Beli Rumah atau Sewa Rumah?

Joined
Jun 28, 2012
Messages
17
Likes
0
Points
0
Offline
#1
Tahun 2012 diramal bakal menjadi tahun yang penuh dengan cabaran. Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, ia tidak menjadi halangan buat kita semua untuk terus bergerak dan mara. Buat mereka yang baru memulakan langkah dalam hidup, baik yang baru menamatkan pengajian, mahupun yang baru sahaja membina rumah tangga, pastinya rumah merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh semua.

Bagi yang tercari-cari rumah idaman, pasti terdapat persoalan besar yang muncul dalam benak fikiran. Tentunya, persoalan sama ada mahu membeli ataupun menyewa rumah sering bermain di fikiran dan kedua-duanya memiliki kelebihan serta kekurangan tersendiri. Terdapat beberapa faktor yang dapat merungkai persoalan seperti kewangan, masa, proses dokumentasi dan kebebasan.

Melihat kepada faktor kewangan, pastinya, menyewa boleh memberi lebihan penjimatan kepada wang. Ini sangat signifikan, terutamanya dalam jangka masa terdekat, seperti dalam tiga tahun pertama. Berbanding menyewa, jika mahu membeli rumah, anda perlu menyediakan sejumlah wang untuk bayaran pendahuluan serta kos-kos lain seperti cukai rumah, kos penyelenggaraan dan sebagainya. Ini adalah sesuatu yang normal jika ingin memiliki sesuatu aset, seperti juga kereta dan sebagainya. Lazimnya, memiliki aset ini memberikan penjimatan dan pulangan kepada anda dalam jangka masa panjang. Misalnya, setelah enam tahun anda melalui tempoh pembayaran bayaran bulanan yang tetap dan tidak mengalami sebarang masalah, anda akan dapati jumlah pembayaran adalah jauh lebih rendah berbanding mereka yang membayar sewa, kerana penyewa perlu membayar mengikut harga rumah yang kian meningkat.

Membeli rumah juga memiliki kelebihan tertentu dari segi kewangan. Selain boleh menjadi aset di kemudian hari, kerajaan telah memperkenalkan beberapa langkah untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar membeli rumah melalui potongan cukai dan potongan akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kemudahan potongan daripada akaun KWSP misalnya memudahkan orang ramai tanpa perlu mencari sumber kewangan yang lain.

Jika perlu, anda boleh membuat pengiraan sama ada ingin membeli atau menyewa rumah dengan menggunakan kalkulator interaktif beli-sewa yang terdapat di sesetengah laman web hartanah. Ia membolehkan anda mengenal pasti kos yang diperlukan dengan membuat perbandingan antara kedua-dua pilihan ini. Pokoknya, lihat kepada bajet kewangan anda. Lihat kepada sumber kewangan dan pendapatan anda, adakah ia boleh menampung kos perbelanjaan yang diperlukan jika ingin membeli rumah. Atau adakah ia hanya sekadar dapat menampung kos untuk menyewa sahaja?

Selain itu, dari segi faktor masa, proses untuk memiliki sesebuah rumah mengambil masa yang agak lama berbanding menyewa. Untuk membeli rumah,anda perlu berurusan dengan pelbagai pihak, seperti bank, pemaju, peguam dan sebagainya yang lazimnya mengambil masa dalam tiga ke empat bulan. Berbeza dengan menyewa, anda boleh berpindah masuk dan keluar dalam masa yang cukup singkat.

Dalam proses pemilikan rumah, pelbagai proses dokumentasi harus dilakukan. Ini dilakukan bagi mengesahkan status pembeli rumah agar benar-benar layak menduduki rumah tersebut dengan latar belakang kewangan yang kukuh agar dapat membayar bayaran bulanan kelak. Berbanding dengan menyewa, tiada dokumen khusus diperlukan,melainkan pembayaran deposit selama tiga bulan, yang mana deposit sekuriti dan utiliti boleh dipulangkan kembali.

