leh x ajar cara nak guna auto responder saya x tau la nak setup dia mcm mna....
Assalammualaikum,
Jika kita hendak bina list, mestilah menggunakan autoresponder. Autoresponder pulak ada yang berbayar dan pasang script kat hosting sendiri.
Jika yang berbayar kebanyakan IM guna aweber dan getresponse. Tetapi memandangkan getresponse telah menaikkan harganya, lebih baik guna aweber. Ada juga yang murah seperti Norabots, shoutresponse dan sebagainya. Yang berbayar tak payah setup-setup, langgan sahaja servis mereka, anda akan di ajr cara-cara untuk membuat list.
Jika nak guna yang pasang script di hosting, boleh minta tolong disini. Ramai yang boleh tolong pasangkan script autoresponder pada hosting anda. Tetapi kelemahan adalah ICAAN compliance. Mungkin sampai suatu tahap, email yang anda hantar kepada subscriber anda akan masuk keruangan SPAM.
itu sahaja serba sedikit penerangan mengenai autoresponder. Ramai kat sini yang otai-otai dalam membina list ni.