Cukup Kiasu-kah Kita?

Pfiza2

freshman
Joined
Apr 28, 2014
Messages
454
Likes
0
Points
0
Offline
#1
Kita mungkin sering mendengar perkataan KIASU, yang membawa makna ‘tak mahu kalah’ atau kalau di kalangan masyarakat Melayu ia menjadi lebih lembut iaitu ‘menjadi yang terbaik’. Sikap kiasu ni biasanya dikaitkan dengan masyarakat Cina, apakatah lagi perkataan tersebut asalnya dari bahasa Mandarin.
Sekarang ni ramai orang termasuk ibu bapa menjadi kiasu, dalam pelbagai aspek. Boleh jadi kiasu yang bagus dan memotivasikan, dan juga kiasu yang ‘mematikan’. Kiasu yang memotivasikan menonjolkan semangat ingin berjaya, bersemangat, gigih berusaha… untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Kiasu yang mematikan pula ialah kiasu yang ‘tak mahu kalah, dan tak mahu orang lain menang’.

Sesiapa yang menghidap penyakit kiasu negatif ini memang berbahaya kerana mereka berpotensi untuk membuat apa saja bagi menjatuhkan pesaingnya.
Bercakap tentang kiasu di kalangan ibu bapa, sifat2 yang terserlah dari awal kelahiran si anak, hinggalah si anak besar panjang. Misalnya:

Anak dia saja lah yang tembam, anak orang lain kurus-kurus
Anak dia saja lah yang advance, anak orang lain biasa saja
Anak dia saja lah yang cepat, anak orang lain lembab


Biasa kita dengar dialog begini:
Ibu Biasa “Anak aku dah pandai berjalan semalam semasa umur 13 bulan!”
Ibu Kiasu “Hmm.. biasa je. Anak aku umur 7 bulan dah berlari”

Di atas itu adalah sifat-sifat kiasu negatif yang patut kita buanglah. Raikan bersama-sama kegembiraan sahabat, itukan lebih baik.
Sekarang ni kita tengok ramai ibu bapa yang punya kiasu positif, terutama dalam pendidikan anak-anak. Seawal di alam rahim, anak-anak sudah diberi rangsangan agar menjadi pintar. Lahir-lahir dah dapt flash card, umur 3-4 bulan dah pandai membaca. Hampir semua ibu bapa teruja, terutama bila melihat bayi lain sudah pintar membaca di awal usia. Jom lihat sikap sikap KIASU yang terlampau disini
 
Joined
Jun 14, 2012
Messages
164
Likes
1
Points
0
Offline
#2
Baru tahu maksud kiasu tu apa..lebih kurang maksudnya "dia jer yang terbaik". Macam ada aura bongkak dalam diri jer kiasu tu. betul ke?
 
Top