Dalam Negara Berang kereta tak siap, lelaki bakar 3 kereta lain di bengkel

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1


Suspek bertindak membakar kereta selepas berang dengan pihak bengkel.

SHAH ALAM - Seorang lelaki berusia 44 tahun bertindak membakar tiga kenderaan selepas berang dengan pihak bengkel yang didakwa gagal menyiapkan kenderaan miliknya dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, lelaki berkenaan disyaki melakukan perbuatan khianat di depan Nexus Mega Carriers, Jalan Bukit Kemuning, Batu 8, di sini kira-kira jam 4.27 pagi.

"Kejadian itu disedari orang ramai yang menyaksikan seorang lelaki telah membaling petrol ke atas kereta berkenaan.

"Bertindak atas maklumat, polis berjaya memberkas suspek di Jalan Bukit Kemuning kira-kira jam 5.15 pagi ketika suspek sedang memandu kereta untuk pulang ke rumahnya," katanya melalui satu kenyataan media.

Menurutnya, soal siasat ke atas suspek mendapati dia tidak berpuas hati dengan pihak bengkel kerana lambat menyiapkan kereta miliknya yang dibaiki di bengkel tersebut.

"Sehingga kini kita belum mengambil keterangan pemilik bengkel kerana dia kini berada di luar daerah.

"Siasatan masih diteruskan dan suspek akan direman bermula pagi esok," katanya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (KK) kerana khianat dengan api. - Sinar
 
Top