Daya Tahan Emosi Usahawan Internet

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,878
Points
48
Dah seminggu lebih tak masuk forum ni.. Sibuk... :confused:

Apa pun, thanks kepada admin sebab buka bahagian baru ni (Motivasi dan Inspirasi).

Berikut saya paste je lah dulu salah satu artikel dari blog saya.

Artikel dah lama publish ya. Februari 2008 lagi.

Tajuk: Daya Tahan Emosi Usahawan Internet

Ini adalah perkara yang saya ingin kongsikan seperti yang saya nyatakan di mukadimah artikel ini. Bagaimanakah Rusell Brunson (jutawan internet muda), Frank Kern, Mike Filsaime, John Reese, Eben Pagan, Irfan Khairi, Derek Gehl dan ramai lagi berjaya di dalam perniagaan internet?

Hanya satu sebab mudah yang ramai juga yang tahu, tapi tak ramai yang mengamalkannya:
“Mereka yang berjaya ini amat lebih di dalam tindakan, kurang kerisauan, tidak takut dan tidak banyak bercakap perkara yang tidak perlu”.
Mereka ini walau sehebat dan seteruk mana pun dikritik, mereka tidak banyak membazir masa dengan kritikan tersebut. Mengapa? Adakah mereka dayus dan bukan anak lelaki yang ori? Tidak.. Sebab mereka tahu mereka di jalan yang benar. Dan mereka sedar bahawa jika mereka ada terbuat silap, mereka boleh memperbaiki kesilapan itu dan kemudian fokus sepenuhnya pada usaha.

Inilah rupa-rupanya punca kejayaan mereka, tak banyak cakap seperti pengkritik yang entah bila akan menjadi jutawan.. Mungkin mereka ini hanya layak menjadi jutawan pengkritik dan kaya-raya dengan banyak cakap, tapi bukan jutawan hartawan.

Pernahkah anda mendengar Eben Pagan dan Frank Kern? Saya yakin anda jarang mendengar nama mereka. Tapi mereka berdua ini terkenal dan ‘hot’ di dalam arena ebiz dalam masa yang singkat sahaja. Rupa-rupanya selama ini merekalah ‘mastermind’ di dalam kejayaan kebanyakan usahawan internet. Mereka berusaha dalam senyap dan apabila sampai masanya barulah mereka keluar dengan produk dan identiti mereka.

Begitu juga John Reese. Sebelum beliau mendapat usd1 juta dalam masa 24 jam, beliau sebenarnya bermula beberapa tahun lagi sebelum itu. Begitu kuat usaha beliau dan memang wajar beliau mendapat hasil besar sebegitu dalam masa yang singkat. Beliau ada menyatakan dalam satu ‘report’nya bahawa bukan satu atau dua produk yang beliau jual, malah beribu-ribu laman web dan banyak saluran pendapatan yang beliau miliki (Adsense, VRE, Ebook…).

Menarik Diri..

John Reese telah menyingkirkan dirinya dari forum WarriorForum.com pada pertengahan tahun lepas. Dengan tulisan terakhir di forum tersebut beliau menyatakan,
“Saya lihat forum ini sudah hambar dan jauh tersasar. Bahkan ramai ahli forum yang asyik membincangkan sesuatu yang tidak bermanfaat, bahkan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Malah yang lebih mengecewakan ialah ramai yang cuba ’blame’ saya dengan cara yang tidak sepatutnya”.

“Ketahuilah bahawa, jika anda banyak bercakap dan kurang tindakan, anda susah untuk berjaya. Jauhilah sesuatu yang ‘crap’ (tak bermanfaat) dan menghabiskan duit anda. …Kemudian jika anda asyik risau ada orang mencuri (hack) ebook anda, jangan terlampau risau. Sebaliknya, berusahalah untuk mencari 10 lagi pembeli yang baru (mungkin terjawab untuk si pencuri ebook mengapa usahawan internet berjaya tak serius dalam soal security - sebab mereka tak risau seperti si pencuri itu!). …Dengan ini, saya menarik diri dari forum ini..”.
Ayat terakhir di dalam pernyataan beliau itu ialah, “Best of luck everyone. The internet truly can provide any financial lifestyle you desire. You just have to be willing to put in the work“.

