Cara pemasaran affiliate berkesan 2016- bahagian 2

Naz Akhtar

Super Senior
Joined
Jun 21, 2014
Messages
502
Likes
132
Points
43
Offline
#1


Tahun 2015 akan menutup tirainya tidak lama lagi dan fasa tahun 2016 akan bermula kurang dari 100 hari bermula hari ini. Bagaimana dengan persediaan anda dalam menjana income melalui internet? Apakah misi anda untuk sukses dalam adsense, dropship atau affiliate? Apa jua keinginan dan impian yang anda simpan untuk meraih wang yang banyak melalui internet, anda semua di doakan agar di permudahkan segala urusan, di tambah ilmu yang bermanfaat dan semoga semua usaha yang anda jalankan membuahkan hasil yang lebat, insyaAllah.

Bagi anda yang merancang untuk menjana wang melalui affiliate dan mahu mengasah ilmu dalam topic pemasaran affiliate untuk tahun 2016, sebelum ini kita sudah membincangkan 5 cara untuk anda menjual produk affiliate di internet dengan cara yang berkesan.

Melalui artikel ini pula, kita akan menyambung 5 lagi cara pemasaran yang akan membantu anda untuk meledakkan sales, insyaAllah. Jika anda sendiri punya pengalaman dan pendapat peribadi untuk di kongsikan kepada rakan-rakan lain tentang pemasaran affiliate, sangat di galakkan untuk anda meninggalkan pendapat dan idea tersebut di ruang komen di bawah. Semoga perkongsian anda itu memberi manfaat buat orang lain yang membaca juga, insyaAllah.

Baiklah, melalui artikel ini, ini dia 10 cara pemasaran affiliate 2016 sambungan yang kedua :

Cara 6 : Youtube video


Pemasaran menggunakan kandungan video juga salah satu cara yang sangat efektif untuk melakukan pemasaran affiliate. Ramai IM kita yang menggunakan cara ini iaitu dengan mengupload video secara berkala ke channel youtube mereka.

Laman web youtube menerima jutaan trafik setiap hari dan banyak blogger, vlogger mampu menjana pendapatan tambahan dengan menggunakan platform youtube untuk memperkenalkan perniagaan mereka.

Bagaimana untuk anda juga mamapu menggunakan platform youtube ini untuk menarik jualan bagi produk affiliate pilihan anda? OK,lah, sebenarnya pemasaran melalui video youtube sebenarnya sangat mudah. Ramai yang fikir bahawa mereka perlu create banyak video setiap hari untuk upload video tersebut ke youtube channel mereka. Sebenarnya tidak.

Amda boleh melakukan kerja pemasaran melalui youtube dengan cara mengupload video yang di berikan oleh orang lain. Sebagai contoh, jika blog anda yang banyak menjual produk affiliate adalah berkaitan dengan travel, maka anda boleh cari video travel di laman youtube sebagai contoh Korean food Street yang mempunyai label CC. Muat turun mana-mana video yang mempunyai label CC ini tanpa sebarang masalah. Video yang mempunyai label CC ini sebenarnya memang tuan empunyanya membenarkan anda untuk menggunakan semula video mereka untuk channel anda.

Paling penting di sini ialah, anda perlu meletakkan URL blog affiliate anda ke dalam tajuk, kotak info atau pun ke dalam video melalui fungsi annotation. Sebenarnya topic pemasaran melalui video ini seharusnya di kupas dengan lebih mendalam dalam artikel lain pula. InsyaAllah dalam keluaran akan datang, kita akan sama bincangkan bagaimana untuk anda menarik ribuan trafik ke website jualan anda atau blog anda dengan menggunakan video content.

Untuk pemasaran produk affiliate, selain dari mengupload video CC ke channel youtube anda, anda juga boleh upload video anda sendiri seperti koleksi cermin mata Rayban dan Oakley. Cara ini sesuai untuk anda menjana wang melalui affiliate amazon. Di dalam kotak info video itu, anda letakkan senarai produk dari jenama Rayban dari laman amazon. Pastikan semua link yang anda letak di kotak info tersebut adalah link affiliate anda dari amazon.

Cara ini juga sangat efektif kerana prospek akan terus klik link affiliate anda dan mereka akan terus di bawa ke laman jualan untuk place order. Laman amazon adalah untuk program affiliate bagi produk digital. Anda juga boleh menggunakan cara yang sama untuk produk digital juga, ianya tiada masalah.

