Bengkel Asas Blogging

nuaeman

Newbie
Joined
Sep 26, 2007
Messages
397
Points
18
Salam kepada semua Warga WC,

Adakah anda sudah mempunyai blog .com sendiri? Adakah anda masih tercari-cari bagaimanakah caranya untuk menghasilkan satu blog .com sendiri? Orang lain sudah pun memiliki blog .com sendiri? Tetapi Anda?

Blog bukan lagi asing kepada orang ramai pada waktu ini. Boleh dikatakan bahawa blog telah menjadi satu revolusi yang baru di dunia maya dan juga merupakan salah satu media alternatif yang semakin hangat serta popular.

Kami sedar ramai pengguna internet yang berkeinginan untuk mempunyai blog tetapi masih kabur bagaimana untuk bermula. Mungkin terdapat beberapa panduan berbentuk ebook dan sebagainya boleh diperolehi tetapi ada diantara mereka-mereka yang lebih selesa jika wujudnya bengkel atau seminar dimana lebih mudah untuk berlakunya komunikasi dua hala. Dengan itu kami membawakan kepada anda satu bengkel asas untuk membantu anda memulakan langkah pertama dengan memiliki blog .COM anda sendiri

Syarat-syarat Utama Meyertai Bengkel Asas Blogging :

1. Anda langsung tidak tahu mengenai dunia blogging.

2. Anda ingin belajar dan ingin meneroka dunia blogging.

3. Anda ingin memulakan hidup anda dengan sesuatu yang baru untuk tahun 2010.

Kos untuk bengkel yang berlangsung dua hari ini telah termasuk modal untuk domain dan hosting serta makanan (sarapan pagi, tengahari dan petang)

Segala kelengkapan komputer dan kemudahan internet telah disediakan oleh pihak Bengkel Blogging.

Untuk Malumat Lanjut, Layari Bengkel Asas Blogging.

Tempat hanya terhad kepada 28 Orang sahaja. Rebutlah peluang anda sekarang.
 
Last edited:

RajaKamil

Kawan WC Premium
Super Senior
Joined
Jul 10, 2007
Messages
6,833
Points
48
Age
34
satu inisiatif yang bagus.... :)
 

wanmus

Senior
Joined
Oct 2, 2007
Messages
1,800
Points
38
Age
36
owh...ingatkan percuma betol2...rupanya percuma lepas bayar ...hehe..
yup percuma untuk semua peserta yang telah membayar yuran..

Yuran hanyalah RM380 untuk 2 hari!

PERCUMA domain (RM35) + Hosting 1GB (RM50) setahun= RM85

kiranya anda hanya membayar RM295 untuk 2 hari

MURAH dan rasanya belum ada pernah seminar semurah ini untuk berkongsi ilmu selama 2 hari
 

nuaeman

Newbie
Joined
Sep 26, 2007
Messages
397
Points
18
mak ai..siap dapat hosting sekali tu..2 hari?wawah..
Incik Reezluv ada nak tambah sponsor ke.. heh.. Insya_Allah kami akan cuba berikan yang terbaik kepada para peserta bengkel ni. Walau mungkin tak nampak apa-apa bonus dijanjikan pada sales page.. kerana kami nak yang datang memang fokus kepada objektif bengkel.

Tetapi tidak bermakna tidak ada sesuatu yang istimewa disediakan buat para peserta.
 

reezluv

Senior
Joined
Jun 5, 2006
Messages
4,115
Points
38
nak sponsor tu takde kot wat masa ni sebab agak sibuk sikit dengan pelancaran web & juga produk..:D

Incik Reezluv ada nak tambah sponsor ke.. heh.. Insya_Allah kami akan cuba berikan yang terbaik kepada para peserta bengkel ni. Walau mungkin tak nampak apa-apa bonus dijanjikan pada sales page.. kerana kami nak yang datang memang fokus kepada objektif bengkel.

Tetapi tidak bermakna tidak ada sesuatu yang istimewa disediakan buat para peserta.
 

nuaeman

Newbie
Joined
Sep 26, 2007
Messages
397
Points
18
untuk seminar blogging(advanced)
bro nueman xkan buat ke ?
Salam hasbulaqill

Buat masa ini tidak lagi rasanya.. kita menumpukan sepenuhnya untuk asas dahulu..

Tetapi untuk akan-akan datang.. insya_Allah akan dipertimbangkan..
 
Top