Diari Usahawan eBay Berhingus

Joined
Sep 12, 2006
Messages
1,092
Likes
1
Points
38
Age
40
Offline
#41
Barang tak sampai byk gak nih...Full Refund aku kasi..bagi dia org syok..so, reputasi takkan jatuh. Jgn pikir untung semata-mata, pikirkan reputasi kita..itu cukup penting
 

kallam

freshman
Joined
May 31, 2007
Messages
1,073
Likes
0
Points
36
Offline
#42
bila kita dah di suspen oleh ebay maka buyer pun aperlagi dispute lah paypal kita pastu pressure kita suruh refund lebih2 lagi pada siapa yang tak cek AN ynag cuti mase tahun baru ciner . Siap aku kene warning dgn buyer nak bunuh akulah,panggil aku OSAMA LADENLAH(sebab dier tengok nama aku ader mohamed kut). Tapi aku buat tak tahu jer tapi sumer email aku reply cakap barang akan sampai kdg pressure beb dan raser bersalah tapi lastly brg sampai gak akhirnyer diorang oun close case dispute ...leger :)
 

dilemma

Super Senior
Joined
Sep 9, 2008
Messages
937
Likes
55
Points
28
Age
35
Offline
#43
thanks dr.dilemma..AC doc amacm? masih jalan ka?
AC sekarang stop dulu. Tengah main dengan eBay. Haha. Tapi naik belajar nanti iALLAH sambung balik kot. Sambil-sambil buat nota, sambil-sambil buat duit. :D
 
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,789
Likes
46
Points
48
Offline
#44
tq kpd seme yg bkongsi sama, lagi2 bro shahraduan pun byk kali tukar idea n bagi tips eBay dgn aku. kisah ni aku sambung petang kalau sempat. pagi2 ni elok buat lisitng :D
 

kallam

freshman
Joined
May 31, 2007
Messages
1,073
Likes
0
Points
36
Offline
#45
tq kpd seme yg bkongsi sama, lagi2 bro shahraduan pun byk kali tukar idea n bagi tips eBay dgn aku. kisah ni aku sambung petang kalau sempat. pagi2 ni elok buat lisitng :D
bguih2 pagi memng bagus buat listing tapi aku kene selling limit:(
 
Joined
Sep 27, 2006
Messages
190
Likes
0
Points
16
Offline
#46
Barang tak sampai byk gak nih...Full Refund aku kasi..bagi dia org syok..so, reputasi takkan jatuh. Jgn pikir untung semata-mata, pikirkan reputasi kita..itu cukup penting
Bro lebih suka memilih untuk membina reputasi berbanding keuntungan..kalau untung semata tetapi reputasi anda jatuh di ebay tak guna juga kerana di ebay reputasi amat penting untuk maju didalam bisnes ebay.
 
Joined
Oct 29, 2008
Messages
1,366
Likes
0
Points
36
Offline
#47
aku baca thread ni dari awal sampai abis
lalu aku menggelengkan kepalaku sendiri..

kenapa la takde thread camni awal2 lagi
kenapa la aku bukak akaun ebay tapi tak buat apa2 pun..
hu..hu
bestnya korang

aku nak gi beli ebook sifu ebay dululah
takleh jadik camni
 

dilemma

Super Senior
Joined
Sep 9, 2008
Messages
937
Likes
55
Points
28
Age
35
Offline
#49
tq kpd seme yg bkongsi sama, lagi2 bro shahraduan pun byk kali tukar idea n bagi tips eBay dgn aku. kisah ni aku sambung petang kalau sempat. pagi2 ni elok buat lisitng :D
Saya nak tambah sikit berkenaan "pagi-pagi buat listing" nih. Benda ni sebenarnya saya baru sedar lepas dok membaca, membaca dan membaca. Timing penyenaraian memainkan peranan yang agak penting dalam bereBay. Kalau boleh, kita nak ending time barang-barang yang kita senaraikan tuh betul-betul habis masa waktu puncak (waktu memang orang tengah ramai membeli-belah di eBay).

Persoalannya, bila?

Mengikut kajian demografik trafik oleh eBay, waktu puncak paling ramai orang membeli belah di eBay adalah pada pukul 6.00 p.m - 9.00 p.m hari Ahad (masa adalah mengikut PST @ Pacific Time).

Kenapa?

Hari Ahad adalah hari kebanyakan mereka bersenang-lenang bersama keluarga, duduk rumah, dan masa ini diorang akan ambil kesempatan untuk membeli-belah di eBay (membeli secara online sudah menjadi budaya di sana). Waktu 6.00 p.m - 9.00 p.m pula menjadi waktu puncak mungkin kerana pada ketika inilah waktu prima mereka untuk beronline (kalau kat Malaysia, waktu nilah kita sama-sama dengan family members or kawan-kawan duduk depan TV - lebih kurang macam tu lah).

