Celcom menawarkan telefon pintar khusus untuk pelan first basic 38 – samsung galaxy v...

Deli

Active
Joined
Jun 6, 2015
Messages
18,652
Points
48
Celcom baru-baru ini telah menawarkan pelan pascabayar terbaru iaitu FIRST Basic 38. Bersama-sama dengannya pelan khusus yang disertakan bersama telefon pintar turut ditawarkan, dimana pada kadar langganan RM 48 sebulan, pelanggan berupaya menikmati internet laju dengan kuota had 3GB Internet dan mendapat tawaran telefon pintar percuma bersama dengannya.



Pelan telefon pintar bersama FIRST Basic 38 ini turut membawakan penawaran yang sama, iaitu kuota data 3GB Internet dan juga 3GB WiFi, 50 minit panggilan percuma dan 50 SMS percuma kepada semua rangkaian. Sedikit berbeza dengan pelan asal FIRST Basic 38, pelan FIRST Basic 38 dengan telefon pintar ini juga memberikan 2 pas masuk untuk perkhidmatan penstriman video dan drama mereka iaitu ESCAPE dengan tambahan RM10 setiap bulan. Langganan bulanannya juga berbeza, iaitu RM48 ringgit.

Seperti pelan-pelan Celcom FIRST yang lain, kebolehan untuk membawa kuota data yang tidak digunakan pada bulan tersebut ke bulan hadapan adalah sesuatu yang semestinya memberikan lebih nilai kepada pengguna. Sebagai contoh, sekiranya pelanggan hanya menggunakan 2GB Internet pada bulan ini, bakinya 1GB akan dibawa ke bulan hadapan menjadikan jumlah kuota internet untuk bulan hadapan tersedia sebanyak 4GB. Juga untuk pelan ini, tiada lagi caj PPU dikenakan terhadap pengguna.





Terdapat dua jenis telefon pintar yang boleh dipilih bersama dengan pelan FIRST Basic 38 ini. Telefon Samsung Galaxy V boleh diperoleh pada harga RM 138 sekiranya pelanggan memilih kontrak selama 12 bulan, dan percuma sekiranya pelanggan memilih kontrak selama 24 bulan. Satu lagi model yang ditawarkan adalah Sony Xperia E4g yang ditawarkan pada harga RM 298 sekiranya pelanggan memilih kontrak selama 12 bulan, dan RM 158 sekiranya pelanggan memilih kontrak selama 24 bulan.

Sekiranya anda sedang mencari telefon pintar dan pada masa yang sama mencari pelan yang terbaik untuknya, pelan FIRST Basic 38 yang hadir dengan telefon pintar ini sememangnya memenuhi kehendak anda, lebih-lebih lagi dengan penawaran pas masuk ESCAPE serta kebolehan untuk membawa kuota internet yang tidak digunakan ke bulan hadapan.

Penafian: Advertorial dari Celcom

Sumber: Amanz
 

masalt

freshman
Joined
Apr 22, 2014
Messages
27
Points
1
aku minat dengan pelan ni... tp... takut Celcom punya line tak stable...
 

Tokey

Staff member
administrative
Joined
Jun 5, 2015
Messages
524
Points
28
aku minat dengan pelan ni... tp... takut Celcom punya line tak stable...

Celcom Nye line x stabil ke?maybe kat sesetengah tempat je kot..sb area umah aku..cantik..laju..maybe aku sorang je guna internet kat kampong nie.. +Haha++Haha+
 

BBphire

junior
Joined
Apr 11, 2011
Messages
93
Points
8
pelan ni nampak sangat menarik..
berdaftar pelan ni dalam masa promosinya akan dapat 3GB internet dan wifi..sangat berbaloi la
aku cari ni di dalam webnya..
 

Tokey

Staff member
administrative
Joined
Jun 5, 2015
Messages
524
Points
28
pelan ni nampak sangat menarik..
berdaftar pelan ni dalam masa promosinya akan dapat 3GB internet dan wifi..sangat berbaloi la
aku cari ni di dalam webnya..
tu la...tgk mcm berbaloi je n nmpak mcm murah
 

ahkeok

junior
Joined
Oct 4, 2011
Messages
65
Points
8
nak pilih pelan yg penting ialah kelajuan internetnya...
aku pun pengguna celcom ni..kelajuan internetnya memang tidak boleh dinafikan..selaju 4G LTE tau..
selama aku guna ni, ia agak stabil la..talianya tak ganggu pun semasa aku balik kampung..
 

