Bisnes Berasaskan Sms?

leila22

freshman
Joined
Sep 15, 2006
Messages
119
Points
16
Age
47
Assalamualaikum...

Saya sering terbaca iklan berkenaan biz ni especially dlm Harian Metro tapi saya tak pasti adakah biz ni legal or not. Salah satu company is MIRSB Services Sdn Bhd. Katanya biz berasaskan sms dan modal yang diperlukan adalah mengikut pakej. Yang saya tahu, untuk layak jadi Cash Center, modalnya RM50,000 tapi perlukan deposit minima RM10,000 dulu. Kita akan dapat call center, payment gateway dll. ada juga pakej RM10,000...rm5,000 dll. Katanya ada masuk MHI TV3. So, ada tak sesiapa yang sudah biasa dengan biz ni atau yg mmg bergiat dlm biz yg mcm ni? Harap ada yang sudi explain. TQ.
 

rajaads

Senior
Joined
May 15, 2006
Messages
1,279
Points
38
Ada banyak isu pasal mobile income tu.. bagi saya ia terlalu tinggi bagi mendapatkan teknologi sms tu sedangkan leh dapat lebih murah..

& off course ada isu "orang" disebalik syarikat berkenaan.

apa apa pun survey dulu..apa yang diorang tekankan ialah jual produk diorang bukan terlibat dalam perniagaan sms..

dalam perniagaan sms, advertising lebih tinggi..dia caj orang mahal mcm tu utk cover dia beli iklan kat hmetro & masuk tv3. masuk tv pun berbayar tu, bukan tv3 invite ke apa..

saya pun pelik,dia cakap perniagaan sms,tapi tak guna aplikasi sms mereka sendiri dalam iklan..:p

org kene sms ke no telefon biasa je.. bukan pada short code diorang.
 

reezluv

Senior
Joined
Jun 5, 2006
Messages
4,115
Points
38
kalau camtu kot irwan dahnil lebih arif mengenai ni..tapi kalau nak ikutkan..memang kena ade modal yang besar..lagi satu macam mana bisnes ni berjalan pun still kabur lagi..macam ade something yang nak disorok....kekadang iklan2 kat astro tu..susah nak percaya..
 

budak kampung

Newbie
Joined
Nov 25, 2006
Messages
123
Points
16
Baru je baca iklan pasal mobile income ni kat harian metro. Dalam iklan tu cakap, nak mulakan bisnes mobile income ni kena ada modal RM2000. Pastu, aku tgk testimonial dia ada orang boleh dapat RM10,000. Bulan berikutnya boleh dapat RM30,000. Hmmm...macam mana sebenarnya bisnes mobile income ni...
 

munchies

freshman
Joined
Feb 14, 2008
Messages
1
Points
1
Age
44
Mobile Income ni meraih pendapatan melalu mobile lah, sesuai dengan namanya tetapi jangan percayalah propaganda dia orang tu. Mulakan dengan modal RM2,000 then dapat pendapatan up to RM10,000. Cuba beritahu sikit business apa sebegitu senang? Business yang mereka ada is SMS business, ada satu short code and 13 sms applications. You only register your keyword and business SMS pun bermula. Senang kan? Part activate tu memanglah senang tapi part how to make people use the service? Ingat tak pakai duit ker nak buat pengiklanan. Bukan itu sahaja, those yang dah ambik pakej-pakej tu entitle to jual the packages jugak with 20% commission. Bunyi memang best tapi it's harder then a conventional business. In actual fact they are MLM business cuma pendekatan tu dia tukar sikit. Ada unsur-unsur penipuan kalau you all tak berhati-hati. So careful with the advertisement. Heran yer kenapa ad dia tak masuk The Star ker, Straits Time ker..kalau iyalah the business is good!
 

ramzy0

Senior
Joined
Feb 17, 2007
Messages
1,642
Points
38
Age
31
mobile income nih, entahla. baru pas xdi call staff diorg sbb
nak dptkan more info [sepupu punya pasal nak tolong]. apa
yg 'pelik'nya ialah diorg ade menggunakan software boss
mailer
, software yg akan harvest beribu2 e-mail address
tanpa kebenaran empunya e-mail - e-mail spam. so, nampak
tak beretika dah aktiviti diorg nih.
 

Wayne

freshman
Joined
Dec 14, 2006
Messages
120
Points
16
Sekarang fenomena SPAM melalui SMS sudah makin mula berkembang...

Haih..
 

laling

junior
Joined
May 29, 2007
Messages
166
Points
18
Sekarang fenomena SPAM melalui SMS sudah makin mula berkembang...

Haih..

Iyelah Sampai Feedup dengan Iklan dan SMS spam ni..So far dapat gak tangkis dengan bagitahu maxis digi dan celcom no tu kita taknak datang ke hp kita..block terus. contact customer service.:mad:
 

Emrix

freshman
Joined
Mar 27, 2008
Messages
7
Points
1
Age
35
Assalamualaikum...

