cara nak wat mailing list

Imabiz

Senior
Joined
Feb 10, 2009
Messages
13,845
Points
38
autoresponder nie adalah salah satu cara untuk mengumpul list dengan pemberian secara percuma... jadi kita kenalah ade produk untuk kita beri pada orang yang nak beri kita emel tue... jadi mereka yang beri kita emel akan dapat kita punyer produk melalui emel untuk download... kita memberi.. anda merasa... eh betul ke nie..???
 

saraz_inc

freshman
Joined
Oct 16, 2009
Messages
23
Points
1
leh x ajar cara nak guna auto responder saya x tau la nak setup dia mcm mna....
 

Dogol

freshman
Joined
Dec 3, 2009
Messages
436
Points
0
abenda ni.... saya x faham lah...
 

mazlie nadzri

Senior
Joined
Jan 23, 2008
Messages
1,686
Points
38
Guna autoresponder apa? Aweber? Getresponse?

Ataupun autoresponder percuma. Biasanya, kalau autoresponder berbayar, memang dah ada video tutorial macam mana nak bina kempen, send email etc.
 

hexagold

Newbie
Joined
Jun 2, 2007
Messages
372
Points
16
leh x ajar cara nak guna auto responder saya x tau la nak setup dia mcm mna....

Assalammualaikum,

Jika kita hendak bina list, mestilah menggunakan autoresponder. Autoresponder pulak ada yang berbayar dan pasang script kat hosting sendiri.

Jika yang berbayar kebanyakan IM guna aweber dan getresponse. Tetapi memandangkan getresponse telah menaikkan harganya, lebih baik guna aweber. Ada juga yang murah seperti Norabots, shoutresponse dan sebagainya. Yang berbayar tak payah setup-setup, langgan sahaja servis mereka, anda akan di ajr cara-cara untuk membuat list.

Jika nak guna yang pasang script di hosting, boleh minta tolong disini. Ramai yang boleh tolong pasangkan script autoresponder pada hosting anda. Tetapi kelemahan adalah ICAAN compliance. Mungkin sampai suatu tahap, email yang anda hantar kepada subscriber anda akan masuk keruangan SPAM.

itu sahaja serba sedikit penerangan mengenai autoresponder. Ramai kat sini yang otai-otai dalam membina list ni.
 

Faiz Shafie

Senior
Joined
Jun 12, 2009
Messages
4,352
Points
0
untuk permulaan membuat mailing list..gunakan yang PERCUMA..untuk mendapatkan intipati pengalaman membina mailing list..xde guna yang berbayar tapi tidak tahu untuk memulakannya dengan lancar..guna yang percuma ada banyak dalam internet..hosting pun guna juga yang percuma seperti blogspot..apa2 xfaham boleh PM saya..
 

penang

Senior
Joined
Jul 17, 2009
Messages
1,353
Points
0
nak buat simple aje... first kena buat squeeze page... daftar autoresponder elok yg bayar punya... senang sikit utk org yg baru. Org yg baru elok amik autoresponder norabots.....murah sikit...

Kalau masih blur baca ebook percuma saya dulu klik link kat singnature saya. Kalau tak faham apa2 nanti boleh email saya...
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
mailing ni ape plak.adui banyak kena tahu ni

mailing berasal daripada perkataan mail yang membawa maksud e-mail.

List = senarai

maka mailing list = senarai email.

Apa guna senarai email ini ?

Cthnya la.. katakan anda mempunyai perniagaan mengenai pelancongan. Dan anda mempunyai 100,000 email yang mana pemiliknya amat minat melancong. Tidakkan itu bermakna anda sudah ada 100,000 pelanggan tetap ?
 

Help me

freshman
Joined
Dec 1, 2009
Messages
229
Points
0
mailing berasal daripada perkataan mail yang membawa maksud e-mail.

List = senarai

maka mailing list = senarai email.

Apa guna senarai email ini ?

Cthnya la.. katakan anda mempunyai perniagaan mengenai pelancongan. Dan anda mempunyai 100,000 email yang mana pemiliknya amat minat melancong. Tidakkan itu bermakna anda sudah ada 100,000 pelanggan tetap ?

terima kasih dah faham pun..mcm tu rupanya
 

ZaRul

Senior
Joined
Jan 22, 2009
Messages
1,779
Points
0
anda boleh baca ebook yg saya tulis ASAS AFFILIATE kat dalam tu ada diterangkan definisi dan langkah membuat mail list
 

AsYraF

freshman
Joined
Nov 26, 2009
Messages
472
Points
16
Emm...kalau dah ada produk dan telah disediakan 1 laporan percuma sebagai giveaway mudah la nk bina mailing list prospek anda. Fungsi autoresponder sebenarnya kita meminta secara sah dari pelawat laman web kita untuk memasukkan nama dan email mereka untuk melanggan newsletter/produk percuma dari kita. Pelawat send blank email, kita dapat nama dan alamat email mereka dan bila kita menghantar sesuatu newsletter atau promosi produk email kita x kan masuk dalam folder SPAM pelawat website kita tadi.

P.S.: Sentiasa terfikir apa akan terjadi jika suatu hari nanti sistem e-mail tidak lagi wujud atau dihapuskan;)
 

saraz_inc

freshman
Joined
Oct 16, 2009
Messages
23
Points
1
tima kasih byk2 kt korang semua sebab sudi tlg aku settlekn aku punya probs........jasamu tetep ku kenang
 

faezil

Newbie
Joined
Oct 2, 2007
Messages
7,061
Points
38
P.S.: Sentiasa terfikir apa akan terjadi jika suatu hari nanti sistem e-mail tidak lagi wujud atau dihapuskan;)

Jangankan e-mail, ada juga yang memikirkan sekiranya suatu hari nanti Internet dihapuskan !!!

Jika ia dihapuskan, semestinya ia digantikan dengan yang lebih canggih. Cthnya, kereta berenjin menggantikan kereta lembu. Ketuhar gelombang mikro menggantikan dapur arang
 
Top