Kata-kata beliau memang benar. Dan beliau berkata apa yang beliau lakukan sendiri. Beliau banyak berusaha dan berjaya. Dan beliau ikhlas menasihatkan agar jika mahu cepat dan mudah berjaya, jangan banyak cakap dan membazir masa dengan sesuatu yang jelas tidak bermanfaat.

Lihatlah mereka yang berjaya. Mungkin anda mahukan contoh orang kita sendiri? Ya, sekali lagi Irfan Khairi sebagai contoh. Tengoklah beliau, adakah beliau mengeluh atau berhenti berusaha? Tidak. Padahal di luar sana ramai yang membenci beliau. Tapi lihat sekarang, siapa yang terus berjaya? Orang yang hanya tahu mengkritik (banyak mulut) atau Irfan Khairi? Sudah tentu Irfan Khairi yang terus berjaya. Beliau antara contoh terbaik extraordinary person.

Kesimpulan

Tiada rahsia sehakikat rahsia di dalam perniagaan internet. Rahsia itu hanya dari segi perkataan sahaja. Fokuslah pada tindakan dan jangan peduli kepada cakap orang lain. Biarkan mereka bercakap apa sahaja mengenai anda kerana itu adalah satu promosi percuma untuk anda. Kebenaran akan tetap menang dan anda tahu anda melakukan sesuatu yang betul. Jadi, mengapa anda harus gentar?

Akhir kata, jangan takut kalah dan beranilah untuk menang!

Untuk artikel sepenuhnya, boleh baca di sini:

http://blog.smartusaha.com/motivasi/2008/02/formula-kejayaan-usahawan-internet/
 
Last edited:

ajidss_ajidss

Senior
Joined
Jan 14, 2008
Messages
2,142
Points
38
Age
33
haha..betul tu..kita buat apa yang sepatutnya..tuju apa yang kita tuju..biarla orang nak kutuk ke nak puji yang penting kita buat kerja kita sampai jayanya...
 

highlander

Senior
Joined
Sep 25, 2008
Messages
1,670
Points
38
Ya...betol tu Zul. Kadang2 kita sebagai IM perlu berfikiran positif baru boleh maju kehadapan, bukannya bila timbul sesuatu bala atupun masalh memandangnya daripada sudut yang negetif. Ini semua yang boleh membantutnya langkah IM untuk mencapai kejayaan.....yang diingini....malah lebih baik ia dijadikan satu anjakan paradigma untuk atau batu loncatan bagi para IM sendiri:)
 

azzah_ar

Newbie
Joined
Jan 1, 2008
Messages
187
Points
16
betul.. betul.. semua tu betul.. saya setuju..

tambah sikit lagi..

sbg IM (suatu kerja yg masih asing bg ramai org di negara kita).. orang boleh kata mcm2 pada kita.. tapi hidup kita dan apa saja yg kita nak buat utk hidup kita adalah hak kita.. ruginya kalau biarkan org lain yang menentukan hidup kita..

ayat2 spt ni:

--> "dia yg buat aku jd mcm ni"
--> "ni semua dia la yg punya pasal"
--> "aku takde semangat sebab diorg kata aku mcm2"

semuanya tuding pada org lain yg menyebabkan sesuatu yg x best berlaku pada kita.. sedangkan apa yg kita buat? kita sendiri yg membiarkan mereka buat begitu kepada hidup kita, yang sah sah Tuhan beri pada kita, utk kita sendiri rancang dan tentukan perjalanannya..

biaq p la apa depa nak kata.. yg penting kita IM yg hepi.. sbb kita tau apa kita buat.. janji tak langgar hukum sudah la..
 

Zairi Zaidi

Newbie
Joined
Oct 21, 2008
Messages
2,254
Points
38
Age
28
membara! membara!
semangatku terus membara
bagus betul ada topik macam ni...
 

uniquelyme

Senior
Joined
Feb 18, 2007
Messages
1,001
Points
18
Age
29
Takde kaitan tapi... tahu tak mainan terbaru John Reese? Nissan Skyline GT-R R35.

YouTube - GT-R R35 11.04 @ 129.55 1/4 Mile

Lagi satu, walaupun dia banyak kali gagal, antaranya BlogRush, dia dapat pun beli GTR seketul yang beharga RM250,000+++++. Dan tak silap saya, dia ada lagi 8 kereta dalam garaj dia (boleh sesiapa confirm?)

