Dalam Negara BMW dipandu wanita mabuk terbabas di Jalan Cheras

Offline
#1

PAGAR yang dirempuh wanita terbabit.


KERETA yang terbabit dalam rempuhan.

Kuala Lumpur: Penduduk Flat Sri Sabah, Jalan Cheras gempar apabila sebuah kereta dipandu seorang wanita dipercayai mabuk terbabas sebelum merempuh tiga kenderaan yang diparkir di kawasan perumahan itu.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, menyebabkan kenderaan Perodua Alza, Nissan Almera dan Perodua Bezza milik penduduk mengalami kerosakan.

Saksi kejadian, Mohd Noor Helmy Mohd Hanapiah, 30, berkata, wanita berusia 30-an itu memandu melalui Jalan Cheras menuju ke pusat bandar sebelum terbabas.

“Kereta BMW itu melanggar pagar penghadang berhampiran hentian bas sebelum ‘terbang’ melepasi bahu jalan lalu merempuh tiga kenderaan penduduk yang diletakkan di kawasan itu.

“Penduduk yang melihat kejadian itu menghubungi polis dan tidak membenarkan wanita itu meninggalkan lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui.

Katanya, polis kemudian membawa wanita terbabit ke balai polis bersama kenderaannya menggunakan trak tunda.

“Dua daripada pemilik kenderaan yang dirempuh tampil di balai polis untuk membuat laporan manakala seorang lagi hanya menyedari keretanya dilanggar jam 12 tengah hari,” katanya.

Salah seorang penduduk, P Mieshanti, 29, berkata, kakaknya hanya menyedari keretanya dilanggar ketika mahu keluar mengambil anak di sekolah.

“Dia mendapati bahagian hadapan kereta remuk sebelum dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang ramai.

“Kakak mengambil anaknya terlebih dahulu sebelum ke balai polis untuk membuat laporan kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

“Namun sehingga jam 5 petang semalam (kelmarin) hanya dua pemilik kenderaan dilanggar tampil membuat laporan. Siasatan diteruskan untuk mengetahui punca dan kerosakan,” katanya. - Metro

_______

KL /16Jan2017 : Kemalangan di Flat Sri Sabah Cheras.. Cina perempuan mabuk (bj hitam) pandu BMW terbabas dr Jalan Cheras masuk ke kawasan parking Flat dan melanggar kereta di ruang parkir Perodua Alza, Bezza & Almera