BERKONGSI KESIHATAN - Mungkin ada maklumat berguna untuk anda

Joined
Nov 15, 2010
Messages
127
Likes
0
Points
16
Offline
#1
Terpanggil saya untuk mengingatkan kepada semua warga WC secara tak langsung menyedarkankan kepada semua, jagalah kesihatan anda. Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Mungkin kepada orang yang tidak pernah merasakan sakit teruk akan menganggap peringatan seperti ini adalah sia2. Tetapi kepada yang pernah marasakannya, peringatan seperti ini amat berharga kepadanya. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah terkena strok, sakit jantung, kolesterol tinggi, kencing manis, gout, darah tinggi atau apa2 juga penyakit, adakah mereka ini suka dan gembira semasa menghidapinya?. Keperitan yang dirasakan amat sukar untuk diungkap dengan kata2. Mereka semua memerlukan penyelesaian dan seandainya ada sesiapa yang dapat menyelesaikannya, itulah perkara yang tidak akan dilupakannya seumur hidupnya, selagi hayat dikandung badan.

Semua itu pernah saya lalui dan saya memang seorang yang amat menghargainya. Saya adalah seorang yang telah disahkan oleh doktor sebagai seorang yang mempunyai kolesterol tinggi, tetapi penyakit seperti itu pada mulanya tidak pernah merisaukan saya, sehingga beberapa bulan kemudiannya, saya disahkan darah tinggi, mengalami simptom jantung dan doktor mengatakan bila2 masa saja saya boleh terkena strok. Pada waktu itu kehidupan saya jadi tidak keruan, wang ringgit yang saya kumpul bertahun-tahun sebelum ini habis hanya untuk mencari penyelesaian. Perniagaan semakin merosot akibat kurangnya tumpuan terhadap berniaga. Waktu itu Hospital menjadi kawan karib, sering membuat temujanji. Namun bertahun-tahun saya berkawan dengannya, tiada penyelesaian, malah temujanji semakin kerap dan makanan (ubat) yang diberikan semakin bertambah bila pulang dari menemuinya. Apakah doktor tidak dapat membantu saya? persoalan seperti itu sering menghantui saya, apa yang saya fikirkan pada waktu itu, hanya menanti, bila saya akan terkena penyakit yang lebih teruk, atau mungkin mati.

Atas dasar itu, saya cuba mencari penyelesaian sendiri, walaupun masih menggunakan ubat yang doktor berikan, saya tetap mencari rawatan lain sehingga pada bulan 4/2010 saya berkenalan dengan seorang bekas pesakit jantung, itupun melalui internet, menceritakan pengalamannya dan telah sihat sekarang. Pada waktu itu saya merasa hairan kenapa dia boleh sihat sedangkan saya masih macam tu juga. Menurut katanya masalah utama kerana saluran darah mikro sudah banyak yang tersumbat jadi kena bersihkan dulu saluran darah mikro. Kerana termakan pujuk, saya cuba juga produk yang dia perkenalkan kepada saya. Dia terus memantau saya supaya terus menggunakan produk tersebut sehingga sebulan selepas itu, perubahan ke atas diri saya amat berbeza, saya semakin cergas dan pemeriksaan doktor mengesahkan masalah saya menuju ke arah positif. Apa yang pasti keraguan saya tentang produk tersebut hilang sama sekali, saya gunakan produk tersebut seterusnya sehingga 2 bulan lagi selepas itu, sehinggalah masalah yang saya hidapi sampai ke tahap normal.

Saya amat bersyukur kerana masalah saya telah selesai, produk tersebut saya terus gunakan bagi menjaga kesihatan saya agar tidak berulang, kerana produk tersebut dapat menjaga kesihatan dengan membersihkan saluran darah mikro kita agar kita tidak terkena penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, darah tinggi, kolesterol, gout, sembelit, migrain dan bermacam lagi penyakit masa kini. Berita baiknya, produk tersebut pada waktu itu 8/2010 masih tiada lagi di Sabah, masih kurang orang mengenalinya. Atas saranan beliau, Awal 9/2010 saya mengambil keputusan cuba membawanya di Sabah dan memperkenalkannya di Sabah dan syukur, ada beberapa orang pengguna di Sabah yang telah menggunakannya turut sama berterimakasih setelah menggunakannya.

Saya amat menyarankan agar semua warga WC dapat menghargai kesihatan dan cegahlah sebelum ia parah atau sehingga kita terkena seperti apa yang saya hidapi. Baru-baru ini, melalui berita saya melihat orang No 1 Malaysia (Perdana Menteri Kita) di dalam TV3 menyarankan kita menjaga kesihatan kerana ia sendiri hanya menyedarinya setelah ia sendiri merasai sakit dan sekarang telah sembuh. Selain dari itu kita pasti tahu tentang kematian penyanyi Shamrin (Fotograf) secara mengejut akibat jantung. Adakah kita ingin seperti itu kerana lalai hanya memikirkan duit sahaja.

