Cadangan: ADAKAN Sub-Forum 'Pengurusan Kewangan Peribadi'

Cadangan: ADAKAN Sub-Forum 'Pengurusan Kewangan Peribadi' - Apa Pendapat Anda???

  • setuju (sila berikan komen anda di post...)

    Votes: 12 75.0%
  • tidak setuju (sila berikan komen anda di post...)

    Votes: 4 25.0%
  • entahlah... setuju pun tidak, tidak setuju pun tidak (sila berikan komen anda di post...)

    Votes: 0 0.0%

  • Total voters
    16

copernicus

Senior
Joined
Jun 12, 2008
Messages
852
Points
18
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera... :)

syukur, hari ni, WC telah adakan satu sub-forum baru; iaitulah sub-forum 'motivasi dan inpirasi':
- Motivasi & Inspirasi - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia

sekali lagi, syabas dan tahniah saya ucapkan. yosh! :D

baik. sekaligus dengan ini, saya ingin mencadangkan agar diadakan juga sub-forum dengan tajuk: pengurusan kewangan peribadi. isunya, segala apa yang berkaitan dengan hal-hal pengurusan kewangan peribadi dan seanteronya.

baik. oleh sebab saya mencadangkan ini, izinkan saya memberi hujah, mengapa saya mencadangkan ini. :)

mengapa topik PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI???
secara asasnya, ilmu-ilmu pengurusan kewangan peribadi, adalah ilmu-ilmu yang kritikal kepada kesemua kita (samada orang-orang yang mahu maju setapak... mahupun orang-orang yang hanya mahu hidup bersederhana serta tidak mahu maju ke hadapan). mengapa ia wajib dianggap begitu? baik, saya memberikan satu senario. anda muda. anda mendapat 'durian runtuh' (mendapat lambakan duit yang banyak hasil pembayaran daripada insuran anda; kerana anda telah memenangi kes kemalangan anda - seperti saya! hehehe...). tetapi, anda mula kabur dengan apa yang ada di tangan. anda mula 'enjoy' sakan! tidak sampai sebulan... duit anda kehabisan... dua bulan seterusnya... surat bank (menuntut hutang) sampai... notis terakhir pula tu...! akhirnya anda diisytihar bankrap...! puncanya... tidak bijak mengurus kewangan peribadi. tidak adakan dana rizab (yang paling utamanya). tidak menyelesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan dahulu... nah, inilah antara kepentingan ilmu pengurusan kewangan peribadi. saya yakin, telah/sedang/akan ramai rakan-rakan kita di sini yang telah/sedang/akan 'mengalirkan' duit ke dalam akaun bank anda. tetapi, jika ilmu ini cetek di dada anda... anda juga tidak akan ke mana...
petikan komen saya di sini:
- http://www.jombincang.com/forum/cad...ivasi-pengurusan-kewangan-peribadi-sukan.html

jadi, bersama ini juga saya sertakan poll untuk rakan-rakan bersama mengundi, samada relevankah, untuk topik ini diadakan...

just my 3 cents...

jadi... apa kata servey? :D

p/s: rakan-rakan yang ada pandangan (samada pro dan kontra), sila-silalah bersama kita perbincang ya...

p/p/s: kalaulah diadakan nanti... tak sabar-sabar nak belajar daripada master dalam bab ni, admin kita... Shuth!
 
sweetmango

Newbie
Joined
May 8, 2008
Messages
459
Points
16
Age
33
Boleh masuk sekali kot dlm subforum motivasi. or tukar title subforum itu kepada 'motivasi & kewangan'.
 
SiRPunK

freshman
Joined
Nov 4, 2008
Messages
519
Points
16
Aaa.....ah banyak sangat sub forum pun bagi aq xbagus jugak......nanti jadik cm CG. Xmenarik langsung. Berserabut kalau terlampau banyak bnda nak bincang dalam satu forum. Yang copernicus nye cadangan ini saya stuju kalau kombine akan je ngan motivasi. hanya satu pndangan ikhlas lagi jujur...
 
