Bengkel Master Inspirasi 'Suatu Dimensi Baru'

Cikgu Cinta

Newbie
Joined
Aug 17, 2011
Messages
455
Points
0
Kepada Rakan Usahawan Internet Yang Saya Kasihi Sekalian...

“Mahukah Anda Sekiranya Saya Kongsikan ILMU PENGETAHUAN Dan PENGALAMAN Saya Dalam Perniagaan Internet? Dan Mahukah Anda Jika Saya Kongsikan Teknik Yang Telah Membantu Saya MENJANA PENDAPATAN Sampingan Selama Ini?”​

Teknik Ini Akan Mendedahkan SUATU DIMENSI Yang Tidak Pernah Diduga Bahawa Setiap Individu Mempunyai POTENSI Yang Diperlukan Oleh Individu Lain. Dan Teknik Ringkas Ini Juga Akan Memberikan Pendapatan Samada Secara Sepenuh Masa Mahupun Separuh Masa. Anda Yang Tentukan JUMLAH PENDAPATANNYA!



Assalamua’alaikum w.w dan Salam Hormat,

Tak kenal maka tak cinta. Sebelum saya berbicara lebih lanjut, izinkan saya memperkenalkan diri saya dahulu. Secara ringkas, saya adalah seorang pendidik yang telah mempunyai pengalaman dalam perniagaan.

Perniagaan yang selama ini saya lakukan adalah melalui Perniagaan Internet. Saya bermula dari tahun 2008 lagi. Saya belajar melalui pelbagai jenis panduan, tutorial dan seminar.

Banyak tenaga dan wang ringgit telah saya habiskan untuk menuntut ilmu. Namun tidak pernah terlintas rasa rugi dalam menuntut ilmu ini. Pelbagai ilmu dalam Perniagaan Internet telah saya pelajari.

Antaranya berkenaan dengan rekabentuk laman web, affiliate, pemasaran email, SEO, penulisan ebook, pemasaran facebook, pemasaran blog, penulisan surat jualan dan pelbagai lagi.

Selain daripada produk digital, saya juga giat menjual produk fizikal. Antara produk fizikal yang saya jual adalah buku terpakai, minyak wangi, kek lapis, duit lama dan sebagainya. Dan segalanya dilakukan secara SEPARUH MASA sahaja!​

“Baiklah, Anda Kini Telah Mengenali Saya Secara Ringkas. Anda Boleh Add Saya Untuk Mengenali Saya Lebih Lanjut. Sila Tekan Ikon 'Perhubungan' Di Bawah…”



“Apakah Modul-Modul Yang Akan Dipelajari Dalam Bengkel Asas Master Inspirasi?”​

Modul #1: “Malu Belajar, Salah Jalan”

Dalam modul ini, peserta bengkel diterangkan Pengenalan Tentang Perniagaan Internet. Perkara asas amat penting agar peserta tidak membuat sebarang kesilapan dan kesalahan. Peserta juga akan diberikan satu Ebook PERCUMA untuk sumber rujukan.

Modul #2: “Cari Gali Emas”

Dalam modul ini, peserta akan diajar bagaimana ‘menggali’ segala ‘emas’ yang ada pada diri. Dan ‘emas’ yang ada sebenarnya amat diperlukan oleh individu yang lain. Secara tidak langsung, peserta mampu menjual ‘emas’ tersebut mengikut harga yang diingininya!

Modul #3: ‘Konsep 3M’


Konsep 3M amat penting kepada peserta kerana konsep ini menerangkan tentang strategi mudah dan murah. Konsep 3M juga amat berkesan sekiranya digunakan dan dipraktikkan dengan betul.

Modul #4: ‘Teknik Serap Sanubari Prospek’

Teknik SSP ini adalah nadi utama dalam bengkel ini. Peserta yang menguasai Teknik SSP ini akan merasai kesan dalam jualan mereka. Oleh itu, Teknik SSP tidak boleh didedahkan kecuali kepada PESERTA sahaja. Untungnya menjadi Peserta!

Modul #5: “Platform Super Duper”

Apabila segalanya sudah ‘master’, peserta memerlukan platform untuk meningkatkan lagi jenama produk mereka. Oleh itu, dalam bengkel ini, peserta turut akan diajar tentang platform-platform ini.


