Daeibot akan hantar anda satu nasihat setiap hari

Apa pendapat anda tentang DaeiBot ni

  • Biasa je

    Votes: 0 0.0%
  • uWek, hampeh, tak berguna

    Votes: 0 0.0%
  • Bukan setakat tak berguna, malah menyusahkan

    Votes: 0 0.0%

  • Total voters
    2
Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#1
Saya tertarik dengan fungsi telegram bot, jadi saya buat DaeiBot. DaeiBot ni sebuah (seorang? seketul?) telegram bot yang akan hantar nasihat ( terjemahan ayat al-quran dan hadis sahih) sekali sehari.

Semua nasihat datang dari web nasihat yang saya buat sebelum ni. Tengok thread ni.

Cara guna mudah je:

1. Mesti guna telegram - download dari google play store atau itunes. Tak test untuk iphone, sama je kot.

2. Cari DaeiBot atau klik sini -> @DaeiBot. Pastu automatik telegram akan terbuka. Pastu klik start.

Fungsi2 DaeiBot ni:

1. Setiap hari, anda akan dapat satu nasihat pada pukul 8 mlm lebih sikit kot. Nasihat ini tersusun, jadi setiap hari akan dapat nasihat berbeza.
2. Anda boleh dapatkan nasihat secara rawak pada bila2 masa dengan menghantar /nasihat.

Kenapa DaeiBot. Kenapa tak guna nama NasihatBot?

Sebab dah ada orang cop nama tu. Jadi terpaksa guna DaeiBot. DaeiBot bunyinya "da'i bot". Saya salah eja kah? Tapi tak pelah kan. Bukan boleh SEO pun bot ni.

Minta komen untuk perbaiki ni.

Oh, alang2 tu, saya test poll untuk wang cyber ni.
 
Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#2
Oh, lupa nak kongsi satu bot dari orang indonesia. @hadits_bot. Dengan bot ni, kita boleh dapat hadits dari kitab sahih bukhari, muslim dan lain2.

Kalau saya ada data hadis2 ni dalam bahasa Malaysia, bot yang macam ni lah, yang saya nak buat. InsyaAllah ni step pertama. Apa2 pun, add lah hadits_bot ni, senang nak wat rujukan.
 
Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#4
macam mana nak buat bot sendiri.. ajar sikit bos.
Kalau nak wat bot telegram yang mudah2, boleh je guna @chatfuel , tak perlu programming. Tambah chatfuel sebagai kawan, pastu bot tu ajar satu2 rasanya.

Tetapi, kalau sesape nak wat guna programming dan mempunyai server atau pc yang buka 24jam, tunggu dan lihatlah kalau2 saya ada tulis artikel pasal ni nanti. Rasa memang nak tulis tutorial pasal ni, tapi tunggu rajin dulu. +Peace+
 

Tokey

administrative
Joined
Jun 5, 2015
Messages
522
Likes
94
Points
28
Offline
#5
Kalau nak wat bot telegram yang mudah2, boleh je guna @chatfuel , tak perlu programming. Tambah chatfuel sebagai kawan, pastu bot tu ajar satu2 rasanya.

Tetapi, kalau sesape nak wat guna programming dan mempunyai server atau pc yang buka 24jam, tunggu dan lihatlah kalau2 saya ada tulis artikel pasal ni nanti. Rasa memang nak tulis tutorial pasal ni, tapi tunggu rajin dulu. +Peace+
bunyi mcm menarik..menanti juga bro @fajarhac tulis artikel pasal ni
 
Joined
Jul 25, 2013
Messages
212
Likes
23
Points
18
Offline
#9
Setelah sekian lama. Akhirnya ....

Tak tuilis lagi. =D

Saya silap, kononnya nak cuba satu package baru, sebab nampak api nya macam menarik request response, tapi tak berjaya. Bila try rasa macam pelik je. Tu yang terhenti tu. Hilang motivasi.

Tapi kepada sesape yang masih berminat nak buat bot, sekarang banyak dah yang jenis drag drop. Cari yang tu lagi senang kot.

Sekian. setelah sekian lama.
 
Top