Saya sering terbaca iklan berkenaan biz ni especially dlm Harian Metro tapi saya tak pasti adakah biz ni legal or not. Salah satu company is MIRSB Services Sdn Bhd. Katanya biz berasaskan sms dan modal yang diperlukan adalah mengikut pakej. Yang saya tahu, untuk layak jadi Cash Center, modalnya RM50,000 tapi perlukan deposit minima RM10,000 dulu. Kita akan dapat call center, payment gateway dll. ada juga pakej RM10,000...rm5,000 dll. Katanya ada masuk MHI TV3. So, ada tak sesiapa yang sudah biasa dengan biz ni atau yg mmg bergiat dlm biz yg mcm ni? Harap ada yang sudi explain. TQ.

Hye,
Banyak orang tak faham pasal MIRSB ni, sini saya cuba explain supaya orang tidak tersalah faham.

MIRSB ni ada beberapa produk, antaranya:

1 Payment Gateway 2020 - Sistem pembayaran online senang kata macam paypal

2 Bossmailer - program yang membolehkan pengguna mengambil e-mail dari web2 lain dan send mass e-mail. setiap penghantar e-mail dikenakan caj rm0.10 caj tersebut akan dibayar pada hotmail/yahoo/gmail supaya tidak termasuk dalam spam, dan sekiranya pemilik e-mail tidak berminat boleh block mail tersebut. So, tidak salah di sisi undang2.

3 Callcenter - adalah perniagaan berlandaskan sms (i-go mobile) contohnya subscribe horoskop, waktu solat, nombor haram (islam tidak digalakkan!!), vote, dll. Pernah nampak iklan disurat kabar cth metro pertandingan2 sms sekiranya nombor dibelakang 33886 itu adalah callcenter MIRSB. Send sms sebarangan adalah salah disisi undang2 boleh dikenakan tindakan oleh pihak telekomunikasi. Biasalah manusia guna semua benda utk keuntungan sendiri.

4 Monsun - laman web perniagaan, WELCOME TO OUR ONLINE MARKET seperti ebay/lelong/amazon akan dilancarkan pada bulan April 2008. Menggunakan konsep landlord (tuan tanah alam maya). Ini yang selalu keluar kat surat kabar baru2 ni, dan saya juga merupakan salah seorang landlord.

Landlord-diberi 20,000 panel (1 panel 1 produk) jumlah harga adalah RM50,000. percuma 1 callcenter, 1 Paymentgateway, 1 bossmailer. Sekiranya kesemua 20,000 panel dapat disewakan dengan harga Rm50/sebulan total pendapatan boleh capai RM1,000,000. min deposit RM5,000.

Super Market-diberi 1,500 panel jumlah harga RM15,000
percuma 1 Paymentgateway, 1 bossmailer. Min deposit RM3,000.

Mini Market-diberi 1,000 panel, harga RM10,000, percuma 1 Paymentgateway, 1 bossmailer. Min deposit RM2,000

Kiosk-diberi 500 panel, harga RM5,000, percuma 1 Paymentgateway, 1 bossmailer. Min deposit RM1,000


Pasal cash center ni, anda diberi kalau tak silap 1000 PG, 1000BM, 1000CC untuk Dijual kepada orang lain = saleperson.

MIRSB telah menjadi rakan niaga TEKUN (******** Perniagaan Govt) ******** akan diberikan kepada mereka yang tidak berkemampuan.

BTW, lupa nak cakap landlord ni khas untuk bumiputera (melayu) sahaja.

Penat taip.. habis 6 batang rokok.

Kalau masih ada yang keliru lagi or nak keterangan lanjut send la e-mail.
 

rajaads

Senior
Joined
May 15, 2006
Messages
1,279
Points
38
2 Bossmailer - program yang membolehkan pengguna mengambil e-mail dari web2 lain dan send mass e-mail. setiap penghantar e-mail dikenakan caj rm0.10 caj tersebut akan dibayar pada hotmail/yahoo/gmail supaya tidak termasuk dalam spam, dan sekiranya pemilik e-mail tidak berminat boleh block mail tersebut. So, tidak salah di sisi undang2.

first time dengar bayar kat microsoft,yahoo & google untuk membolehkan spam... :p.Gergasi tu semua tak pandang pun duit tu... just alasan untuk menghalalkan spam...Leh tunjuk agreement kat Yahoo tak? Masa sembang dengan orang MDEC,nak wat apa apa dengan Yahoo susah gile..Yahoo ada office kat cyberjaya..

Tak masuk akal bayar kat diorang(google,microsoft&yahoo)..huhuhuh..

ni bukan "bn" yang boleh sogok sogok duit...mereka sangat menjaga etika dalam perniagaan..lebih lebih lagi pasal spamming...

Dah takde alasan lain dah kot... :p.

Nak kelentong, bior la logik dek akal...



Landlord-diberi 20,000 panel (1 panel 1 produk) jumlah harga adalah RM50,000. percuma 1 callcenter, 1 Paymentgateway, 1 bossmailer. Sekiranya kesemua 20,000 panel dapat disewakan dengan harga Rm50/sebulan total pendapatan boleh capai RM1,000,000. min deposit RM5,000.

Super Market-diberi 1,500 panel jumlah harga RM15,000
percuma 1 Paymentgateway, 1 bossmailer. Min deposit RM3,000.