Cara 7 : Solo ads


Solo ads juga merupakan cara yang sangat berkesan untuk anda yang tidak mempunyai mailing list anda sendiri. Solo ads bermaksud anda menggunakan mailing list orang lain untuk memasarkan produk affiliate anda.

Sebagai contoh, anda mahu memasarkan produk digital dari niche make money online untuk pasaran luar Negara terutamanya US.

Anda boleh melakukan pemasaran solo ads ini dengan menyewa mailing list IM lain. Tawaran seperti ini anda boleh cari di forum luar seperti di warriorforum.com . Di sana, ada sangat ramai IM yang menawarkan solo ads dengan pelbagai pakej dan kelebihan. Sebagai contoh, anda mungkin boleh membayar sekitar USD 20 untukIM yang mempunyai mailing list sekitar 5,000 orang market US. Bermaksudnya di sini, dengan membayar sekitar USD 20, emel pemasaran anda akan di hantar kepada 5,000 prospek US untuk niche make money online.

Kelebihan melakukan solo ads ini ialah anda mempunyai kerja pemasaran yang focus. Ini kerana IM yang menawarkan solo ads kepada orang ramai ini biasanya mereka hanya akan menerima pemasaran produk yang mempunyai niche yang sama dengan mailing list mereka. Maka niche selain dari itu biasanya akan di tolak.

Anda juga mungkin di beri pilihan sama ada untuk menulis sendiri kandungan emel anda atau hanya perlu memberi beberapa highlight tertentu, kemudian owner mailing list sendiri yang akan mengolah kandungan emel mengikut gaya Bahasa mereka yang selalu mereka gunakan ketika menulis emel follow up kepada mailing list mereka.

Bagaimanakah untuk anda menggunakan pemasaran affiliate solo ads ini dengan lebih berkesan? Caranya ialah anda perlu menyewa solo ads lebih dari seorang IM. Mungkin 3-5 solo ads dalam satu masa dari sumber yang berlainan dan lihat solo ads dari siapakah yang lebih berkesan? Akan datang anda boleh banyak memberi focus kepada solo ads yang banyak memberi sales kepada anda.

Cara lain yang jauh lebih bijak ialah, anda gunakan solo ads untuk mengutip mailing list terlebih dahulu. Kemudian melalui mailing list inilah anda akan memasarkan produk affiliate anda pula.

Cara 8 : Pemasaran melalui forum


Forum merupakan tempat di mana ramai orang berkumpul untuk berbincang dan mendapatkan informasi sama ada melalui cara percuma atau berbayar. Anda bleh menggunakan banyak cara untuk memasarkan produk affiliate anda di forum.

Cara yang sangat berkesan untuk anda lakukan pemasaran affiliate di forum adalah dengan membuka thread baru dan menawarkan free bonus bagi ahli forum yang membeli produk affiliate dari link anda. Mengapakah cara ini di katakan sangat berkesan? Ini kerana ramai ahli forum atau orang biasanya ingin mencari free bonus untuk satu-satu produk yang di jual di internet terutamanya untuk produk digital.

Oleh itu, dengan membuka thread khusus untuk menawarkan free bonus bagi mereka yang membeli dari link affiliate anda, ia sangat membantu anda bagi melakukan jualan. Bagaimana pula untuk anda sediakan free bonus? Fre bonus mungkin boleh di sediakan dalam betuk file PDF atau rakaman video.

Untuk niche make money online pula, ada banyak free bonus yang boleh di tawarkan termasuklah software, audio dan sebagainya. Anda boleh create sendiri free bonus tersebut atau mengupah orang lain untuk melakukannya buat anda atau pun anda boleh membeli produk berbayar yang membawa sellernya memberikan anda hak untuk mengedar secara percuma bagi tujuan pemasaran affiliate sebagai free bonus.

Cara 9 : Sewa banner


Sewa banner juga salah satu cara untuk anda menarik trafik untuk jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, anda menyewa ruang banner untuk pemasaran affiliate anda di sebuah blog dalam tempoh 30 hari dengan bayaran sekitar RM 60.

Ini bermakna banner anda akan di paparkan blog tersebut selama 30 hari berturut-turut. Jika komisyen yang anda dapat untuk 1 sales ialah RM 40.00, dan katakanlah dalam tempoh sebulan anda berjaya membuat sales sebanyak 10 melalui 1 banner di blog tersebut, ini bermaksud anda sudah untung bersih sebanyak RM 340.00.

