Bahaya gula

Joined
Jun 4, 2011
Messages
11
Likes
0
Points
1
Offline
#1
Kandungannya perlu dikawal dalam makanan

Pakar kesihatan terkemuka Jerman menyarankan amaran merokok tidak baik untuk kesihatan sepatutnya turut sama digunakan bagi makanan dan minuman bergula.

Ketua Perkhidmatan Kesihatan Amsterdam, Payl Van Der Velpen, berkata ketika ini gula ibarat ‘ubat’ paling bahaya dalam hidup kita pada masa kini.

Beliau yang menulis dalam laman web kesihatan awam, berkata pengguna perlu diberi kesedaran berkenaan bahaya gula dan sewajar mengurangkan penggunaannya.

Tambahnya, gula adalah umpama ‘dadah’ seperti alkohol dan tembakau kerana itulah penggunaannya tidak harus digalakkan.

“Mungkin ada yang melihat kenyataan ini cuma membesar-besarkan isu dan dibuat-buat, tetapi hakikatnya gula adalah ‘dadah’ paling berbahaya masa ini dan begitu mudah didapati di mana-mana. Sama seperti rokok yang mempunyai label, minuman ringan dan produk manisan, juga perlu ada label seumpama itu.

“Contohnya, gula membawa ketagihan dan ia tidak baik untuk kesihatan,” katanya.

Tabiat sukar diubah

Beliau berpendapat, orang lebih memberi perhatian terhadap berat badan berlebihan daripada mengambil kisah mengenai pengambilan gula berlebihan.

Payl menegaskan, obesiti boleh ditangani dengan menggalakkan orang ramai lebih kerap melakukan senaman dengan kaedah yang betul dan pada masa sama mengubah gaya hidup sihat serta diet seimbang termasuk mengurangkan pengambilan gula.

Katanya, memetik satu kajian lain mendapati, seseorang akan memberhentikan pengambilan protein dan lemak jika terlalu banyak tetapi tidak kepada pengambil gula.

Malah, ramai yang tidak menghiraukannya tanpa memikirkan mudaratnya kepada kesihatan dan penyakit seperti diabetes.
Payl percaya, ketagihan dan amalan yang sukar diubah itu sama seperti perokok gaga; menghentikan tabiat berkenaan.
Oleh itu, beliau menyarankan supaya gula supaya dikenakan cukai sama seperti pengambilan alkohol dan rokok serta berharap kandungan gula dalam makanan perlu dikawal kuantitinya.

INFO: Mengenai gula

1. Bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu kuning dan tebu hitam.
2. Dilaporkan, kira-kira 107 negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar terbesar gula, mengikut Wikipedia ialah Brazil, India, China dan Pakistan.
3. Batang tebu yang tebal menyimpan sukrosa. Secara ringkasnya, gula dihasilkan daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa.
Sumber: Ensiklopedia bebas, Wikipedia
Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?
1. Minuman bergas 500ml =14.4 sudu teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml = 9.6 sudu teh
3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml = 5.5 sudu teh
4. Kek buah-buahan 40g = 3.5 sudu teh.
5. Bijirin sarapan bersalut madu 220g = 10.1 sudu teh.
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi = 15.8 sudu teh.
7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa = 7.7 sudu teh.
8. Sundae restoran makanan segera = 10.3 sudu teh.
9. Rempah ayam segera satu pek = 4.7 sudu teh.
10. Minuman berkultur satu botol kecil = 2.7 sudu teh.
11. Susu pekat manis dalam tin kecil = 35.5 sudu teh.

Keburukan gula:

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit).
2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh.
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan.
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran.
6. Meningkatkan paras trigliserid.
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
8. Merosakkan buah pinggang.
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs).
10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).

‪#‎apricon‬ ‪#‎aprikot‬ ‪#‎bahayakanser‬ ‪#‎rawatkanser‬ ‪#‎ubatkanser‬ ‪#‎antikanser‬
 
Joined
Jul 22, 2014
Messages
22
Likes
0
Points
1
Offline
#3
Sekarang sudah ada gula stevia. Gula stevia lebih natural. Rasa dia tidak sama seperti gula lah tapi lebih selamat. Boleh cuba dulu..
 
Top