So, kalau kat Malaysia, pukul berapa?

Kalau kat Malaysia, waktu ini adalah lebih kurang pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.

Nota: Untuk memeriksa PST @ Pacific Time pada laman web ebay, anda boleh lihat pada bahagian bawah laman utama mereka dan klik pada bahagian yang tertulis "eBay Official Time".

Jadi hari apa yang saya perlu buat listing supaya barang-barang yang saya listkan akan habis tepat pada waktu tersebut?

Untuk perkara ini, kita kena tahu yang eBay punya online listing auction duration ada terbahagi kepada 4 iaitu, 3 hari, 5 hari, 7 hari dan 10 hari. Oleh yang tersebut, untuk kita di Malaysia, waktu yang sesuai untuk kita buat listing supaya habis pada waktu puncak adalah seperti berikut.

1. Untuk 7 Hari: Hari Isnin pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
2. Untuk 5 Hari: Hari Rabu pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
3. Untuk 3 Hari: Hari Jumaat pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
4. Untuk 10 Hari: Hari Jumaat pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.

Nota: Kesemua waktu di atas adalah waktu Malaysia. Take note bahawa kita di Malaysia adalah tercepat sebanyak kurang lebih sehari dengan diorang.

Adakah ini bermakna saya tidak perlu membuat listing secara harian?

Ini bergantung kepada strategi perniagaan anda. Ada yang gemar melakukan jualan setiap hari. Ada juga yang gemar melakukan jualan hanya pada hujung minggu sahaja (sekali kutip sekali arung semua). So, itu semua bergantung kepada strategi perniagaan anda. Kalau anda nak buat listing secara harian, pastikan juga anda melakukan pada waktu yang lebih kurang sama seperti yang di nyatakan di atas. Alasannya? Waktu ini mereka telah pulang kerja dan inilah masa yang mereka gunakan untuk bershopping!

Harap membantu. :)
 
Joined
Jan 25, 2008
Messages
2,718
Likes
6
Points
38
Offline
#51
YANG PENTING JGN MALAS.
Ini adalah prinsip hidup ku.

bila kita dah di suspen oleh ebay maka buyer pun aperlagi dispute lah paypal kita pastu pressure kita suruh refund lebih2 lagi pada siapa yang tak cek AN ynag cuti mase tahun baru ciner . Siap aku kene warning dgn buyer nak bunuh akulah,panggil aku OSAMA LADENLAH(sebab dier tengok nama aku ader mohamed kut). Tapi aku buat tak tahu jer tapi sumer email aku reply cakap barang akan sampai kdg pressure beb dan raser bersalah tapi lastly brg sampai gak akhirnyer diorang oun close case dispute ...leger :)
Saya pernah tu, barang tak sampai(time christmas) dab bayar. Kena dispute lagi. Maka jadila -ve dalam paypal.
Maka aku pun dengan semangat kamikaze menggunakan ebay balik tapi tukar supplier kecemasan iaitu dohrahemon pagar... :D
Syukur dapat menang pertaruhan risiko ini...
Agaknya tahap testosteron aku tinggi masa tu... Hehe

Saya nak tambah sikit berkenaan "pagi-pagi buat listing" nih. Benda ni sebenarnya saya baru sedar lepas dok membaca, membaca dan membaca. Timing penyenaraian memainkan peranan yang agak penting dalam bereBay. Kalau boleh, kita nak ending time barang-barang yang kita senaraikan tuh betul-betul habis masa waktu puncak (waktu memang orang tengah ramai membeli-belah di eBay).

Persoalannya, bila?

Mengikut kajian demografik trafik oleh eBay, waktu puncak paling ramai orang membeli belah di eBay adalah pada pukul 6.00 p.m - 9.00 p.m hari Ahad (masa adalah mengikut PST @ Pacific Time).

Kenapa?

Hari Ahad adalah hari kebanyakan mereka bersenang-lenang bersama keluarga, duduk rumah, dan masa ini diorang akan ambil kesempatan untuk membeli-belah di eBay (membeli secara online sudah menjadi budaya di sana). Waktu 6.00 p.m - 9.00 p.m pula menjadi waktu puncak mungkin kerana pada ketika inilah waktu prima mereka untuk beronline (kalau kat Malaysia, waktu nilah kita sama-sama dengan family members or kawan-kawan duduk depan TV - lebih kurang macam tu lah).

So, kalau kat Malaysia, pukul berapa?

Kalau kat Malaysia, waktu ini adalah lebih kurang pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.

