Dalam Negara Budak patah tangan tersepit mesin pemerah santan

Offline
#1


GEMAS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun terpaksa menahan sakit apabila tangan kirinya tersepit pada mesin pemerah santan kelapa di sebuah pasar di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohamad Faiz Mokhtar berada di ke kedai runcit milik bapanya di Pasar Bukit Rokan Utara.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Syed Ammar Syed Abbas berkata, seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.15 pagi.

"Pasukan penyelamat mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa.

"Budak itu mengalami luka dan patah pada bahagian jari dan lengan kiri," katanya ketika dihubungi di Seremban sebentar tadi.

Tambahnya, mangsa dihantar ke Hospital Tampin di sini untuk rawatan dengan sebuah ambulans. - Kosmo
 
Offline
#2
Padah cuba ambil kayu patah



TAMPIN 20 Dis. – Cubaan seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun mengambil kayu yang patah dalam mesin pemerah santan kelapa mengundang padah apabila tangan kirinya tersepit dalam alat itu kira-kira satu jam hari ini.


Kejadian pukul 9.15 pagi itu berlaku ketika Mohd. Faiz Mokhtar bermain kayu berhampiran mesin itu yang terletak di premis milik bapanya dekat Pasar Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh di sini.

Berikutan itu, mangsa mengalami luka dan patah beberapa batang jari serta lengan kiri.

Ketua Polis daerah, Superintenden Hamazah Ab. Razak berkata, kayu yang dimasukkan oleh mangsa ke dalam mesin berkenaan telah patah dan mangsa cuba mengambilnya.

“Bagaimanapun, tangan kirinya tersepit di dalam mesin tersebut sebaik saja mangsa cuba mengambil bahagian kayu yang patah itu.

“Tangan mangsa hanya berjaya dikeluarkan daripada alat tersebut pukul 10.35 pagi dengan bantuan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Syed Ammar Syed Abbas berkata, seramai enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

“Saya dimaklumkan bahawa tangan kiri kanak-kanak itu tersepit ketika mesin tersebut masih beroperasi. Setibanya di lokasi kejadian, tangan kiri kanak-kanak itu masih tersepit sehingga ke bahagian lengan,” katanya.


Tangan kanak-kanak tersepit pemerah santan - Nahas & Bencana - Utusan Online