
Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mendapat suntikan semangat dalam persediaannya ke Sukan Olimpik 2016 apabila menjadi juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia 2016 di Wuhan, China selepas menewaskan pemain No. 1 dunia Chen Long 21-17, 15-21, 21-13 dalam perlawanan akhir sebentar tadi.
Chong Wei dikerah bekerja keras oleh pemain tuan rumah Chen Long sebelum meraih kemenangan dalam tempoh satu jam dan 22 minit.
Ini adalah kali kedua Chong Wei menjadi juara kejohanan itu selepas kali terakhir melakukannya pada 2006
Sumber : Chong Wei juara Asia kali kedua - Badminton - Utusan Online