Cara untuk beriklan di forum WangCyber.

Joined
Apr 14, 2016
Messages
5
Likes
0
Points
1
Age
42
Offline
#31
Tq
Mengapa perlu beriklan di Forum WC?

Forum ini sudah lama bertapak di alam maya dan laman ini
sudah pun memiliki ribuan ahli yang berdaftar.

Dengan jumlah warga yang berdaftar di atas, anda berpeluang untuk memasarkan
produk atau servis anda melalui laman forum ini secara
PERCUMA dan TANPA HAD.

Syarat kelayakan untuk beriklan :

1- Anda perlu mendaftar sebagai ahli forum

2- Anda perlulah mencapai status junior terlebih dahulu

3- Anda perlu aktif membuat posting di mana-mana thread minimum sehingga 25 post.

4- Anda perlu mengelak daripada melakukan SPAM komen.

5- Anda mempunyai perniagaan yang sah, tiada unsur penipuan.

6- Anda mendaftarkan perniagaan anda dengan SSM atau TIDAk berdaftar.
Kedua-duanya boleh beriklan di laman forum ini.Tiada masalah.


Jenis iklan yang di benarkan :

A) Semua jenis perniagaan yang boleh anda post mengikut kategori masing-masing
sama ada pakaian, produk digital, servis dan lain-lain.

B) Produk fizikal tidak kira produk anda sendiri atau anda menjadi ejen dropship
orang lain.

C) Produk digital tidak kira sama ada produk anda sendiri atau menjadi ejen affiliate
orang lain.

D) Servis, sama ada anda mengiklankan servis anda sendiri atau sendiri orang lain
untuk mengambil komisyen.

E) Tawaran pekerjaaan sama ada untuk dalam dan luar negara.

F) Bisnes offline anda. Mungkin anda mempunyai kedai printing di Shah Alam dan mahu
mengiklankan kedain itu di laman forum ini, maka anda di benarkan untuk berbuat demikian.


Jenis iklan yang TIDAK di benarkan :

A) Iklan yang mengandungi unsur porno sama ada untuk kegunaan seksualiti
dan seangkatan dengannya. Jika anda mahu mengiklankan produk kesihatan, anda hanya
di benarkan untuk mengiklankan produk selain dari niche 18SX.

Contoh produk kesihatan yang di benarkan ialah :

-Produk berkaitan jerawat
-Produk berkaitan masalah kencing manis
-Produk untuk kurangkan berat badan
-Produk untuk set penjagaan kulit
-Produk untuk set ibu mengandung

B) Iklan yang mengandungi unsur keagamaan yang menyeleweng seperti panduan dari sumber
yang meragukan, bertentangan degan syariah, Quran dan Sunnah. Jika anda mahu menjual buku
keagamaan dari syarikat penerbitan tertentu yang bermanfaat dan sesuai untuk masyarakat,
maka ia di benarkan.

C) Iklan yang mengandungi unsur politik, mungkin buku yang mempunyai unsur hasutan yang berbau
perkauman,pembongkaran masalah dalaman politik negara dan seangkatan dengannya.

D) Iklan yang mengandungi link blog semata-mata. Anda boleh beriklan link blog anda dengan syarat
anda perlu membuka thread baru yang mempunyai unsur kandungan free sharing seperti TIPS memasakn dan
sebagainya. Di bawah posting itu, letakkan link blog anda sebagai sumber.Thread seperti ini
perlu di buka di ruang PERBINCANGAN dan BUKAN di bahagian PENGIKLANAN.

E) Iklan yang mengandungi unsur atau bahan yang salah di sisi undang-undang seperti dadah dan lain-lain.
Rokok serta vape juga tidak di benarkan untuk di iklan di laman forum WC ini.

F) Iklan yang mengandungi unsur tidak selamat yang mungkin akan di beli oleh individu bawah umur,
seperti alatan tajam, alatan senjata dan produk yang seangkatan dengannya.

G) Produk atau servis yang melanggar syariah yang mungkin mempunyai unsur riba dan sebagainya.

H) Produk makanan yang tidak HALAL di sisi syariat.

J) Produk atau servis yang berisiko untuk di ambil tindakan undang-undang seperti menjual produk yang
membolehkan orang ramai untuk HACK password akaun orang lain atau mencuri talian internet (paid line)
orang lain.

K) Produk berjenama tiruan seperti cermin mata Rayban,Oakley dan sebagainya.Anda di benarkan untuk menjual
barangan berjenama sekiranya anda merupakan pengedar yang sah. Sila maklumkan hal ini kepada pengurusan forum
untuk pengesahan terlebih dahulu sebelum anda membuat posting iklan.

L) Jual beli matawang asing tidak di benarkan sama sekali baik untuk PayPal dan sebagainya.


Cara untuk posting iklan baru dan juga etika ketika beriklan :

1) Setiap 1 thread hanya 1 jenis produk yang di benarkan. Contohnya jika anda mahu menjual pakaian bayi, ubat
jerawat dan juga buku agama, sila post semua produk itu di thread yang berbeza.

2) Anda wajib untuk memilih jenis kategori untuk produk atau servis anda ketika iklan anda di buat. Ini dapat membantu
ahli forum dan orang ramai agar mudah untuk mencari produk anda mengikut carian kategori.

3) Gunakan tajuk yang sesuai untuk thread iklan anda. Pastikan tajuk iklan adalah sama dengan apa yang anda
tawarkan.

