Muhamad Nornizam
Newbie
- Joined
- Mar 31, 2010
- Messages
- 184
- Points
- 16
Dalam satu majlis makan malam bersama AlmarhumTan Sri Harun Hashim di Universiti Islam Antarabangsa, seorang pelajar muda bertanyakan kepada beliau apakah rahsia dalam kerjayanya selama ini. Tan Sri mempunyai rekod kerja yang cemerlang, pengasas dan Ketua Pengarah BPR yang pertama, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Pensyarah Kanan UIAM, Timbalan Pesuruhjaya SUHAKAM, dan banyak lagi jawatan-jawatan penting yang dipegang. Mendengar pertanyaan itu, beliau pun menjawab;
Rahsianya mudah. Setiap kali saya diberi tanggungjawab untuk melakukan sesuatu, saya akan bernafsu untuk melakukannya. Beliau memandang sambil tersenyum.
Adakah anda sudah cukup bernafsu dalam pekerjaan anda selama ini? Ataupun anda bekerja sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja? Jika anda ingin berjaya, dengarlah nasihat ini; lakukanlah pekerjaan anda setiap hari dengan penuh bernafsu. Lakukanlah dengan penuh minat, dan tumpuan yang sepenuh. Tetapkan sasaran yang terbaik dan buatlah yang terbaik untuk mencapai matlamat itu. Insya Allah jika anda berjaya menjadi sedemikian, anda tidak ada alasan lagi untuk tidak berjaya.
Nafsu manusia perlulah dikawal dengan ajaran agama dan keimanan yang tinggi. Tetapi nafsu kerja bukanlah seperti nafsu-nafsu kebinatangan itu. Nafsu kerja adalah semangat dan keinginan yang teramat sangat untuk melihat kejayaan serta kecemerlangan berada di hadapan anda. Ia hanyalah satu istilah untuk menunjukkan bagaimana seseorang itu bersungguh-sungguh dan tekun dalam setiap pekerjaannya.