“Mari Kita Lihat Apa Kata Peserta-Peserta Bengkel Asas Master Inspirasi (Bengkel 3M) Sebelum Ini…”

TestimoniBengkel3MAmirAzros.jpg

Klik Imej Di Bawah Untuk Melihat Video Testimonial Peserta Bengkel 3M Jana RM100 Sehari​





alhamdulillah! semalam dah selesai sesi personal coaching!
bantuan cikgu Amir membuka minda saya sebagai seorang yang baru dalam IM!
beliau tidak ajarkan anda di mana hendak mencari duit, tapi bagaimana hendak membuat duit!
Recommended! ^^

Yang ikhlas,

Mohd Yazid
UsahawanMuda Super

Alhamdulillah. Selesai sudah online coaching bersama Cikgu Amir. Ada 5 modul kesemuanya. Biar saya terangkan sinopsis satu demi satu.

Modul #1 “Malu Belajar Sesat Jalan” :

Dalam modul ini saya diminta untuk menyediakan seberapa banyak soalan berkaitan perniagaan internet. Saya mengambil masa yang agak lama untuk ini kerana terdapat sedikit gangguan dan ada banyak persoalan.

Soalan-soalan yang telah saya kumpulkan, diminta untuk disimpan terlebih dahulu. Beliau menjawab kesemua persoalan ini di akhir sesi coaching.

Modul #2 “Cari Gali Emas” :

Dalam modul ini saya diminta untuk menyediakan matlamat saya. Apakah matlamat yang ingin saya capai dan berapakah pendapatan sasaran saya?

Matlamat saya :
1) Pergi haji pada tahun 2014.
2) Menjadi jutawan pada atau sebelum umur 25 tahun.
3) Matlamat pendapatan adalah RM15K sebulan.

Dalam modul ini, saya juga diminta untuk menyenaraikan apakah aktiviti yang perlu dan akan saya lakukan. Adakah relevan? Mampu tak mencapai?

Modul ini telah membuka minda saya untuk bekerja lebih keras.

Modul #3 “Konsep 3M” :

Dalam modul ini saya diajarbanyak rahsia hebat. Antaranya :

- Penjenamaan diri yang hebat dengan teknik _____
- Banyakkan Mem____ untuk menjadi "Pakar in the making"
- Banyakkan Men_____ sebagai satu proses selepas Mem____
- Selepas menguasai teknik Mem__ dan Men__ maka saya perlu masuk fasa baru iaitu Meng___
- Jangan merasakan diri sudah cukup ilmu
- Teknik psikologi penulisan
- BANYAK LAGI

Modul #4 “Teknik Serap Sanubari Prospek” :

Modul yang menambat hati saya. Saya diajar bagaimana untuk menarik prospek dengan cara yang beretika. Berkawan dengan semua. Juga teknik dan contoh penulisan agar saya lebih jelas.

Modul #5 “Platform Super Duper” :

Dalam modul ini saya diajar untuk melakukan pemasaran. Di mana dan bagaimana. Tidak lupa, saya juga diberikan 1 keistimewaan yang tidak ternilai apabila beliau sudi untuk memberikan ruang promosi di sebuah laman yang hebat.

Kesimpulannya ;

Cikgu Amir tidak mengajar saya. Beliau mendidik saya agar menjadi insan yang hebat dalam pembinaan empayar perniagaan internet dengan cara yang tersendiri.

Beliau telah membuka mata dan minda saya dalam beberapa perkara yang tidak pernah terfikir sebelum ini.

Sebelum menamatkan bicara bersama beliau, saya sempat kongsikan persoalan ini bersama beliau :

Apa yang perlu saya buat untuk menghadapi member-member yang selalu mengutuk dan memperli saya sebab saya buat bisnes?

Jawapan beliau :

Soalan #4: Dalam mencapai kejayaan, memang ramai memandang serong
Nasihat saya, buatlah apa sahaja. Pedulikan sahaja. Yang penting tanam niat tuan, tuan buat semua ini adalah hanya kerana Allah s.w.t. Insya-Allah, Allah akan membantu kejayaan tuan bukan saja di dunia malah di akhirat kelak. Insya-Allah.