Kenapa dia boleh beli walaupun "gagal"? Dia bukan just talk, no action punya orang. Dia hanya menjual info produk yang memberikannya keuntungan.

Kalau korang pergi buang semua benda IM dia pun, dia tetap happy guy...

Lesson: use what you know. Don't just talk... and I should stop right now too...
 
Last edited:

razizainon

Newbie
Joined
Oct 28, 2008
Messages
135
Points
18
Saya amat setuju dengan perkongsian kali ni...dan reply dari wangcyberian sekalian.

daya tahan melawan cemuhan dan kritikan melemh semangat...(seperti yg kualami) adalah memang penting sekali...dan berkali-kali.

we must be outstanding..!!
 

NMD

freshman
Joined
May 16, 2006
Messages
128
Points
18
Pengalaman aku sendiri, salah seorang rakan aku yang berfikiran agak sempit mengatakan bahawa pendapatan internet adalah hanya:

"SERPIHAN PENDAPATAN"

Huhh.. memang aku terbakar, tapi aku senyum je, malas nak cerita panjang sebab aku tahu dia seorang yang selalu suka mengkritik dan memperkecilkan orang lain tanpa usul periksa.

Bukan apa, waktu tu aku takda geng nak buat internet business, aku tau dia ada talent dan dia adalah the best candidate yang boleh aku dapatkan pada waktu tu. Aku merayu dan memujuk dia untuk join aku, tapi aku tirkiciwa disebabkan mentaliti dan tahap motivasi dia yang rendah.

Sampai sekarang perkataan itu masih terngiang-ngiang dalam telinga aku.. dan perkataan itulah yang membawa aku ke tahap hari ini.

Kadang-kadang kritik boleh buat kita terbakar, daripada kita bakar diri sendiri sampai rentung, lebih baik kita BAKAR SEMANGAT DIRI!!
 
Last edited:

aqifdg

Senior
Joined
May 3, 2008
Messages
704
Points
18
yerp2
kadang2 ade yg memperkecilkan kita
dan kita perlu tukarkan bende tu kepada "pencetus semangat" bagi membuktikan kita boleh berjaya
:)
 

akuwanie

freshman
Joined
May 25, 2007
Messages
10
Points
1
When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile :)
 

Brother`mon

freshman
Joined
Oct 13, 2008
Messages
97
Points
6
Bukan senang nak senang bro...
Sifu/Mentor aku dalam Public Mutual pernah takdak duit nak beli susu dengan pampers anak waktu dia memula bisnes 3 tahun lepas..

sekarang ni...mang aii...Rezeki dia bertambah tambah..
usaha siang malam/berhujan berpanas naik kapcai..
sekarang BMW M3 ....rumah je setengah juta..

inspirasi tu..

Kena perli ngan member2 ni standard...tp mcm kata bro, kita kena kuat kalau nak berjaya. kalau bisnes ni..lagilah..tak kuat semangat/mental/fizikal..fikir la 34 kali..huhuhuh

Tetapkan matlamat! Teruskan Usaha!
 

mayonis

Newbie
Joined
Dec 2, 2008
Messages
1,069
Points
36
Bukan senang nak senang bro...
Sifu/Mentor aku dalam Public Mutual pernah takdak duit nak beli susu dengan pampers anak waktu dia memula bisnes 3 tahun lepas..

sekarang ni...mang aii...Rezeki dia bertambah tambah..
usaha siang malam/berhujan berpanas naik kapcai..
sekarang BMW M3 ....rumah je setengah juta..

inspirasi tu..

Kena perli ngan member2 ni standard...tp mcm kata bro, kita kena kuat kalau nak berjaya. kalau bisnes ni..lagilah..tak kuat semangat/mental/fizikal..fikir la 34 kali..huhuhuh

Tetapkan matlamat! Teruskan Usaha!
Betol tue.Pekak kan jew telinge kalau nak berjaye nie.yang penting tak buat kesalahan di sisi undang2.Kekentalan semangat tue perlu untuk menghadapi segala rintangan yang datang.
 

kaiba910

Newbie
Joined
Oct 29, 2006
Messages
3,558
Points
36
Hmm daya tahan ni mmg penting. Jgn kisah apa org cakap. Just amik iktibar dari komen2 yg membina. Aku suke baca thread ni. Memotivasikan aku
 
Top