Buka Cyber Cafe

reezluv

Senior
Joined
Jun 5, 2006
Messages
4,115
Points
38
Baru-baru ni, saya ada ke PWTC... dengar talk (secara tak sengaja) pasal ********** untuk usahawan yg nak buat perniagaan... dari beberapa istitusi kewangan yg ada dalam negara ni. Mulanya saya buat-buat tak dengar sebab tujuan saya masuk awal dalam dewan tu untuk dengar talk berikutnya sebetul-betulnya... Jadi, dalam dengar tak dengar tu, saya terdengar jugak yg mana ada ********** ******** untuk usahawan yg buka CC, tak dapat bayar balik ******** diorang... kebanyakannya... Ada jugak yg bungkus terus!

Jadi, saya nak tanya pada korang semua, yg ada pengalaman bukak cyber cafe ni (kalau tak silap Hasrul bukak cc jugak kan?)... perniagaan CC ni menguntungkan ke?

Sebab dari pemerhatian saya sendiri... kalau yg okey, okeylah... Ada jugak yg hidup segan, mati tak mampus!!! Mostly, yg hidup pun bergantung pada sumbangan budak-budak sekolah, yg sanggup tak beli makanan duit belanja sekolah, hanya guna duit untuk melabur pada game-game yg ada kat CC dan boleh main beramai-ramai...

Selain tu, nak tau jugak... modal nak bukak CC ni besar sangat ke (taulah ribu-ribuan jugak)? Guna software ori ke tak? Kalau ori lagi banyak pakai modal... Pakai Streamyx yg power-power ke? Dan perkhidmatan yg sering ditawarkan... takkan nak harap budak-budak sekolah datang main game je kot?!!!

erm..menarik gak..aku de tanye kat member aku yang pernah keje kat cc kepunyaan bukan Melayu ar..actually success la sampai la skang..

ok nak mentioned kat sini ar..kalau korang bebtul serius nk bukak n yang leh tahan lama..cam aku aku kat ipoh ni ramai depa main Dota..erm..cam korang taktau kan..ape yang member aku cakap masa sembang ngan bos die dulu tu, kos bil air n api dalam RM1000..

gaming plak, die kata lesen untuk EA Games cam worldcup ke ape2 la yang ade dalam pakej EA tu murah skek ar daripada Warcraft/Dota ni..coz Dota tak silap aku kena bayar bulan2 lebih kurang RM1000 rasanya..

sewa kedai bawah RM1000 kalau area ipoh la..kat len taktau plak kan..erm..masuk renovet n absolutely streamyx la kan..nak beli LAN lagi..kalau takde camne nak main game reramai ye tak..erm..bab teknikal ni aku kurang arif ar..baik tanya kat yang pakar...

member aku cakap untung bersih yang bos die dapat dah tolak gaji pekerja dalam RM8000 la lebih kurang die dapat tiap bulan..

modal semua dalam RM200,000 >

kat area ipoh ni cina gila main game..sekali main dari pagi sampai la ke malam..takat bayar RM50 sekali main tu takde hal la..yang penting PC korang jangan la hampeh..kalau tak..depa takkan datang lagi dah sampai bebiler..heheh..

cuba bayangkan kalau sorang bayar RM50..kalau die bawak member2 die dalam 15 orang gi main??satu hari je plak tu..uii..disebabkan depa ni gile..ari2 depa gi..bukan takde pc kat umah pun nak main game..:)

aku pun nanti maybe akan bukak satu..joint venture ngan pakcik aku..maybe bukak area manjung..heheheh..Insyaallah..

ha..lupa lak..n kalau korang nak bukak cc kena de software gak nak kontrol bape jam depa main tu..bape rate die..kalau tak silap aku de company yang provide software ni n termasuk service PC sekali..bayarannya kena ar negotiate ngan company tu kan..so itu je la rsanya..kalau salah tolong la betulkan..ini aku dapat info dari member aku...

kalau de source lain pun bagusssss....:)
 
adiputra

freshman
Joined
Aug 7, 2006
Messages
369
Points
18
Age
41
sorri ar tumpang 2 kaki.

