Budak 10 tahun berjaya godam Instagram, diberi ganjaran RM40,000

Net

Staff member
mod
Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,929
Points
38


HELSINKI: Seorang penggodam berusia 10 tahun dari Finland menerima ganjaran AS$10,000 (RM40,079.50) daripada Facebook selepas memaklumkan gergasi teknologi itu kelemahan keselamatan dalam perkhidmatan perkongsian foto, Instagram.

Menurut akhbar berbahasa Finnish, Iltalehti, budak lelaki yang berasal dari bandar ini dan dikenali sebagai Jani, mendapati, dia boleh memadam ulasan orang lain dalam Instagram menggunakan kod jahat.

Dia memaklumkan perkhidmatan itu kelemahan terbabit dan menerima ganjaran AS$10,000.

Instagram berkata, kelemahan itu sudah diperbaiki.

"Saya berupaya memadam semua ulasan, walaupun ditulis Justin Bieber dari sini," kata Jani menurut terjemahan Google artikel ditulis Iltalehti.

Facebook mengendalikan program "ganjaran pepijat" yang memberi ganjaran terhadap sesiapa yang melaporkan sebarang kelemahan dalam perkhidmatannya termasuk Instagram.

Facebook sudah memberi ganjaran lebih AS$4.3 juta (RM17.23 juta) kepada lebih 800 orang mengikut program itu sejak dilancarkan pada tahun 2011.

Jani bercadang membelanjakan wangnya untuk membeli basikal dan bola sepak baharu.

Menurut peraturan Facebook, penggodam itu terlalu muda untuk memiliki akaun Instagram yang dicadangkan pada usia minimum 13 tahun. - AGENSI/BH
 
Top