Sungguhpun begitu, anda semua masih ada peluang untuk menyedarinya kerana masih ada orang yang tolong sedarkan. Janganlah nanti, setelah kita asyik memikirkan hanya mencari duit atau hanya mengambil tahu hal2 semasa semua itu menjadi sia-sia, mungkin duit itu hanya untuk rawatan kita belakang hari setelah kita sakit atau mungkin kita yang terpaksa tinggalkan duit itu walaupun telah banyak kita kumpul kerana kita sakit atau menemui ajal.

Sekian.
 
Last edited:
Joined
Nov 15, 2010
Messages
127
Likes
0
Points
16
Offline
#2
Dikesempatan ini juga nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDIL ADHA Kepada semua warga WangCyber. Kepada yang berada di Kawasan Kota Kinabalu, saya jemput datang ke rumah, Taman Bukit Sepangar. Lorong Bukit Sepangar 2/1A. Kota Kinabalu Sabah. Boleh Call 012-8115522 sebelum datang,
 
Joined
Aug 31, 2008
Messages
5,360
Likes
7
Points
38
Age
33
Offline
#3
terima kasih atas peringatan nih,
ingat sihat sebelum sakit....
kalo dah sakit, baru kita rasa nikmat sihat....
 
Joined
Aug 31, 2008
Messages
5,360
Likes
7
Points
38
Age
33
Offline
#4
adeh, terpost 2 kali lak..
 
Last edited:
Joined
Nov 15, 2010
Messages
127
Likes
0
Points
16
Offline
#5
terima kasih atas peringatan nih,
ingat sihat sebelum sakit....
kalo dah sakit, baru kita rasa nikmat sihat....
Betul tu...... macam juga makan, masa lapar tanpa makanan baru le terfikir betapa berharganya makanan tu, tapi kalau dah kenyang, makanan yang enak sekalipun pandang sepi je.....
 
Joined
Nov 15, 2010
Messages
127
Likes
0
Points
16
Offline
#7
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang :)
Banyak orang yang cuba praktik cara ni, walaupun ia adalah sunnah namun kebiasaannya mesti kantoi...... kalau bab makan, berhenti sebelum kenyang tu le yang susah nak buat hehehe
 
Joined
Nov 15, 2010
Messages
127
Likes
0
Points
16
Offline
#8
Ramai orang menganggap menjaga kesihatan hanya dengan melakukan aktiviti sihat seperti senaman dan bersukan, tetapi ramai juga orang yang bersenam dan bersukan aktif sakit terkena serangan jantung, strok malah meninggal dunia semasa melakukan aktiviti tersebut. kita tahu mereka itu sihat kerana mereka memang aktif tapi kenapa mereka boleh tersungkur?. banyak kejadian2 seperti itu berlaku, paling terbaru kes seorang artis Shamrin (Fotograf), mungkin ramai yang mengetahuinya ia meninggal dunia kerana serangan jantung semasa bermain bolasepak. Oleh itu, jangan anggap melakukan aktiviti sihat seperti bersukan dapat menghindari dari terkena serangan jantung, kalau ia nak datang ia tak pernah mengenal siapa mangsanya........
 
Joined
Jul 14, 2009
Messages
1,422
Likes
0
Points
0
Offline
#9
Banyak orang yang cuba praktik cara ni, walaupun ia adalah sunnah namun kebiasaannya mesti kantoi...... kalau bab makan, berhenti sebelum kenyang tu le yang susah nak buat hehehe
Betul tu :) jadi tak heran kalau peratus rakyat malaysia yang berlebihan berat badan dan obesiti semakin meningkat setiap tahun!
 
Joined
Nov 15, 2010
Messages
127
Likes
0
Points
16
Offline
#10
Betul tu :) jadi tak heran kalau peratus rakyat malaysia yang berlebihan berat badan dan obesiti semakin meningkat setiap tahun!
betul tu...... biasanya nak juga kena sakit dulu, baru boleh sedar. Tapi yang hairannya walaupun sudah disahkan sakit dan berpantang makan, tetap juga tak serik, makan tetap makan. Nak juga cari alternatif, boleh makan dan tetap sihat. Sebenarnya pakar2 telah membuat kajian, sebahagian besar manusia di dunia ini telah mendapat satu sindrom ketagihan. iaitu ketagihan makanan, sekarang ini bukan saja dadah boleh membuatkan orang ketagih, makanan juga boleh membuatkan orang ketagih......hahaha
 
Joined
Jul 14, 2009
Messages
1,422
Likes
0
Points
0
Offline
#11
Kalau dah tengok banyak menu dan hidangan di depan mata, sakit di badan terus 'dilupakan sementara'. Tapi bila tengok besok kena review Doktor, automatik boleh kawal nafsu makan takut kena marah haha..
 
