belas kasihan

sally

freshman
Joined
Aug 26, 2009
Messages
2,655
Likes
0
Points
36
Offline
#1


Kesan calar pada lengan Francis. - Foto Sinar Harian
< 1 / 1 >
JASIN - Hanya kerana dituduh mengambil barang rakan sekelas, seorang murid tahun empat bukan sahaja dipaksa mengaku, malah turut dirotan beberapa kali dalam bilik darjah.

Mangsa, K John Francis, murid sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) di Simpang Bekoh, dekat sini mengalami kesan lebam pada tangan dan kaki setelah dirotan seorang guru.

Malah, Francis turut trauma apabila kejadian dia dirotan disaksikan rakan kelas termasuk adik kembarnya, Christoper yang berada di kelas sama.

Datuk mangsa, P Arokasamy, 63, berkata, dia hanya menyedari cucunya dirotan guru setelah melihat perubahan tingkah laku Francis dan keadaannya lesu sehingga hampir pengsan.

Menurutnya, Francis menceritakan dia dirotan dan dicubit di bahagian perut oleh gurunya kerana tidak mahu mengaku mengambil barang rakan sekelas.

"Ada beberapa rakan Francis datang melawatnya turut bercerita dia telah dirotan hampir di seluruh badan kira-kira setengah jam.

“Saya terkilan kerana guru terbabit menuduh cucu saya tanpa usul periksa dan menyuruh Francis mengaku dia mencuri sedangkan dia tidak berbuat demikian," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Francis berkata, dia segera ke sekolah berkenaan untuk memaklumkan perkara itu kepada guru besar, malangnya guru besar tiada pada waktu itu.

"Apabila saya minta nombor telefon guru besar, mereka tidak mahu memberikannya sehinggalah saya memberitahu akan membuat laporan polis berkenaan perkara itu, barulah saya dapat nombor telefon terbabit," katanya.

Arokasamy berkata, berikutan kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Jasin, Khamis lalu sebelum Francis menjalani pemeriksaan di Hospital Jasin pada hari sama.

“Saya tidak marah sekiranya cucu saya dirotan untuk diajar, namun apa yang dikesalkan guru terbabit merotan tanpa belas kasihan.

“Sepatutnya dia perlu siasat terlebih dahulu sebelum menyuruh cucu saya mengaku dia mengambil barang itu,” katanya.

Tambahnya, dia sekeluarga terkilan apabila dua hari selepas kejadian itu, guru terbabit bersama guru besar baru datang ke rumahnya.

“Dia bagaimanapun tidak meminta maaf pada kami, malah langsung tidak bertanyakan tentang keadaan cucu saya," katanya yang juga telah memanjangkan kes cucunya di Pejabat Pelajaran Daerah Jasin.




sumber;http://www.sinarharian.com.my/dirotan-tanpa-belas-kasihan-1.244716
 
Joined
Mar 18, 2013
Messages
22
Likes
0
Points
1
Offline
#2
Dulu aku pernah kene tampar dan kene tumbuk cikgu sebab buat bising, tapi takde nak komplen sane sini.
 

sally

freshman
Joined
Aug 26, 2009
Messages
2,655
Likes
0
Points
36
Offline
#3
pelajar2 sekarang ni...terlalu dimanjakan sangat, sikit2 nat buat report.
 
Top