Dakwat mudah tanggal, dedah kepada penipuan

sally

freshman
Joined
Aug 26, 2009
Messages
2,655
Likes
0
Points
36
Offline
#1

Pengundi kerusi Parlimen Lembah Pantai (dari kiri) Murni Mohamed Onn, Dharmendran dan Azman Hasim menunjukkan jari dicalit dengan dakwat kekal, hari ini. -

GOMBAK - "Ramai yang berjumpa saya dan menunjukkan bukti dakwat ini tidak kekal."

Demikian dakwaan calon Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali ketika ditemui selepas membuang undi di SK Klang Gate di sini.

"Di semua pusat pembuangan undi, mereka terkejut, apabila cuci dengan air biasa pun dakwat ini hilang," ujar beliau.

"Ini akan mendedahkan kepada penipuan yang mungkin berlaku," tambah beliau lagi.

Menurut Azmin, beliau sudah mengarahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat (PR) membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Azmin yang juga calon bagi kawasan Dun Bukit Antarabangsa turut melahirkan kekesalan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak prihatin terhadap pertambahan bilangan pengundi di kawasannya.

Jumlah saluran mengundi di pusat-pusat pembuangan undi yang disediakan tidak mampu menampung jumlah pemilih berdaftar, dakwa beliau.

"Jumlah pengundi di Gombak ini besar, tahun 2008 pengundi hanya 99 ribu, kali ini ada 123,000.

"Sewajarnya SPR telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan proses pengundian berjalan baik dan lancar," tegas beliau.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/azmin-dakwat-mudah-tanggal-dedah-kepada-penipuan-1.157189
 
Joined
May 7, 2013
Messages
16
Likes
0
Points
0
Offline
#2
entah...dakwat ni mcm dakwat printer je saye prasan. memang cuci dia cepat ilang tapi ade la lagi kesannye.
 

limyh

freshman
Joined
Feb 26, 2013
Messages
118
Likes
0
Points
0
Offline
#3
ya, macam dakwat biasa saja, sekali cuci, dah hilang separuh, memang tak berkualiti. kena ada kualiti sikit sebab ia bukan untuk penggunaan biasa, tetapi berfungsi untuk mengelakkan berlaku penipuan dalam mengundi dengan fungsi utama dakwat itu tak luntur, malangnya ia tak berfungsi langsung di mana ia boleh dicuci dengan air. kalau PRU 14 nak guna, kena control kualiti lah.
 
Top