Blatter sangkal fifa badan rasuah

Joined
Jun 6, 2015
Messages
1,030
Likes
5
Points
38
Offline
#1



Paris: Presiden FIFA, Sepp Blatter menyangkal kritikan calon pencabarnya Chung Mong-Joon menuduh badan pentadbir bola sepak antarabangsa itu organisasi rasuah.

Blatter berkata kenyataan lantang usahawan industri Korea Selatan itu mewujudkan rasa kurang senang sewaktu hadir untuk mengumumkan pencalonannya secara rasmi pada sidang akhbar di Paris, semalam.

Moog Joon mengeluarkan kenyataan menyerang Blatter serta pemimpin UEFA, Michel Platini turut bertanding selaku pencabar utama perebutan tampuk FIFA.

“Ia benar benar menimbulkan perasaan kurang senang apabila Dr Chung Mong-Joon menyifatkan FIFA sebagai organisasi rasuah,” kata Blatter membalas dalam satu kenyataan.

“Apabila diingat kembali atau mungkin Chung sendiri tidak boleh melupakannya adalah beliau pernah menyandang jawatan Naib Presiden FIFA dan ahli Jawatankuasa Kecemasan FIFA selama 17 tahun daripada 1994 hingga 2011.”

Kenyataan Blatter turut menyatakan serangan peribadi dilakukan Mong Joon sebagai tidak menghormati semua yang berkenaan.

Mong Joon kelmarin membuat kenyataan sebab utama FIFA menjadi organisasi rasuah kerana dikendalikan oleh orang sama serta kroni selama 40 tahun. Kuasa mutlak sudah tentu menyebabkannya terjejas.

Beliau berkata Platini tidak layak bertanding sebagai calon kerana ada kaitan dengan sistem FIFA masa lalu.

– AFP

Sumber: Harian Metro
 
Top