Mini Market-diberi 1,000 panel, harga RM10,000, percuma 1 Paymentgateway, 1 bossmailer. Min deposit RM2,000

Kiosk-diberi 500 panel, harga RM5,000, percuma 1 Paymentgateway, 1 bossmailer. Min deposit RM1,000

apa tu panel?

payment gateway tu baik guna paypal je(free & secure)...untuk payment gateway,security adalah masalah utama..kalo ada batch "hacker free" or pape yang monitor site security..ok la... dah beri nasihat ni...kalo data kad kredit kena curi,kan naya orang...

nak tengok payment gateway dia kat mana?
 

gmos

Senior
Joined
Feb 13, 2006
Messages
2,741
Points
38
betul ke biz tu biz tulin?
kalau tak silap saya pernah nampak iklan2 macam ni kat surat khabar dan tv..
sedap je iklan tu cakap modal rm 2000 buleh untuk berpuluh ribu..
tapi pada pandangan saya ianya lebih kepada program merekrut orang..program tajaan..jadi ianya bukanlah biz tuleh..
kalau biz sms tulin tu macam model pernigaan sms yang bro Irwan sarankan hah yg tu betul lah..macam bro Syam ni buat pun baru tulin..ada produk..dan guna sms untuk pasarkan produk..bukan nya guna sms untuk taja orang..mmg lah dapat macam2 faedah..tapi bila dah masuk program taja menaja ni harga yg patutnya buleh dapat murah jadi berganda sebab nak markup dan bagi komisyen kat ahli2 nya..
kalau salah tlg betul kan :)
 

smartusaha

Active
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,875
Points
48
Saya tak nak sentuh apa-apa nama perniagaan kat sini. Bak kat nabil raja lawak, "lu pikir la sendiri". :p

Apa yg saya nak kata ialah, ada dua cara nak kaya:

1. Kaya melalui 'manipulasi' wang

2. Kaya dengan bisnes

Dua jenis tu nampak serupa, tapi tak sama.

Yg pertama tu, dia mempergunakan duit orang untuk kaya. Cara ni terang2 kurang manis. Benda yg RM900, boleh cecah RM30,000. Mcm ada something wrong je. Tapi yg kedua, dia betul2 buat bisnes. Kalau jual software, pembeli software tu betul2 boleh guna untuk buat duit. Ada support dan ada team khas untuk bahagian teknikal. Malah ada training lagi mcm mana nak guna software tu. Ni tak, kebanyakan lepas dapat duit, makcik dan pakcik yg tak tahu apa2 tu, terkontang-kanting blurr tak tahu nak buat apa.

Tak kisahlah apa2 bisnes, hatta dalam dunia IM pun, ramai yg jual software, tapi yg jual tu kdg2 tak tahu apa2 dan software tu pula very crap atau dah lapuk. Sebab tu kalau ada orang jual PLR software ke apa, pastikan ada support dan mereka tak lepas tangan. Ni dalam dunia IM laa. Just nak compare kesamaan dia walau apa bidang sekali pun. Pemanipulasian tetap ada.

Antara jadi kaya dgn manipulasi duit orang atau kaya dengan betul2 buat bisnes, mana satu yg anda mahu?

Jawapan dia, "lu fikir la sendiri" mana yg terbaik. :)

Wassalam.
 

rajaads

Senior
Joined
May 15, 2006
Messages
1,279
Points
38
Mentor saya sekarang CEO MDEC, Zul pun kenal sebab mentor sama dalam Technopreneur Academy Program..

Ada 2,3 company yang MSC status develop payment gateway ni..Susah...especially security...

tu yang company msc status yang dapat full support daripada microsoft,cisco & etc pun cakap mcm tu.diorang ada lab komersil kat mmu,cyberjaya.saya pernah ke sana 2 kali.

Data pelanggan kalo bocor,mereka boleh disaman teruk..sebelum diorang release,gila gila test even upah hacker untuk try hack..

bukan nak sceptical kat MIRSB..ini adalah cabaran dalam ict...

Benda bab security,jangan dipandang rendah..ia boleh menyebabkan masalah terbesar & jatuhkan sesebuat syarikat dalam sekelip mata..

walau apa pun,kita tengok la setahun 2 lagi mcmana jadinya...
 

rajaads

Senior
Joined
May 15, 2006
Messages
1,279
Points
38
sham, rase-rasenyer ni lah "payment gateway"
dia tu. Gateway2020.com -Your One Stop Ecommerce Solution

Mak ai....jual benda tak siap...

demo pun kat os commerce ke ape tah..pastu sesuka hati buang power by pape kat footer...

keje gila...rasanya orang beli for nothing la...

beli konsep & idea sedangkan benda tak siap pun...

nama best dah...

huhuhuh

setakat letak logo mastercard, mcafee memang senang je...

"lu fikir sendiri la" beb sebelum nak invest...
 

datukK

freshman
Joined
Feb 11, 2008
Messages
91
Points
6
bro.. saya klik contact us pun x siap..
cam ne nak buat biz..
memang benda x siap dia dah jual..
aku risau jer nanti semua business internet kena band sebab benda alah ni..
 
Top