Buka Cyber Cafe

metana21

Senior
Joined
Mar 31, 2006
Messages
430
Points
18
Hello..

Saya nak minta bantuan pada pakar-pakar semua.

kalau nak buka cc apa yang diperlukan?

1. Trading Lesen
2.
3.

sapa ada pengalaman tolong ek..

thanks

** esok last exam aku.... doakan aku ek..
 

shuth

Senior
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,936
Points
48
oo.. ini kena tanya hasrul nie... tokey CC :lol:
 

hasrul

Senior
Joined
Dec 15, 2005
Messages
729
Points
18
1. Daftar Niaga (SSM)
2. Lesen Perniagaan (Majlis Daerah/Perbandaran) - Tapi bab lesen perniagaan ni, tengok tempat, ada majlis yang benarkan cyber cafe ada yang tak. Jadi kena tanya ler. Kalau takde gaming, boleh apply sebagai kedai komputer jer. takde masalah.
 

zolkifle

freshman
Joined
Mar 20, 2006
Messages
37
Points
6
Saya cadang nak buka CC juga kecil2an. Ada sesiapa tahu dimana boleh dapat PC yang murah2. Pentium III 500MHz pun ok lagi kalau setakat nak internet ni ...

Saya nak tanya ni dengan harapan ada sumber yang lebih murah dari Lowyat dan Imbi, manalah tau ada kompeni yang nak tutup ker, nak upgrade dan nak buang PC lama diorang ke ...
 

metana21

Senior
Joined
Mar 31, 2006
Messages
430
Points
18
hasrul said:
1. Daftar Niaga (SSM)
2. Lesen Perniagaan (Majlis Daerah/Perbandaran) - Tapi bab lesen perniagaan ni, tengok tempat, ada majlis yang benarkan cyber cafe ada yang tak. Jadi kena tanya ler. Kalau takde gaming, boleh apply sebagai kedai komputer jer. takde masalah.
SSM

Kat mana nak daftar ?

:(
 

hasrul

Senior
Joined
Dec 15, 2005
Messages
729
Points
18
SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) adalah nama baru bagi ROB/ROC (Registrar of Business/Company).

Sila rujuk sini:

http://www.ssm.com.my/index.html
ataupun boleh jugak dapatkan khidmat daripada agen (commerce service)

Baguslah kalau nak berniaga. Buat perancangan awal-awal. Pastikan pakai software original. Setiap tahun kerajaan dan BSA buat raid. Ramai yang dah terkena.
 

metana21

Senior
Joined
Mar 31, 2006
Messages
430
Points
18
thanks hasrul..

Kalau start dgn modal RM50K, brapa biji PC nak start?

:roll:
 

hasrul

Senior
Joined
Dec 15, 2005
Messages
729
Points
18
buat permulaan 6 - 10 biji. test market dulu. kalau ada keperluan baru tambah. Duit yang selebihnya simpan.

Tapi kena tengok ler sewa kedai berapa sebulan. Strategik ke tak tempat tu.
 

Laptop

freshman
Joined
Feb 24, 2006
Messages
208
Points
18
Sori mencelah...nk tau gak.....

Software original apa yg Hasrul guna? Leh tak listkan ker..(sikit2 pun takpe tapi yg basic kena ada cam Antivirus, Antispyware..etc..)

At least sesapa yg nak bukak CC kena bajetkan utk software lebih sket kot....sebab ada banyak additional cost cam maintenance cost blablabla...Tapi tak sure la....experience Hasrul camner?
 

hasrul

Senior
Joined
Dec 15, 2005
Messages
729
Points
18
Server:
1. Windows XP Pro
2. MS Office Pro
3. Cyber Cafe Management Software

Client
Software asas:
1. OS - Windows 98/me/xp
kalau pc slow, win98/me dah boleh. Tapi sekarang dah tak keluar lagi. Yang ada xp home/pro harga 300+/500+ setiap satu.

2. Microsoft Office - Pro Edition. Harga 1000+.
Microsoft Works - 150+.
Kalau nak free boleh pakai open source punya. OpenOffice.Org.

3. Antivirus - PC-cillin atau AVG. Biasanya motherboad akan sediakan. tak perlu beli. Ada 2 lagi kaedah. Yang pertama, guna "ghost". Yang kedua guna pci card. Dua-dua kaedah ni yang saya guna. Sebenarnya takde satu antivirus pun yang bagus pada saya sebab program virus pun dah semakin bijak. Kalau dia serang, dia akan serang antivirus kita dulu. sama jugak datangnya. Paling baik pakai pci card tu. dia akan load kepada original setting bila bila kita restart. harga lebih kurang 200+. Lagipun kita bukan boleh control apa yang customer install atau accept masa dia orang surf.

4. Anti Spyware - adware, spyware blaster. Tapi bukan berkesan sangat.

Itu jer yang penting.
 

metana21

Senior
Joined
Mar 31, 2006
Messages
430
Points
18
kalau kita beli komputer ori.. mcm acer.. win XP adalah ori kan .. jadi kita tak perlu beli software xp lagi kan..
 

metana21

Senior
Joined
Mar 31, 2006
Messages
430
Points
18
thanks bos... banyak kena study ngan bos ni .. ajar nanti k.. esok ada exam lagi ni... pening2 ..hehehe
 

zolkifle

freshman
Joined
Mar 20, 2006
Messages
37
Points
6
hasrul,

cari tu memang boleh tapi saya tanya ni, nak dapat pandangan hasrul tentang software yg hasrul guna sekarang atau yang dah pernah guna tapi tak best dah uninstall dsbnya ... kalau boleh nak belajar dari orang yang berpengalaman. TQ.
 

hasrul

Senior
Joined
Dec 15, 2005
Messages
729
Points
18
Yang OK:
1. Game Center - paling best. buatan rusia.
2. Cafezee - boleh tahan. buatan india.

Yang kurang best - ada problem: (hang, tak detect, berat)
1. ccautosoft - buatan malaysia kot
2. clubtimer
3. game control
4. netcounter
5. mol cybercafe
6. dan banyak lagi yang saya dah test. tapi kurang sesuai.
 

Laptop

freshman
Joined
Feb 24, 2006
Messages
208
Points
18
Banyak tul info berguna yg dicurahkan oleh sifu Hasrul kite ni...Bukan senang nk dapat info2 ni...

Terima kasih daun keladi yg tak terhingga utk sifu Hasrul.. :p
 
Top