4) Gunakan imej yang sesuai untuk iklan anda dan elakkan daripada menggunakan iklan yang kurang sesuai seperti gambar
wanita yang berpakaian kurang sopan.

5) Anda boleh linkkan thread anda dengan website jualan anda namun anda tidak di benarkan hanya meletakkan direct URL
di dalam thread. Anda perlu membuat posting terlebih dahulu yang mana posting itu mengandungi teks/imej dan di bawah
posting itu barulah anda letakkan link website jualan anda.

Jika thread iklan anda hanya mengandungi URL web jualan anda, maka thread itu akan di padam oleh pihak admin tanpa
sebarang makluman kepada anda.

6) Elakkan spam. Anda tidak boleh membuka lebih dari 1 thread untuk produk yang sama.

7) Anda tidak di benarkan untuk beriklan produk atau servis anda di thread orang lain. Jika owner thread mendapati
thread mereka di ceroboh dengan adanya pengiklanan dari penjual lain, maka mereka boleh membuat report kepada pihak admin.
Sekiranya ada seller yang gemar mengiklankan produk mereka di thread iklan orang lain,jika kesalahan di lakukan sebanyak 2 kali,
maka seller itu akan di ban oleh pihak admin forum tanpa sebarang notis. Syarat ini juga di aplikasikan untuk SEMUA thread
termasuklah thread artikel, pengiklanan dan juga sudut perbincangan.

8) Jaga tatatertib anda sebagai seller. Jika punya sebarang masalah, sila berhubung menggunakan kotak inbox secara privasi,
itu adalah lebih baik.

9) Usah punya niat untuk scam ahli forum yang lain. Jika pihak admin menerima report tentang hal ini, seller tersebut akan
di ban serta-merta tanpa sebarang notis.

10) Seller boleh meminta admin untuk delete/close mana-mana thread jualan yang di lakukan atas apa-apa alasan seperti
stok sudah habis. Atau tersalah double post 2 thread yang sama. Sila buat laporan dengan segera.

11) Anda boleh beriklan dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

12) Sila gunakan ayat yang jelas agar ketika membuat jualan agar ahli forum yang lain tidak salah faham dengan tawaran yang
ada berikan buat mereka.

Penafian :

# Pihak admin dan seluruh pengurusan forum WC tidak bertanggungjawab atau apa-apa kerugian yang berlaku kepada pihak seller
sepanjang mereka beriklan di forum ini. Setiap isu yang berlaku antara anda dan juga pihak pembeli, ia 100% di bawah
tanggungjawab anda.

# Jika pihak pembeli ada melaporkan rasa tidak puas hati terhadap servis jualan anda,sama ada anda lambat memberi respond, anda
lambat menghantar barang dan lemah dalam memberi sistem support pelanggan, pihak forum WC tidak akan masuk campur. Namun jika
pembeli melaporka bahawa seller tidak melakukan penghantaran produk setelah pembelian dan tidak langsung memberi respond lebih dari 7 hari,
pihak forum WC akan close thread jualan tanpa notis dan akan memaklumkan alasan thread di tutup di muka depan thread.

Ini adalah penting supaya ahli forum yang lain akan berhenti untuk membuat pembelian dari thread tersebut.Pembeli juga berhak untuk
membuat laporan polis jika berlaku penipuan namun laporan itu di buat kepada nama penjual, bukan forum WC.

# Pihak forum WC berhak untuk mendedahkan dan membenarkan kesemua hitam putih peribadi seller kepada pihak berkuasa jika
ia di perlukan untuk proses siasatan.

# Dengan beriklan di laman forum WC ini, anda bersetuju bahawa pihak forum WC hanya menyediakan tapak beriklan untuk membantu
peniaga memasarkan produk dan servis masing-masing namun tanggungjawab pengurusan bisnes di uruskan oleh setiap penjual.
Pihak forum WC tidak pernah mengambil sebarang bayaran,komisyen dan lain-lain tuntutan untuk setiap iklan yang di post di mana-mana thread.

# Seller juga bersetuju jika thread iklan mereka tidak sesuai mengikut kategori, iklan yang di buat akan di remove oleh pihak admin
tanpa sebarang notis. Oleh itu, pastikan anda memilih kategori yang sesuai untuk setiap niche iklan anda. Anda boleh bertanyakan
kepada admin jika anda tidak pasti tentang kategori iklan yang sesuai untuk servis/produk anda.

# Seller juga bersetuju bahawa pihak admin forum WC akan delete mana-mana thread atau ban keahlian mereka tanpa notis jika
mereka melanggar salah satu dari syarat-syarat yang di berikan.

# Seller juga bersetju bahawa semua syarat, terma dan penafian di atas boleh di edit dan di rombak mengikut kesesuaian masa dan
keadaan. Oleh itu, mereka perlulah sentiasa follow up thread ini sebelum beriklan.

================================================================================

Pihak admin forum WC berharap dengan peluang yang di berikan ini, anda boleh meluaskan lagi
jualan anda di internet secara percuma. Semoga anda memberikan kerjasama dan dapat mengikuti segala
syarat yang di tawarkan.

Jika ada sebarang pertanyaan dan cadangan, sila tinggalkan komen anda di bawah ini.

Terima kasih dan selamat maju jaya.

Daripada,
Tokey
Super Admin WC
 
Top