"Online coaching" yang membuka mata dan minda saya. Terima kasih tuan atas ilmu yang dicurahkan. Banyak lagi yang ingin ditulis, tapi ini pun dah terlampau panjang. :)

Sekian,

Ïkhlas,

Amirul Aslam
Hamba Allah | Usahawan Internet | Master Flipping

"Baiklah Tuan Amir Azros, Boleh Tidak Sekiranya Saya Mahukan Maklumat Lanjut Tentang Bengkel Master Inspirasi Ini?"

Sebenarnya tujuan asal saya mengendalikan Bengkel Master Inspirasi untuk melahirkan lebih ramai individu yang berjaya dalam Perniagaan Internet.

Selain daripada itu, matlamat dan visi saya adalah untuk memandaikan masyarakat seterusnya meningkatkan bidang keilmuan dan ekonomi serantau.

Oleh itu, saya hanya memilih peserta yang benar-benar KOMITED SAHAJA! Sekiranya anda adalah insan tersebut, anda boleh hubungi saya. Ini adalah kerana saya akan menawarkan 5 Slot secara PERCUMA. (Sudah DIPENUHI)

Sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah secara Personal Coaching (buat masa ini hanya untuk peserta di sekitar Ipoh, Perak), dan Online Coaching (seorang peserta dalam 1 hari)


"Tidak Guna Berharap, Jika Tiada Apa-Apa Tindakan Yang Diambil..."​

Itulah ungkapan yang saya akan katakan. Sekiranya sehingga peringkat ini, anda masih berdolak dalih tentang ilmu pengetahuan. Jadi kesimpulannya, pilihan terletak pada diri anda sendiri. Sekiranya anda merasakan ilmu yang ingin saya sampaikan ini tiada kepentingannya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sehingga peringkat ini anda masih membaca mesej yang ingin saya sampaikan.

Dan sekiranya anda ingin MENDALAMI apa yang ingin saya KONGSIKAN. Saya sangat mengalu-alukan penyertaan anda dalam Bengkel Master Inspirasi ini. Jangan tunggu lagi DAFTAR SEGERA!

Hubungi saya segera untuk PENDAFTARAN.

“Martabatkan Ilmu Pengetahuan Mencapai Kejayaan Dunia & Akhirat”


Ikhlas,


index.jpg

Amir Azros
Pendidik | Usahawan Internet | Penulis
 
Last edited:

Cikgu Cinta

Newbie
Joined
Aug 17, 2011
Messages
455
Points
0
INFORMASI TERKINI!​

5 Slot PERCUMA Sudah DIPENUHI!

Kini Saya Buka Bengkel Master Inspirasi Dengan Harga Pengenalan Iaitu Serendah RM50 Sahaja!​
 
Last edited:

Cikgu Cinta

Newbie
Joined
Aug 17, 2011
Messages
455
Points
0
FAQ

1. Saya tinggal luar kawasan Ipoh. Namun saya berminat untuk menyertai Bengkel Master Inspirasi. Bagaimanakah caranya?

Pertamanya saya ingin mengucapkan TAHNIAH atas komitmen yang diberikan anda. Bagi mereka yang berminat menyertai Bengkel Master Inspirasi tetapi jarak menjadi penghalang, saya cadangkan anda mengikuti sesi pembelajaran secara Online Coaching.

Sesi ini akan menghubungkan saya dengan anda menggunakan aplikasi seperti Yahoo Messenger atau Skype. Namun saya tidak menghadkan penggunaan aplikasi ini. Mungkin anda lebih selesa menggunakan Chating di Facebook. Tiada masalah. Yang penting, segala ilmu yang ingin saya kongsikan, sampai pada anda.

2. Adakah Bengkel Master Inspirasi ada kaitan dengan MLM?

Ada di antara yang bertanya soalan ini. Terima kasih atas persoalan yang ditujukan. Apa yang ingin saya kongsikan dalam bengkel ini tidak ada kena mengena dengan MLM. Dalam bengkel ini saya akan berkongsi dengan anda teknik asas bagaimana menjana pendapatan melalui internet.

 
Last edited:

Cikgu Cinta

Newbie
Joined
Aug 17, 2011
Messages
455
Points
0
Okey.... Sekiranya anda tinggal luar kawasan Ipoh, Perak. Anda boleh belajar secara Online Coaching. Kita boleh berhubung menggunakan Yahoo Messenger @ Skype.

Atau sekiranya masih ada kekeliruan atau persoalan, boleh ADD Facebook saya.

Facebook Cikgu Amir
 
Top