Luar Negara Budak mati ditembak kerana petik buah mangga

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38


Ibu mangsa tidak dapat mengawal perasaan selepas menerima khabar kematian anak lelakinya.

PATNA - INDIA. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut ditembak di kepala selepas menceroboh sebuah kebun mangga di wilayah Bihar, India.

Kejadian berlaku di Khagaria Khamis lalu dan pemilik kebun tersebut dilaporkan telah melarikan diri sejurus selepas kejadian,

"Mangsa sedang bermain di kampung Shergarh dan dilaporkan masuk ke kebun itu untuk memetik mangga.

"Tertuduh gagal mengawal kemarahan dan menembak mangsa di kepala.

"Suspek sedang diburu dan kes ini telah didaftarkan di mahkamah," kata polis. - NDTV/Sinar
 
Top