Mengikut pengalaman, kalo salah tolong betulkan..untuk bukak cc kene ader lesen.Lesen tu kalau kat DBKL boleh buka disko(Lesen hiburan).Cost? Aku penah tanyer MPS(Selayang)..lesen dia 18k setahun..gulp
Kalo buka kedai atau pusat komputer..bleh pakai ssm jer sebab CC dah dikira pusat hiburan(game dll).Lagipun banyak budak sekolah g main game dan itulah sumber pendapatan paling best walaupun diorang main seposen doposen jer.Kebanyakkan tempat dah beku lesen CC.Tapi ader tempat bleh dapat lesen.Kerapkali CC kena serbu sebab pakai piracy software.

itu pengalaman aku nak bukak CC sebab tengok member boleh dapat RM 20K sebulan.
 
hasrul

Senior
Joined
Dec 15, 2005
Messages
729
Points
18
oklah.. saya nak reply panjang-panjang pun tak cukup masa ni... simple jer..

Dari pemerhatian saya, kalau nak bukak cc yang berunsurkan gaming center, risiko tinggi. Nak kena apply lesen untuk hiburan dan sebagainya. Penguatkuasaan undang-undang pun semakin ketat sekarang. Jadi masa depan gelap. Lagipun isu fasal ni hangat jugakkan. Maintenance untuk CC memang tinggi sebenarnya. Hari² nak kena repair pc. kalau kita outsource, habislah. Duit ke situ jer. Itu yang jadinya tak untung.

CC saya cuma berteraskan internet sahaja. takde game pun. Lagipun sebelum saya memulakan perniagaan tu, saya buat research dulu. Sediakan pelan A, B, C - Z. Sebarang kemungkinan saya dah sediakan jalannya. Lagi satu, saya promote kedai saya sebagai kedai komputer, bukan CC. Banyak kelebihannya.

Oklah... kalau nak kata menguntungkan tu.... semua perniagaan pun sebenarnya boleh untung. Bukan jenis perniagaan itu boleh untung atau tidak sebenarnya, tapi adakah kita sebagai tuan punya perniagaan sudah cukup membuat research dan juga bersedia untuk menjalankannya. Sama jugak dengan bisnes internet. Takde beza. Apa pun langkah kita, mesti research dulu. Jual goreng pisang boleh untung tak? Mesti ler boleh, tapi kalau tak pandai manage dan tak pandai masak, takde kualiti, mana orang nak beli.

"There are no good businesses and bad businesses but are just good businessmen and bad businessmen".

Rasanya cukuplah...
 
mftwck69

freshman
Joined
Aug 6, 2006
Messages
131
Points
18
Age
35
ade Cyber Cafe Management Software yang free,.
www.handycafe.com

setakat nak keep track payment .. bende simple2.... elok gune handycafe... free sbb simple .. elok utk org2 yang baru nak bukak cybercafe....

kat seremban,lesen cybercafe dah dibekukan... ade org tawar beli lesen aku sampai rm20k.... nasib baik aku ade satu je lesen.. kalau tak, dah buat duit dah dgn jual lesen je.... heheheh
Heh.. mmg patut kena beku. Berlambak cc kat Seremban. Toleh memana pon nampak cc... :p
 
AlHaqeem

freshman
Joined
May 10, 2006
Messages
419
Points
18
oklah.. saya nak reply panjang-panjang pun tak cukup masa ni... simple jer..

Dari pemerhatian saya, kalau nak bukak cc yang berunsurkan gaming center, risiko tinggi. Nak kena apply lesen untuk hiburan dan sebagainya. Penguatkuasaan undang-undang pun semakin ketat sekarang. Jadi masa depan gelap. Lagipun isu fasal ni hangat jugakkan. Maintenance untuk CC memang tinggi sebenarnya. Hari² nak kena repair pc. kalau kita outsource, habislah. Duit ke situ jer. Itu yang jadinya tak untung.

CC saya cuma berteraskan internet sahaja. takde game pun. Lagipun sebelum saya memulakan perniagaan tu, saya buat research dulu. Sediakan pelan A, B, C - Z. Sebarang kemungkinan saya dah sediakan jalannya. Lagi satu, saya promote kedai saya sebagai kedai komputer, bukan CC. Banyak kelebihannya.

