Macam yang pernah saya katakan dulu di blog saya...
Untuk menjadi jutawan.. bukanlah hanya ada satu jalan..
Menjadi Jutawan... bukan hanya satu jalan. at MohdSuhaimy.com | Tips Perniagaan Internet & Pengurusan Kewangan
Orang berniaga pasar malam boleh jadi jutawan..
Orang buat bisnes internet boleh jadi jutawan..
Orang buat MLM pun boleh buat jadi jutawan...
Apa yang penting ialah "KEPERCAYAAN" anda masing-masing...
Jika anda tidak percaya anda boleh berjaya dalam MLM... and apasti tidak akan berjaya...
Jika anda tidak percaya anda boleh berjaya dalam Perniagaan internet.. anda pasti tidak akan berjaya..
Perkara pertama yang perlu di tanam di dalam minda anda sebelum anda berusaha melakukan sesuatu.. ialah KEPERCAYAAN..
Sebab itu semasa peringkat awal dakwah Nabi Muhammad s.a.w dahulu adalah mengenai "Tauhid".. iaitu soal KEPERCAYAAN.. PERCAYA bahawa Allah itu wujud dan esa..
Adakah anda fikir seseorang itu akan sembahyang jika mereka tidak percaya bahawa Allah itu wujud?..
Sedangkan orang yang percaya Allah itu esa pun sembahyangnya masih lalai... inikan pula orang yang langsung tidak percaya Allah itu wujud..
Begitu juga dengan kepercayaan menjadi Jutawan menerusi perniagaan internet... adakah anda akan melakukan sebarang usaha jika anda tidak percaya bahawa perniagaan internet itu boleh menjadikan anda seorang jutawan? Sudah tentu tidak bukan?...
Tetapi.. berbeza dengan orang yang percaya bahawa perniagaan internet boleh menjadikan seseorang itu jutawan.. mereka akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya..
"Kepercayaan" ini pula adalah hak masing-masing.... asalkan ia tidak membawa kepada kerosakkan dan keburukan.. saya kira itu tidak menjadi kesalahan... kita seharusnya berlapang dada dan saling menghormati pendapat & kepercayaan masing2...