BBphire

junior
Joined
Apr 11, 2011
Messages
93
Points
8
Nampak berbaloi dan murah kan..
Bayar RMM 38 bukan sahaja akan dapat internet, pelan ni juga merangkumi 50 minut panggilan dan 50 sms…
Yg penting 50 minut panggilan dan 50 saat ni boleh diguna untuk panggilan ke telco yg lain..
 

anne112

freshman
Joined
Aug 31, 2011
Messages
66
Points
6
Baiknya pelan ni..tak sama dengan telco yg lain, promosinya hanya untuk panggilan antara telco yg sama…
 

ahkeok

junior
Joined
Oct 4, 2011
Messages
65
Points
8
Aku dulu pun pernah guna Macis dan org kuning..tapi, kestabilan memang kecewa…
Talian org kuning langsung x ada bila aku balik kampong kelantan..nilah yg mengeramkan…
Tak macam celcom ni, talian internetnya tak pernah menyecewakanku
 

Tokey

Staff member
administrative
Joined
Jun 5, 2015
Messages
524
Points
28

BBphire

junior
Joined
Apr 11, 2011
Messages
93
Points
8
betul betul..cepat pergi beli dan bagi kami tau testimonial
+Bersinar2+

Aku kelmarin sembang dengan rakan ku ttg pelan ni…Rakan ku kata berbanding dengan macis 50 punya..pelan celcom 38 ni lebih berbaloi…sebab macis 50 tu tak ada panggilan dan sms yg percuma..data pun hanya 2GB sahaja..lagipun talian internetnya tak stabil..
 

Tokey

Staff member
administrative
Joined
Jun 5, 2015
Messages
524
Points
28
betul betul..cepat pergi beli dan bagi kami tau testimonial
+Bersinar2+

Aku kelmarin sembang dengan rakan ku ttg pelan ni…Rakan ku kata berbanding dengan macis 50 punya..pelan celcom 38 ni lebih berbaloi…sebab macis 50 tu tak ada panggilan dan sms yg percuma..data pun hanya 2GB sahaja..lagipun talian internetnya tak stabil..
+Bersinar2++Bersinar2+ x sabar nk try
 

bazinga8888

freshman
Joined
Feb 14, 2012
Messages
40
Points
6
Jangan guna org kuning…harganya mahal dan talian internetnya terlampau lambat..bazir duit sahaja…
 

Tokey

Staff member
administrative
Joined
Jun 5, 2015
Messages
524
Points
28
Jangan guna org kuning…harganya mahal dan talian internetnya terlampau lambat..bazir duit sahaja…
Sebelum nie mcm pernah dgr org bypass abg kuning tu..leh unlimited katenya..
 

fahmi93

freshman
Joined
Dec 9, 2013
Messages
38
Points
8
Line celcom ni kalau kat kampung macam hempeh
 

ahkeok

junior
Joined
Oct 4, 2011
Messages
65
Points
8
bypass? stabil ke? tanpa had tapi tak stabil pun tak guna kan..
nanti kena tangkap pulak..+Berpeluh+
bayar lah lebih senang..tak payah takut nanti satu hari kena tangkap dan talian kena potong..kalau nak guna bayar saje..
 

catwang90

junior
Joined
Aug 29, 2011
Messages
164
Points
18
Hempeh keh ? tapi antara telco di pasaran, ku mendapati celcom ni paling stabil la..

Guna di kampung ku pun x ada masalah...

Aku telah guna apps ni untuk uji kelajuannya dengan abg kuning.

Ni celcom




Ni abg kuning..




Awak boleh cuba guna apps ni untuk uji ttg kelajuan internet..
 

Tokey

Staff member
administrative
Joined
Jun 5, 2015
Messages
524
Points
28
Hempeh keh ? tapi antara telco di pasaran, ku mendapati celcom ni paling stabil la..

Guna di kampung ku pun x ada masalah...

Aku telah guna apps ni untuk uji kelajuannya dengan abg kuning.

Ni celcom




Ni abg kuning..




Awak boleh cuba guna apps ni untuk uji ttg kelajuan internet..

laju gak celcom...jauh beza speed die ngn abg kuning..
 
Top