Oklah... kalau nak kata menguntungkan tu.... semua perniagaan pun sebenarnya boleh untung. Bukan jenis perniagaan itu boleh untung atau tidak sebenarnya, tapi adakah kita sebagai tuan punya perniagaan sudah cukup membuat research dan juga bersedia untuk menjalankannya. Sama jugak dengan bisnes internet. Takde beza. Apa pun langkah kita, mesti research dulu. Jual goreng pisang boleh untung tak? Mesti ler boleh, tapi kalau tak pandai manage dan tak pandai masak, takde kualiti, mana orang nak beli.

"There are no good businesses and bad businesses but are just good businessmen and bad businessmen".

Rasanya cukuplah...
memang ringkas dan padat , saya pun ada cadang nak bukak cc di tempat saya.. nanti boleh la hasrul turunkan ilmu skit bleh ?
 
drzaini

freshman
Joined
Sep 22, 2006
Messages
56
Points
0
Pada pendapat saya, satu lagi alternatif ialah untuk membeli terus perniagaan CyberCafe yang sedia ada. Kebanyakan cybercafe yang hendak tutup kedai rata-rata akan menawarkan harga yang murah untuk pembeli baru take over semua..PM saya kalau anda perlu maklumat lanjut..
 
zakhwan

freshman
Joined
Mar 8, 2006
Messages
100
Points
0
mane boleh dpt lesen dari mane2 PBT sekarang ni... melainkan ade kabel besar... mmg menguntungkan bukak cc ni... tapi kene ikut tempat la... ade pengusaha cc kat seremban purata pendapatan bersih hariannya rm2,000. RM 2,000 x 30 = rm60,000 sebulan... pergh!!...
 
Takdenye nak kena pakai kabel. Sy mintak dulu senang jer. Takde nak pakai kabel2 pon. Buat ikut prosedur la, jangan main redah jer. Gerenti boleh punye... ;)
 
Syed_Ikhwan

Senior
Joined
Sep 23, 2006
Messages
1,883
Points
38
"...Yang pertama, guna "ghost". Yang kedua guna pci card. Dua-dua kaedah ni yang saya guna."
Saya ada beberapa soalan untuk ditanya kepada saudara hasrul

1) PCI Card ni camne gunanye? ape kebendanye tu...? minta maaf la, saya kurang arif bab ni.

2) Mana saya boleh dapatkan "Game Center - paling best. buatan rusia."

3) "ade Cyber Cafe Management Software yang free, [B]www.handycafe.com[/B] " ... bagi pendapat saudara, ok ke software ni?

4) agak²nya la kan berape budget untuk buka cc dengan pcnya hanya 10 biji bagi client dan 1 biji untuk server ?

tu je pertanyaan saya wat masa ni. terima kasih.
 
Syed_Ikhwan

Senior
Joined
Sep 23, 2006
Messages
1,883
Points
38
Saya ada beberapa soalan untuk ditanya kepada saudara hasrul

1) PCI Card ni camne gunanye? ape kebendanye tu...? minta maaf la, saya kurang arif bab ni.

2) Mana saya boleh dapatkan "Game Center - paling best. buatan rusia."

3) "ade Cyber Cafe Management Software yang free, [B]www.handycafe.com[/B] " ... bagi pendapat saudara, ok ke software ni?

4) agak²nya la kan berape budget untuk buka cc dengan pcnya hanya 10 biji bagi client dan 1 biji untuk server ?

tu je pertanyaan saya wat masa ni. terima kasih.
 
zakhwan

freshman
Joined
Mar 8, 2006
Messages
100
Points
0
dulu tu bila?yang saya tau akhir2 ni semua PBT dah beku lesen untuk cybercafe.taktau la kalau ade PBT yg dah longgarkan balik syarat tu...
 
mftwck69

freshman
Joined
Aug 6, 2006
Messages
131
Points
18
Age
35
dulu tu bila?yang saya tau akhir2 ni semua PBT dah beku lesen untuk cybercafe.taktau la kalau ade PBT yg dah longgarkan balik syarat tu...
2 tahun lepas... :p Heh.. try je le kalo minat sangat nak buat. Daftar syarikat kat SSM dulu, baru apply lesen majlis daerah/ perbandaran.
 
hasrul

Senior
Joined
Dec 15, 2005
Messages
729
Points
18
Saya ada beberapa soalan untuk ditanya kepada saudara hasrul

1) PCI Card ni camne gunanye? ape kebendanye tu...? minta maaf la, saya kurang arif bab ni.
pci card yang saya maksudkan seperti http://www.juzt-innovations.ie/juzt-reboot.htm

Fungsi kad ni ialah untuk 'protect' data.