Faktor kebebasan juga harus diambil kira. Bagi pembeli rumah, kebebasan dalam menata dekorasi dalaman adalah kepuasan hakiki. Pembeli bebas untuk menata hias rumah mengikut cita rasa tersendiri. Selain itu, pemilik rumah juga memiliki kebebasan sama ada mahu tinggal di rumah tersebut, atau dijadikan rumah persinggahan di hujung minggu mahupun disewa kepada orang lain. Pastinya kebebasan ini tidak boleh dinikmati oleh penyewa yang tertakluk kepada pemilik rumah. Namun, kebebasan yang dimiliki oleh penyewa adalah kebebasan untuk tinggal pada tempoh tertentu mengikut bulan atau tahun yang diingini dan juga kebebasan berpindah pada bila-bila masa atas tuntutan kerja dan sebagainya tanpa perlu risau akan rumah yang kosong! Pastinya, definisi kebebasan adalah berbeza bagi pembeli dan penyewa yang masih boleh dinikmati oleh kedua-dua pihak.

Paling penting, ia bergantung kepada anda untuk membuat pilihan yang terbaik, sama ada mahu membeli atau menyewa. Impian untuk memiliki sebuah rumah idaman merupakan sebuah impian serius yang boleh dicapai jika anda benar-benar merancang dengan baik. Tidak salah untuk memiliki rumah pada usia yang muda, akan tetapi pastikan diri anda cukup bersedia dari segi kewangan, seperti simpanan yang mencukupi dan kerjaya yang benar-benar stabil untuk melayakkan anda mendapat pinjaman rumah sekadarnya. Ini bagi mengelakkan daripada terkena risiko kegagalan bayar balik pinjaman yang boleh menjejaskan kehidupan anda kelak. Sebaiknya, untuk memiliki sebuah rumah, fikirkan realiti berbanding mimpi yang tidak berpijak di bumi nyata.

Dipetik SinarHarian
 
Joined
Oct 20, 2008
Messages
4,811
Likes
0
Points
38
Offline
#2
Bulan depan segala jenis paper product & lampin pakai buang akan naik harga............................................
 
Joined
May 31, 2006
Messages
2,064
Likes
5
Points
38
Offline
#3
Den menyewa jerk..tak mampu lagi nak beli rumah...nak plak area shah alam ni..adoi lah..
 
Joined
Jul 16, 2012
Messages
353
Likes
1
Points
18
Offline
#4
Kalau ade duit, beli lah, sewa tak baloi, semua duit bagi org tu, rumah bkn ko mia.

Tapi skrang harga rumah makin naik, 1 bulan 3k salary pun x dpt beli dah.
 
Joined
Aug 17, 2011
Messages
454
Likes
0
Points
0
Offline
#5
Adeh... Sabor jer ler. Beli ler dulu tanah. Buat sendiri ler rumah. Jimat banyak.
 

limyh

freshman
Joined
Feb 26, 2013
Messages
118
Likes
0
Points
0
Offline
#7
Pada pandangan saya, saya lebih bersetuju untuk beli rumah. beli dan bayar ansuran, sampai tak mampu lagi, jual saja lar, mungkin akan dapat untung lagi, kerana harga rumah makin naik.
 
Joined
Mar 6, 2013
Messages
15
Likes
0
Points
0
Offline
#8
Minyak ron97 malam ini naik harga rm2.90......Satu liter...

Semua barang sudah naik, beli rumah susah , sewa pun susah.....kenapa gaji tak naik
 
Joined
Feb 15, 2013
Messages
53
Likes
0
Points
6
Offline
#10
Cara tu betul limyh tp teknik je yang kena belajar....
Jgn jual pastu rugi dah le....
Rugi bkn maksudnya x dpt untung tp dpt untung yg kurang setelah ditolak modal pengurusan....
 
Top