kodin

Senior
Joined
Jul 6, 2006
Messages
968
Points
18
mengapa topik PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI???
secara asasnya, ilmu-ilmu pengurusan kewangan peribadi, adalah ilmu-ilmu yang kritikal kepada kesemua kita (samada orang-orang yang mahu maju setapak... mahupun orang-orang yang hanya mahu hidup bersederhana serta tidak mahu maju ke hadapan). mengapa ia wajib dianggap begitu? baik, saya memberikan satu senario. anda muda. anda mendapat 'durian runtuh' (mendapat lambakan duit yang banyak hasil pembayaran daripada insuran anda; kerana anda telah memenangi kes kemalangan anda - seperti saya! hehehe...). tetapi, anda mula kabur dengan apa yang ada di tangan. anda mula 'enjoy' sakan! tidak sampai sebulan... duit anda kehabisan... dua bulan seterusnya... surat bank (menuntut hutang) sampai... notis terakhir pula tu...! akhirnya anda diisytihar bankrap...! puncanya... tidak bijak mengurus kewangan peribadi. tidak adakan dana rizab (yang paling utamanya). tidak menyelesaikan apa yang sepatutnya diselesaikan dahulu... nah, inilah antara kepentingan ilmu pengurusan kewangan peribadi. saya yakin, telah/sedang/akan ramai rakan-rakan kita di sini yang telah/sedang/akan 'mengalirkan' duit ke dalam akaun bank anda. tetapi, jika ilmu ini cetek di dada anda... anda juga tidak akan ke mana...
rasanya boleh cita dlm motivasi kot... bile kite cite psl kewangan ni melibatkan emosi.. tak ke quote di atas tuh bynk kait dgn emosi? ;) jadi ia berkait juga dgn motivasi.. dimana pengurusan kewangan memerlukan motivasi :)

dlm thread motivasi :)
 
laling

junior
Joined
May 29, 2007
Messages
166
Points
18
Pengurusan kewangan peribadi?

OK setuju tapi buatlah style main kutu2 jer lah.:rolleyes:
Kita Invest sorang RM10 kat IM muda newbies yg takda modal tapi ada idea genius + product + research + good presentation.

kalau 1000 investor dah RM10k dana ni terkumpul kita kenakan dividen keuntungan 40:60 for every sale their made..payment every sale direct to investor yg diberi amanah then End of the month bagi sama rata pada investor. 60%/1000

Barulah nama kewangan peribadi everybody happy.
 
Thinkerich

Newbie
Joined
Nov 14, 2007
Messages
655

Erks..Laling itu bukan kewangan peribadi... :confused: itu macam kutip deposit...tanpa lesen yang sah...ianya salah di sisi undang2 :rolleyes:..untuk dapatkan penjelasan lanjut anda boleh membaca artikel ini Apa Itu Perancangan Kewangan Peribadi?

DAPATKAN TIP UNTUK MENGATASI MASALAH KEKURANGAN WANG DI SINI!
 
Last edited:
Joined
May 4, 2007
Messages
622
Points
16
Age
33

Thinkerich

Newbie
Joined
Nov 14, 2007
Messages
655
Points
16
Tak kisahlah ada ke tak ada sub forum berkaitan Pengurusan Kewangan Peribadi...(rasanya Thread pun dah memadai kot!)

Yang penting kita sama -sama berkongsi ilmu dan pengetahuan serta pengalaman masing-masing dalam kewangan peribadi...

Mungkin ianya berkesan untuk diri kita tapi tak berkesan pula pada orang lain..

Sebab apa ???

Sudah tentulah sebab sikap dan matlamat kewangan yang berbeza...maka hasilnya sudah pastilah berbeza...

Hmmm..apa kata kita bukak Thread Pengurusan Kewangan Peribadi je...? Siapa setuju ? (Kalau belum ada lagi lah) Kalau dah ada tolong beritahu...;)

p/s : Tapi rasanya saya dah bukak satu Thread " Apa Itu Perancangan Kewangan Peribadi" ..

Boleh pakai itu je kot???
 
aleh49

freshman
Joined
Dec 10, 2008
Messages
277
Points
18
Age
31
sy xksh...lg pon bgus gak...leh kongsi2 ilmu pengurusan wang...bkn tambh banyak pon..satu sub forum jerk..
 
awlia80

freshman
Joined
Mar 4, 2010
Messages
12
Points
0
Idea yang baik. Banyak manfaat. Bersama-sama kita berkongsi ilmu. Bagi saya tak kisah kalau nak buka thread baru kah atau gunakan thread motivasi kah, bagi saya isi kandungan perbincangan itu yang lebih penting dan memberi faedah kepada umum. Cadangan melibatkan ahli/pakar pengurusan kewangan seperti Samsudin kadir pun sangat bagus dan bernas.
 
Theron451

freshman
Joined
Nov 9, 2011
Messages
15
Points
0
Boleh masuk sekali kot dlm subforum motivasi. or tukar title subforum itu kepada 'motivasi & kewangan'.
 
nan76

freshman
Joined
Jan 4, 2012
Messages
1
Points
0
Saya bersetuju ngan topik tentang pengurusan kewangan ini, lebih-lebih lagi pada mereka-mereka yang ingin tahu apa itu aset dan apa itu liabiliti. Mungkin ramai di kalangan kita masih tak tau tentang 2 perkara ini. Mungkin boleh saya utarakan satu persoalan pada semua, apakah pembelian rumah itu merupakan satu aset atau liabiliti...kalau tidak silap saya menurut Robert Kiyosaki dalam bukunya yang bertajuk 'rich dad poor dad', rumah merupakan satu liabiliti...sila komen
 
Top