Luar Negara Budak dilahirkan dengan 80 peratus badannya dilitupi tahi lalat

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38

Dylan Little dilahirkan dengan tahi lalat meliputi 80 peratus bahagian badannya.


Dylan kini berusia 4 tahun.

ATLANTA: Rawatan implan payudara menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang diliputi lebih 80 peratus tahi lalat yang dikhuatiri akan bertukar menjadi kanser yang boleh membawa maut.

Portal Mirror melaporkan, Dylan Little dilahirkan dengan tahi lalat atau dikenali sebagai Congenital Melanocytic Nevus yang besar, keadaan yang hanya berlaku bagi setiap 20,000 orang.

Jelas laporan berkenaan, tahi lalat itu wujud sejak Little dilahirkan dengan meliput seluruh badannya selain timbul bintik-bintik hitam di bahagian kaki.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak berusia empat tahun itu terpaksa menahan kesakitan akibat pendarahan daripada penyakit kulit tersebut.

Ekoran keadaan yang menakutkan itu, bapanya, Kara dan Nikki bimbang tahi lalat berkenaan akan bertukar menjadi kanser yang boleh meragut nyawa Little dan menghantar anak mereka untuk mendapatkan rawatan.

Sejak dilahirkan, Little yang berasal dari Atlanta di Georgia, Amerika Syarikat, telah menjalani 26 pembedahan yang menyamai rawatan implan payudara dan lebih 50 peratus kulit yang terjejas dibuang.

Ibunya, Kara berharap semua tahi lalat itu akan dibuang walaupun Little kehilangan kulit yang cantik.

"Kami melakukan yang terbaik buatnya supaya dapat hidup lebih lama.

"Jika lebih banyak tahi lalat berjaya dibuang, peluang untuk anak kami menghidapi kanser berkurangan," katanya. - MStar
 
Top