Nota: Untuk memeriksa PST @ Pacific Time pada laman web ebay, anda boleh lihat pada bahagian bawah laman utama mereka dan klik pada bahagian yang tertulis "eBay Official Time".

Jadi hari apa yang saya perlu buat listing supaya barang-barang yang saya listkan akan habis tepat pada waktu tersebut?

Untuk perkara ini, kita kena tahu yang eBay punya online listing auction duration ada terbahagi kepada 4 iaitu, 3 hari, 5 hari, 7 hari dan 10 hari. Oleh yang tersebut, untuk kita di Malaysia, waktu yang sesuai untuk kita buat listing supaya habis pada waktu puncak adalah seperti berikut.

1. Untuk 7 Hari: Hari Isnin pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
2. Untuk 5 Hari: Hari Rabu pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
3. Untuk 3 Hari: Hari Jumaat pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.
4. Untuk 10 Hari: Hari Jumaat pukul 9.30 a.m - 11.30 a.m.

Nota: Kesemua waktu di atas adalah waktu Malaysia. Take note bahawa kita di Malaysia adalah tercepat sebanyak kurang lebih sehari dengan diorang.

Adakah ini bermakna saya tidak perlu membuat listing secara harian?

Ini bergantung kepada strategi perniagaan anda. Ada yang gemar melakukan jualan setiap hari. Ada juga yang gemar melakukan jualan hanya pada hujung minggu sahaja (sekali kutip sekali arung semua). So, itu semua bergantung kepada strategi perniagaan anda. Kalau anda nak buat listing secara harian, pastikan juga anda melakukan pada waktu yang lebih kurang sama seperti yang di nyatakan di atas. Alasannya? Waktu ini mereka telah pulang kerja dan inilah masa yang mereka gunakan untuk bershopping!

Harap membantu. :)
Note this.
Macam primbon pulak.
Ada hari ni hari tu... Hehehe
 
Joined
Dec 3, 2007
Messages
101
Likes
0
Points
16
Offline
#52
Terbaiklah thread ni...memberi kan aku semangat utk aku bergiat dengan bisnes ebay dgn lebih giat lagi...skrg ni bisnes bagus,cuma untung takdelah da bomb sgt:)...aku akn usaha kan segala ilmu yg dipelajari sebaik mungkin:D
 
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,789
Likes
46
Points
48
Offline
#54
betul kata dilemma,

right keywords, right pricing, right timing adalah 3 key utama nak maximize profits di eBay.

waktu puncak adalah lepas opis hour di US. mereka lewat 12 jam dan 15 jam.

kat sini 12 tgh hari, kat sana 12 tgh malam.

utk area California, Canada, kat sini 3 tgh hari derang baru 12 tgh malam.

ok, nanti sambung lagi...
 
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,789
Likes
46
Points
48
Offline
#55
sebelum tu nak tambah, aku pernah create design item ni mmg cun giler la (perasan sendirik). so, aku pasti bole jadi hot seller. tapi 2 kali buat list, satu pun tak jual.

pastu buat r&d sket, tukar title, baru ada sales, tapi x banyak.

pastu r&d lagi, create list waktu puncak, baru la berdesup org bid. tu yg kekadang 1 mousepad bole jual smpi $20++ (bukan louis vuitton arr..)

ok, sambung lagi...
 
Joined
Aug 2, 2008
Messages
714
Likes
5
Points
18
Offline
#56
hebat bro ni..tidak melibatkan penggunaan store...mantop..

tapi kenapa ada juga IM-IM yang menekankan store ek?

hehehehe..stail masing2 ye tak?
 
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,789
Likes
46
Points
48
Offline
#58
Diari #3

Harapan Mula Bersinar

============================================================================

Kalau korang perasan, sales aku 2 kali sebelum ni amat slow. Situasi ini mungkin juga akan berlaku pada korang yg baru. Ini mungkin sebabnya:

1) aku belum dapat rentak dengan sistem eBay ni. Belum faham sepenuhnya camner nak gunakan sepenuhnya setiap features dalam eBay.

2) tunggu listing tamat baru buat listing baru. So, ada "lag" 3 hari sbb paling cepat auction aku boleh buat adalah 3 hari. 1 day auction ada, tapi hanya utk mereka yg dah dapat lebih 5 feedback. Aku kena tunggu la sbb brg dari China nak sampai US amik masa sampai 3 minggu. Buyer bagi feedback dan rating lepas mereka terima barang. So, sabo je la.


(atas ni contoh je, kalau la aku punya...huhuu)

3) play safe. Aku rasa tak sanggup nak tanggung risiko rugi besar. So, test dulu beberapa item, tengok dulu mana yg bole jual. Then, baru pulun item tu, buat auction banyak2.

