Ciri Bold, Italics, Strikethrough dalam WhatsApp

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1



APLIKASI sistem pesanan segera Whatsapp akhirnya membenarkan pengguna untuk menyunting teks kiriman mereka.

Kemas kini aplikasi tersebut membolehkan pengguna menukar teks kepada bold (tebal), italics (condong), dan strikethrough (digaris di tengah).

Ciri yang sebelum ini diuji dalam versi beta kini boleh didapati oleh semua pengguna versi 2.12.17 bagi platform iOS dan versi 2.12.535 bagi platform Android.

Ciri ini bagaimanapun tidak wujud dalam bentuk ikon atau butang tertentu namun ‘tersembunyi’ dan perlu ditaip sendiri oleh pengguna untuk mengaktifkannya.

Untuk menukar teks kepada bold, gunakan simbol asterisk pada awal dan akhir perkataan seperti ini: *Astro AWANI*

Bagi italics, gunakan simbol underscore seperti ini: _ Astro AWANI_

Bagi strikethrough, gunakan simbol tilde seperti ini: ~Astro AWANI~



Whatsapp kini dengan ciri suntingan teks - Foto fail


Pengenalan ciri ini dilihat sebagai tindakan Whatsapp untuk tampil sebagai aplikasi komunikasi yang lebih menyeluruh terutamanya dalam urusan pejabat yang melibatkan kandungan teks yang panjang dan memerlukan suntingan ketika dikongsi dalam Whatsapp. - Awani
 
Joined
Oct 11, 2010
Messages
892
Likes
2
Points
18
Offline
#3
Info INi sangat berguna kerana ramai menggunakan medium aplikasi whatapps sebagai alat untuk marketing produk mereka...thank's bro +Haha+
 
Joined
Mar 2, 2014
Messages
85
Likes
0
Points
6
Offline
#8
windows phone ada update lagi ke bro untuk whatsapp?..
kebelakangan ni ada je whatsapp update. mmg ada perubahan sedikit tapi bende bende bold italic saya tak jumpa lagi. tak tau la pulak whatsapp utk window 10 lain pulak.
 
Top