Joined
Nov 15, 2010
Messages
127
Likes
0
Points
16
Offline
#12
Kalau dah tengok banyak menu dan hidangan di depan mata, sakit di badan terus 'dilupakan sementara'. Tapi bila tengok besok kena review Doktor, automatik boleh kawal nafsu makan takut kena marah haha..
Itulah manusia, nafsu mengatasi segalanya, kalau dah takde semua tu bukan manusia lagi tu....hehehe
 
Joined
Nov 15, 2010
Messages
127
Likes
0
Points
16
Offline
#13
Ni nak kongsi sikit tentang kesihatan jantung, jangan nanti dah dapat tanda2 serangan jantung tapi tak ambil peduli, sedar2 nanti dah berada di dunia lain hehehe. harap2 dapat sedikit maklumat, apapun saya bukan doktor, nak maklumat lanjut pi jumpa doktor

Apa itu jantung?

Jantung merupakan sebuah organ otot yang kuat, lebih kurang bersaiz satu genggaman. Ia terletak di tengah dada. Di dalam seorang dewasa yang sihat dan sedang berehat, jantung berdegup lebih kurang 72 kali seminit. Tugas jantung ialah untuk mengepam darah ke semua bahagian tubuh melalui pembuluh darah (tiub nipis, elastik) yang dipanggil arteri dan vena. Arteri membawa darah yang diisi dengan oksigen serta lain-lain zat ke tubuh: vena membawa darah "yang telah digunakan" dari tubuh balik semula ke jantung.

Apa itu serangan jantung?

Serangan Jantung ialah istilah orang biasa bagi infarksi miokardium. Ia berlaku apabila darah yang mengalir ke bahagian jantung dihalang sepenuhnya oleh darah beku atau plak kolestrol. Seseorang akan merasa terlalu sakt apabila ini berlaku kerana otot jantung telah rosak.

Siapa yang berisiko untuk mendapat serangan jantung?

Mereka dengan faktor-faktor risiko berikut lebih cenderong untuk mendapat serangan jantung:

Jumlah kolestrol yang tinggi di dalam darah
Jantung perlu mengepam lebih cepat dan kuat untuk menolak darah melalui pembuluh darah yang sempit. Paras kolestrol yang tinggi serta lemak tepu di dalam darah menyebabkan pembuluh darah ini menjadi sempit.

Tekanan darah tinggi
Tekanan darah merupakan satu paksaan darah ke atas dinding pembuluh darah. Tekanan darah tinggi akan meningkatkan paksaan ini dan merosakkan lapisan licin pembuluh darah. Kolestrol dan lemak akan terbentuk di sepanjang dinding yang telah rosak dan menyumbat lumen. Akibatnya, jantung perlu mengepam lebih kuat untuk menolak darah melalui pembuluh yang sempit ini.

Merokok
Karbon monoksida dan nikotin di dalam rokok menafikan sel-sel daripada mendapat oksigen. Jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk membekal oksigen ke sel-sel. Merokok juga menggalakkan deposit plak di dalam pembuluh darah dan meningkatkan risiko pembentukan darah beku.

Kurang bersenam
Kurang bersenam membuat tubuh menjadi menggeleber. Apabila jantung anda tidak sihat, anda mempunyai kemungkinan yang berganda untuk mendapat serangan jantung berbanding dengan mereka yang sihat dan cergas.

Gemuk
Jantung orang gemuk perlu mengepam darah dengan lebih keras dan perlu lebih oksigen untuk berfungsi.

Tekanan(stress)
Tubuh bertindak kepada tekanan dengan menghasilkan lebih banyak adrenalin. Ini membuat jantung mengepam lebih kuat dan cepat. Lebihan pam ini membuat pembuluh darah menjadi ketat dan sempit.

Penyakit kencing manis
Paras gula yang tinggi di dalam darah mempercepatkan penyempitan dan penebalan pembuluh darah. Ini menyebabkan pengurangan pengaliran darah ke jantung.

Jantina
Peluang untuk mendapat serangan jantung adalah lebih tinggi di kalangan kaum lelaki.

Usia
Peluang untuk mendapat serangan jantung meningkat dengan usia kerana pembuluh darah menjadi sempit apabila kita semakin berusia.
Keturunan
Peluang untuk anda mendapat serangan jantung adalah lebih tinggi jika anggota keluarga anda mempunyai sejarah menghidapi penyakit jantung.