Ada gak aku baca kat forum, seller ni baru start jual dan tanggung fee $300. Tak tau la camner diorang bole kena fee byk tu. Seriau plak. So, aku start kecik2 dulu. Ye la, aku ni seller berhingus lagi, modal pun ciput cukup untuk beli goreng pisang... ngeh ngeh


Disebabkan setakat ni aku ada untung, so berani la sket nak list banyak item kali ni. So, aku list 15 item.

2 mousepad
13 jam

Aku amik 1 hari 1 malam nak create design item tu. Apa susah, Google kan ada. cari je la wallpaper yg menarik. Tema kali ni mostly "love theme", tapi bukan semua. ye la sbb Valentine nak dekat kan...

============================================================================

Lagi satu perkara...

eBay caj fee listing ikut "Start Price",

kurang $0.99, fee $0.15,
lebih $0.99, fee $0.35

(rujuk semula table pada diari sebelum ini...)

pastu ada FVF, 8.75% drp harga bid terakhir tidak termasuk harga Shipping yg kita set. Jeles gak aku dgn eBay buat duit senang. So, aku ada dengki sikit la...

Jadi, aku buat strategi harga...

"Start Price" $0.99, kos dgn markup aku letak kt Shipping. Jadi, aku jimat la banyak kat fee eBay... lalalala

Kalau orang bid menang katakan $0.99, aku kena FVF $0.08 je
Kalau aku "Start Price" katakan $10, pastu org bid sampai $25, FVF dah $2.19... rugi banyak tu....

============================================================================

Tunggu lagi 3 hari sampai auction ended. Risau gak nak tengok sambutan.

Tahu tak, apa berlaku?

Aku ni punya la yakin "love theme" pasti laris terjual sbb valentine nak dekat. Hasilnya, 1 item pun "love theme" tu tak terjual.

Tapi ada 1 item jam tu, theme sama dengan mousepad yg sold sebelum ni, terjual diluar dugaan aku.

Mulanya aku perhatikan, 30 minit sebelum ending, jam ni sambutan hangat2 tahi ayam je... Ada la 2 orang bid. Dah la semua jam "love theme" aku tu takde sape nak pandang (ceh!)

So, kecewa sikit aku pun tutup la site eBay, pegi minum2 jap. Balik je minum... tu dia, 9 org bid, harga mencanak sampai $26 seketul jam. Kos dia $10 je.

Happy la balik. Mousepad seme terjual.

Aku belajar lagi satu perkara, buyer kat ebay suka bid last minit. Mereka ni memang giler bid. Sampai tak masuk akal pun ada. Sebab tu jangan terkgezut beruk kalau ada mousepad seketul kos $3, tapi kat eBay boleh jual sampai $70!

Sebab apa last minute baru bidder ramai?

Jawapannya, eBay akan senaraikan item kat hasil carian ikut item yg dah nak dekat ending. So, depa buat carian je, terus item ko kat muka depan kalau kena dengan keyword depa. Tu la antara faktor utama.

Lagi2 kalau kena waktu puncak time orang ramai mengadap eBay, lagi la ramai bidder.

Timing mesti betul.


bersambung....
 
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,789
Likes
46
Points
48
Offline
#59
(Sambungan Diari #3)

Satu lagi tips, kalau korang baca diari aku sebelum ni, mousepad aku tu pernah terjual dengan harga tinggi kan?

Harga tinggi, bidder pasti ramai. Camner dengan nasib bidder yang kalah tu?

So, sebagai seller yang prihatin ;)



aku guna features ebay "Second Chance Offer" (tiada fee dikenakan, best tak?) kat bidder yg kalah tu ikut harga yg diorang bid sebelumnya. Asalkan harga mereka aku masih untung, apa salahnya kan?



Sudah tentu kalau banyak order, aku jimat kat kos Handling dropshipper tu... wahahaha

Aku dah mula paham sedikit dengan perangai eBay ni... ngeh ngeh

Ini summary dia...

==========================================
LISTING: 15 Item (Total Fee: $2.25)
SOLD: 4 Items ($68.00)
eBay FVF: $4.00
DROPSHIPPER (AN) COST: $37
GROSS PROFITS: $24.75

PROFIT TERKUMPUL: $36.38
==========================================




Kalo korang tengok kos kt dropshipper AN tu takde lagi caj Handling Fee sbb order aku dah lebih $15.00... yeaayyy... save banyak, profit optimum!

So, tu la kisah aku pada kali ini...

next story -- aku serang market ebay dan start buka store
 
Joined
Oct 28, 2008
Messages
133
Likes
1
Points
18
Offline
#60
whoa...tahniah mansurbiz, dah jumap 'missing link' dlm ebay biz!
b da great ebayer is you next plan!

p/s: aku nk kena teliti g ni...sales br$15...
 
Top