Contohnya begini:
Katalah masa kita guna pc ada virus masuk. So dia akan duduk di folder 'windows'. Biasanya bila kita restart pc, virus ini akan dilancarkan. Dengan menggunakan hardware yang sebegini, maka folder 'windows' tadi akan direset ke asal. Kita sebenarnya boleh set macam mana kita nak. bukan setakat windows sahaja, tapi boleh keseluruhan hdd pun dia boleh protect kalau kita mahu. Lagi satu fungsinya sebagai firewall. Tapi saya pakai brand lain ler. Itu contoh sahaja.

2) Mana saya boleh dapatkan "Game Center - paling best. buatan rusia."
Rasanya dah tak keluar lagi.

3) "ade Cyber Cafe Management Software yang free, [B]www.handycafe.com[/B] " ... bagi pendapat saudara, ok ke software ni?
OK.

4) agak²nya la kan berape budget untuk buka cc dengan pcnya hanya 10 biji bagi client dan 1 biji untuk server ?
Saya ambil semua barang baru yer. Anggaran sahaja. Andaikan guna p4 dan barang-barang asas sahaja.

Hardware:
RM1400.00 x 11 pc+monitor = RM15,400
RM300 x 1 hub = RM300
RM200 x 1 adsl modem = RM200
RM150 x 1 cat 5 cable = RM150
Wiring = RM 2000
100 x 3 kipas angin = RM300 (kalau aircond lain cerita)
RM200 x 1 scanner = RM200
RM500 x 1 laser jet printer = RM500

Utiliti:
RM270 x 1 bil streamyx = RM270
RM300 x 1 bil telefon = RM300
RM400 x 1 bil elektrik = RM400
RM 200 x 1 bil air = RM200

Sewa:
RM??? x 2 bulan deposit + 1 bulan sewa = RM?????
RM 1000 x 1 signboard = RM1000
RM??? x 1 renovation dsb = RM????

Lesen:
RM70 x 1 daftar perniagaan = RM70 (setahun)
RM300 x 1 lesen premis = RM300 (setahun)
RM150 x 1 lesen signboard = RM150 (setahun)
RM 150 x 2 fire extinguisher = RM 300

Lesen Software:
RM 300 x 10 windows home edition = RM3000
RM 500 x 1 windows pro edition = RM500
RM??? x ?? x ms office = RM???

Lengkapan dan Lekapan:
Perabot Kerusi meja dsb = ~RM 2000

Jumlah lebih kurang RM 26720 tidak termasuk kos ubahsuai, kos software yang lain (kalau perlu), air cond (kalau perlu), pintu kaca (kalau perlu), tiles atau carpet (kalau perlu) dan deposit + sewa bulanan (perkara yang paling penting) dan kos pekerja (jika ada)
 
zinedine

Senior
Joined
May 3, 2006
Messages
1,002
Points
18
Boleh mintak hasrul jadi consultant aku ni. Aku ingat nak bukak jugak cc kat Bandar Penawar sini. Dgn nak buat sekali pusat internet desa. Kalau aku nak mintak hasrul settingkan semua networking nanti boleh x? pasal peralatan & hardware pc aku boleh handale cuma networking je aku masih tak mahir lagi.
Ada la komsyen dia nanti..hahahhaha
 
code7

Senior
Joined
Dec 31, 2005
Messages
1,898
Points
38
buat cc ni kene ada pengalaman pasal pc nih.. contohnya member aku ni mmg pakar pasal pc dari format, networking sampailah Voip.. so senang nak setup cc bila semua skills tu dah ada dan dia mampu handle problem dgn lebih mudah. Kalo bley biarlah ada partner yang tau pasal teknikal things.. bley save bajet kalo pc rosak etc.. mcm bro hasrul ni mmg dah experience sgt pasal cc so better belajar dgn dia tips2 cc ni.. bajet dan modal bley try minta prosper atau punb.. mmg ada skim khas utk siswazah..
 
Top