Semakin banyak kerja pemasaran melalui cara sewa banner di lakukan, semakin besar peluang untuk anda membuat sales untuk produk affiliate anda. Namun begitu, untuk memastikan modal yang anda keluarkan untuk kerja pemasaran dengan cara ini berjalan dengan baik, anda perlulah meneliti dahulu jenis blog yang ada.

Dapatkan semua data berkaitan dengan blog pilihan anda dari adminnya. Sebagai contoh, minta admin memberikan anda tentang jumlah trafik setiap hari, bulan beserta dengan page impression yang berlaku setiap hari. Jika jumlah trafiknya lebih adri 5,000 sebulan, maka ia adalah nombor yang cukup baik. Ini bermaksud dalam tempoh sebulan iklan banner anda akan di lihat sebanyak lebih kurang 150,000 kali.

Tempat yang sangat strategic untuk anda meminta admin meletakkan banner affiliate anda ialah di bahagian header, sidebar atau di antara post tengah. Anda boleh cuba melakukan cara ini untuk beberapa buah blog yang mempunyai krateria trafik yang di cadangkan tdi dan lihat blog manakah yang memberikan sales lebih tinggi buat anda.

Jika sales dan kos yang di keluarkan adalah setimpal, anda boleh membuat pertimbangan untuk terus menyewa banner di blog tersebut untuk bulan seterusnya. Untuk bulan yang lain, anda mungkin boleh menukar banner baru untuk produk affiliate yang baru. Jika founder produk sudah menyediakan banner untuk tujuan pemasaran buat ejen affiliate, maka anda boleh menggunakan banner yang di berikan untuk tujuan pemasaran melalui cara ini.

Namun, jika anda mahu mendapatkan banner yang unik, anda boleh tempah banner khusus di laman fiverr dengan serendah harga USD 5 sahaja.

Cara 10 : Melalui blog


Jika anda mempunyai blog peribadi dan gemar untuk update blog tersebut, gunakanlah seluruh ruang blog yang ada seperti di bahagian header, sidebar atau di footer blog, dengan meletakkan link affiliate anda.

Pemasarn melalui blog di katakana sangat berkesan kerana jika blog anda aktif dalam menyiarkan posting setiap hari, anda boleh turut membuat posting khusus tentang produk affiliate pilihan anda. Perlukah anda mempunyai blog khusus mengikut niche produk affiliate?

Ia sebenarnya tidaklah terlalu wajib untuk punya niche blog yang sama dengan niche produk affiliate. Ini kerana ada juga blogger yang mempunyai blog topic bebas tetap dapat menjana wang melalui affiliate di blog mereka walaupun niche affiliatenya tidaklah khusus dan focus.

Namun jika anda mempunyai blog yang khusus mengikut niche affiliate anda, maka itu juag lebih bagus kerana content posting blog anda adalah setara dan sama dengan produk affiliate anda, maka prospek yang masuk ke blog anda adalah lebih berpotensi tinggi untuk membeli. Paling penting, blog itu mempunyai trafik. Jika tiada trafik, maka tiadalah jualan yang akan berlaku.

Teknik melalui blog ini pula anda boleh combinekan dengan teknik facebook ads, google adwords dn youtube bersama. Dengan cara ini, anda dapat menggabungkan kesemua trafik agar mereka saling melawat setiap page anda dari masa ke semasa.

Penutup :


Itu dia 10 cara pemasaran affiliate yang anda boleh mulakan untuk menjana wang bermula tahun 2016 hadapan. Sebenarnya jika anda mahu bermula hari ini juga pun boleh, tahun 2015 masih belum melabuhkan tirainya. Asalkan anda belajar dan take action, insyaAllah pasti kejayaan akan memihak pada anda. Semoga anda sukses saya doakan,aamin. J
 
Joined
May 3, 2008
Messages
2,820
Likes
54
Points
48
Offline
#3
Macam mana nie tuan..ashadee nak close dah nie...bulan 1 semua advertiser kena cari rumah sewa baru...wangcyber laa buat port affliate baru...tokey sure bleh nya... :D
 

adword

freshman
Joined
Nov 13, 2012
Messages
45
Likes
2
Points
8
Offline
#6
terima kasih tuan... ilmu yg bermanfaat


Sent from my iPhone using Tapatalk
 
Top