Teknologi Data Percuma 20GB Untuk Unifi Mobile Hanya Terhad Untuk 1 Juta Kad-SIM Pertama

Joined
Jun 6, 2015
Messages
18,322
Likes
28
Points
48
Offline
#1
Telekom Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan Unifi Mobile kepada pengguna umum, iaitu penawaran perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih LTE yang menggantikan penawaran Webe sebelum ini. Melalui Unifi Mobile, ia memfokuskan kepada perkhidmatan telekomunikasi digital, dimana pengguna boleh memuat-turun aplikasi khusus untuknya dan membuat pendaftaran untuk kad-SIM.

Untuk tempoh pengenalan ini, Telekom Malaysia menawarkan ganjaran berbentuk 20GB data LTE secara percuma untuk para pengguna, dan berkongsi lanjut mengenainya hari ini, TM mengatakan ia terhad kepada 1 juta kad-SIM pertama. Disamping itu, ia hanya ditawarkan untuk mereka yang mendaftar sebelum 31 Mac 2018 sahaja (atau sehingga promosi habis).

Disamping itu, untuk tempoh promosi ini juga, kad-SIM ditawarkan secara percuma. TM mengatakan tempoh promosi ini, ia akan ditawarkan pada harga RM10.



Unifi Mobile menawarkan perkhidmatan tanpa tarikh luput, tetapi pengguna perlu memastikan akaun mereka aktif untuk tempoh setiap 90 hari. Untuk penambahan nilai, anda boleh lakukannya pada harga bermula RM13 untuk 1GB internet asas, sehingga kepada 8GB untuk RM50.
8GB (4GB LTE + 4GB 3G/LTE) pada harga RM50
4GB (2GB LTE + 2GB 3G/LTE) pada harga RM30
2GB (1GB LTE + 1GB 3G/LTE) pada harga RM15
1GB internet asas (1GB 3G/LTE) pada harga RM13


Bagi pelan panggilan dan SMS pula, anda boleh menambahnya pada harga bermula RM10 untuk 60 minit panggilan dan 60 SMS.
200 minit + 200 SMS untuk RM30
60 minit + 60 SMS untuk RM10


Jika anda berminat, anda boleh melakukan tempahan kad-SIM ini bersama 20GB data percuma untuk tempoh promosi ini bermula hari ini menggunakan aplikasi mudah-alih di Android dan iOS.





Layari : Unifi Mobile FAQ

Muat-Turun Unifi Mobile untuk iOS

Muat-Turun Unifi Mobile untuk Android

Sumber: Amanz
 
Joined
Oct 3, 2017
Messages
7
Likes
0
Points
1
Age
29
Offline
#2
Maksudnya RM30 hanyalah 4gb saja?! Biasanya xpax sudah bagi saya 5gb utk RM30, 1gb beza sudah...
 
Joined
Feb 20, 2018
Messages
1
Likes
0
Points
1
Age
21
Offline
#3
Maksudnya RM30 hanyalah 4gb saja?! Biasanya xpax sudah bagi saya 5gb utk RM30, 1gb beza sudah...
Haha kak tahu ke? Sekarang bukan saja 5gb, tapi RM30 utk 15gb, promosi hebat utk bulan ni sajalah, triple data anda!
 
Joined
Feb 20, 2018
Messages
1
Likes
0
Points
1
Age
28
Offline
#4
Oh pelan ni tuk mobil ke? Kali pertama tengok pelan data mobil daripada dia, tak tahu nak cuba pelan baru ni atau guna pelan telko tradisional yang lain
 
Joined
Oct 21, 2017
Messages
13
Likes
0
Points
1
Age
21
Offline
#5
Maksudnya RM30 hanyalah 4gb saja?! Biasanya xpax sudah bagi saya 5gb utk RM30, 1gb beza sudah...
Kak skrg sudah ade promosi baru tau, yg RM30 tu sudah blh dpt triple punya data, maksudnya RM30 utk 15 GB, byk beza tu.
 
Joined
Oct 18, 2017
Messages
18
Likes
0
Points
1
Age
39
Offline
#6
Kak skrg sudah ade promosi baru tau, yg RM30 tu sudah blh dpt triple punya data, maksudnya RM30 utk 15 GB, byk beza tu.
Betul tu, skrg Xpax ade promosi triple quota, semua plan pun dpt tiga kali ganda data yg original, mmg syok aku guna, biasanya ku perlu reload dua kali sebulan kerana byk guna data tapi kini satu kali sudah cukup lah tu, masih ade baki pula haha.
 
Joined
Feb 23, 2018
Messages
2
Likes
0
Points
1
Age
23
Offline
#9
Kak skrg sudah ade promosi baru tau, yg RM30 tu sudah blh dpt triple punya data, maksudnya RM30 utk 15 GB, byk beza tu.
JIka dia boleh bagi kita sebulan 1 gb lebih bermanfaat lah, triple gb sebulan saja tak ada apa-apa guna pun
 
Joined
Nov 16, 2016
Messages
4
Likes
0
Points
1
Age
24
Offline
#10
JIka dia boleh bagi kita sebulan 1 gb lebih bermanfaat lah, triple gb sebulan saja tak ada apa-apa guna pun
Nilah bonus data utk anda enjoy je, nilah bonus freebie utk kita sajalah, at least anda boleh guna data secara bebas pada bulan ni
 
Joined
Oct 3, 2017
Messages
7
Likes
0
Points
1
Age
29
Offline
#12
Oh saya belum notice ada promosi begitu pada bulan ni
jika ada promosi macam ni lagi baik
Boleh dapat begitu banyak data sekali
 
Joined
Jan 12, 2018
Messages
10
Likes
0
Points
1
Age
28
Offline
#13
Haha kak tahu ke? Sekarang bukan saja 5gb, tapi RM30 utk 15gb, promosi hebat utk bulan ni sajalah, triple data anda!
siyes ah? bapak murah 30 rgt dpt 15gb. promosi ape? aku pakai unifi ni baru launch kasi promotion byk tapi xde ah sampai 15gb 30 rgt.
 
Joined
Oct 3, 2017
Messages
7
Likes
0
Points
1
Age
29
Offline
#15
Ohkay. Saya baru check promosi ni kat web celcom. Promosi raya cina rupanya. Triple Quota punya promosi. Alamak. Raya cina sudah mahu habis baru saya dapat tahu. Rugi betul
 
Top