Tanda-tanda amaran serangan jantung

Anda mungkin sedang mengalami serangan jantung jika anda merasa salah satu daripada tanda-tanda berikut:

* Kesakitan dan atau tekanan di bahagian tengah dada anda yang memakan masa lebih dari beberapa minit, ia mungkin datang dan pergi
* Kesakitan yang merebak ke bahu, leher, rahang atau lengan anda
* Merasa seperti hendak pengsan atau sesak nafas
* Loya atau "merasa sakit di perut anda"
* Berpeluh dengan banyaknya

Kalau dah ada tanda2 tadi tu, cepat2 le pi jumpa doktor ye.....hehehe
 
Joined
Jul 14, 2009
Messages
1,422
Likes
0
Points
0
Offline
#14
Ada orang makan banyak bila sedih, ada orang makan banyak bila gembira, cuma orang tiada selera makan ja yang kurang atau tak makan :)
 
Joined
Nov 15, 2010
Messages
127
Likes
0
Points
16
Offline
#15
Ada orang makan banyak bila sedih, ada orang makan banyak bila gembira, cuma orang tiada selera makan ja yang kurang atau tak makan :)
Biasanya kalau dah takde selera makan tu dah sakit le tu kannnn.... kalau tak sakit ertinya banyak fikiran
 
Joined
Nov 15, 2010
Messages
127
Likes
0
Points
16
Offline
#16
Tahukah Anda???

1 dalam 4 orang akan mengidap Kanser dan Penyakit Kronik. 3 Juta rakyat Malaysia dalam golongan Obseiti. 800 ribu rakyat Malaysia mengidap Kencing Manis. Sakit Jantung merupakan pembunuh No 1 Dunia. Kebanyakan orang meninggal dunia disebabkan oleh stress. Ramai orang yang mati pucuk tapi malu mendapat rawatan

Adakah Anda Mempunyai Simptom-Simptom Di Bawah?
  • Perasaan Sesak pada Bahagian Dada?
  • Berasa Cemas?
  • Berasa Menggelabah?
  • Sesak Nafas?
  • Daya Ingatan Menurun?
  • Tidak Tidur Lena
  • Sakit atau Pening Kepala?
  • Kaki dan Tangan Berasa Kebas?
  • Kepala Terasa Berat Sebelah?

Jenis penyakit kronik yang sering dihidapi rakyat Malaysia:
  • Serangan jantung
  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Strok
  • Sakit buah pinggang
  • Gout
  • Masalah pernafasan
  • Migrain
  • Kanser
  • Kolesterol Tinggi

Saluran darah yang lemah adalah punca segala penyakit. Penyakit kronik berpunca dari salur darah yang tidak lancar dan tersumbat.
Apakah Penyakit Yang Disebabkan Oleh Penyumbatan Salur Darah??

JANTUNG (Penyakit Jantung Koronari dan Serangan Jantung), OTAK ( Strok dan Pendarahan Otak), GINJAL (Ginjal gagal berfungsi dgn baik dan Darah Tinggi), MATA (Rabun), KAKI (Komplikasi diabetes), SARAF (Kebas dan Lumpuh), MATI PUCUK dll.

Kini terdapat penyelesaian yang terbukti berkesan secara saintifik. Tidak perlu kerap ke hospital atau klinik untuk menerima rawatan..

Dapatkan Tasly Danshen Plus(Pembersih Salur Darah) dan Tasly Dong Chong Cao(Penggalak Tumbuh Sel Baru)
  • Produk 100% herba berkualiti tinggi dari negara China.
  • Diluluskan oleh Food & Drug Administration USA (FDA).
  • Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Dianugerahkan sijil halal dari JAKIM.
  • Lebih daripada 10 ribu hospital dan farmasi negara membangun di seluruh dunia menggunakan produk ini.

Kelebihan Tasly Danshen Plus Capsule :
  • Melancarkan saluran darah termasuk pembuluh darah.
  • Mencegah kerosakan pembuluh darah dan penyumbatan.
  • Mencegah pembentukan Atherosclerosis.
  • Mengurangkan Kepekatan darah.
  • Mengawal sistem pembekuan darah dan mempercepatkan proses pemecahan bekuan darah(fibrinolisis).
  • Mengurangkan ketegangan arteri koronari sehingga jantung mendapatkan aliran darah yang sempurna.
  • Mencegah kerosakan dinding pembuluh darah, sehingga tidak terjadi timbunan lemak.

Jangan biarkan penyakit kronik anda berlarutan tanpa penyelesaian.. Nikmatilah kehidupan anda tanpa sebarang penyakit kronik
 
Joined
Nov 1, 2011
Messages
52
Likes
0
Points
0
Offline
#20
saya adalah salah seorang penagih makanan.....akakakaka....sepatutnya saya sekarang berada di pusat pemulihan nie...saya pon nak brubah la kalo camnie...bahaya la...
 
Top