Bagaimana nak ubah hidup anda?

swordion

freshman
Joined
Feb 9, 2008
Messages
215
Points
18
Hati-hati mengamalkan Law Of Attraction

Sekali pandang tiadalah salahnya, tapi kalau perhatikan betul-betul ada sesuatu yang perlu dibetulkan. Untuk pengetahuan saya juga ialah pengamal LOA sebelum ini iaitu 2008-2009. Saya sangat tertarik dengan konsep dan prinsipnya, ditambah pula dengan video 'the secret' yang telah diterbitkan tidak lama dulu. Namun setelah mengetahui 'sesuatu di sebalik LOA' ini saya tidak mengamalkannya lagi.

Baik kita balik kepada prinsipnya dulu LOA ini.

Kita mampu menarik 'apa-apa' pun hajat kita dengan mengeluarkan frekuensi minda kita. Kalau positif maka kita akan menarik yang positif, kalau negatif kita akan menarik yang negatif. Kalau dicuba-cuba pun memang menjadi, tapi disebaliknya (nanti saya terangkan).

Langkah 2 menggunakan LOA :
1. Tetapkan matlamat
2. Fokuskan dan Percaya kita akan capai
3. Benarkan (kita untuk menerimanya)

Syarat 2 menggunakan LOA :
1. Fikiran tenang
2. Sentiasa positif
3. Gembira

LOA tidak akan berkesan kalau kita berfikiran negatif, tidak tenang dan tidak gembira.

Baik inilah perbahasannya :

1. Sekali pandang kita tak rasa, kalau difahami benar-benar gerun kita dibuatnya. LOA (walaupun ada yang menyebutnya sunatullah) memfokuskan kekuatan minda 'manusia' untuk menarik apa sahaja yang dingininya sama ada positif mahupun negatif. Kitalah yang berkuasa, kitalah yang menentukannya. Segala-gala yang berlaku ke atas kita adalah disebabkan oleh kita. Nampak tak 'sesuatu di sini'? Ingin saya bold kan KITA. Sesungguhnya apa juga yang berlaku adalah dengan izin Allah. Asasnya tiada salah tapi perlu diselitkan keimanan kita juga. LOA yang telah disadurkan dengan keimanan seperti yang dilakukan oleh kebanyakan penulis muslim adalah 'ok', tapi kalau kita lihat 'versi asalnya' ia amatlah bahaya. Sesungguhnya Iblis akan menyesatkan manusia dengan apa jua sekali pun.

2. LOA hanya berkesan kalau kita tenang dan berfikiran positif serta gembira. Jadi, bagaimana orang-orang yang dalam kesusahan yang sudah pasti 'kurang gembira' dan 'kurang tenang' boleh mendapatkan apa yang diinginkan? Inilah dilema kepada diri saya sendiri suatu masa dulu. Kita bukannya sentiasa gembira, kita bukan sentiasa tenang. Malah dalam keadaan gembira dan tenang dan sepositif manapun belum tentu LOA berkesan. Maka di sinilah terkesan bahawa ada satu Law lagi yang sangat ampuh iaitu Law of God, nanti saya jelaskan.

3. Dalam Quran Allah berfirman (saya tak ingat ayat mana), "apa yang kita suka tidak semestinya baik untuk kita, dan apa yang kita tak suka tidak semestinya tidak baik untuk kita". Nah inilah statment yang jelas menentang prinsip LOA ini. Menurut LOA, kita mesti dapat apa yang kita nak kalau kita telah mengikut segala syarat dan langkah-langkah penggunaan LOA. Namun hakikatnya ia tidak dapat melawan 'qada dan qadar'.

Sebenarnya di samping apa yang diwar-warkan sebagai kejayaan LOA saya juga telah banyak kali melihat mereka yang tertipu dan kecewa dengan LOA. Yang lebih dahsyat lagi ada yang sampai jadi takbur kerana merasakan dirinya mampu menarik segala-galanya apa yang dia inginkan. Nauzubillah.

Maka, dalam pencarian hidup saya terjumpalah saya dengan Law yang lebih hebat yang sebenarnya telah diajar oleh nenek moyang kita, tetapi dek taksub dengan ajaran-ajaran 'luar' (yang amat perlu bagi kita menapis) ajaran ini sering dilupakan, iaitu LAW OF GOD.

Apa itu Law Of God?

1. Segala yang berlaku di dunia ini 'baik atau buruk' adalah dengan izin Allah. KepadaNya kita berserah dan bersyukur.
2. Allah maha mendengar DOA lah untuk memohon daripadanya.
3. Yang kita suka tidak semestinya baik untuk kita, yang kita tak suka tak semestinya tidak baik untuk kita. Semuanya itu ujian. Jadi kepadaNyalah kita kembali.

Apa yang saya paparkan, ialah pengalaman saya sendiri. Malah ada juga 'cerdik pandai' yang telah menasihatkan saya tentang penipuan golongan iblis, sekalipun melalui ilmu pengetahuan (inilah penipuan yang paling bahaya).

Memang akan ada yang tidak setuju dengan tulisan saya ini. Itu tidak mengapa, saya telah berlepas daripadanya. Bagi anda yang ingin mengamalkannya terpulanglah. Tapi saya tetap menyeru Allah lah sebaik-baik tempat kembali. Mengingati Allah akan memberikan ketenangan.

Sekian, wassalam...

Memang betul kata saudara. Biarlah saya ceritakan sedikit sebanyak pasal law of attraction ni.

Orang pertama yang menggunakan term law of harmonious attraction adalah orang kedua paling kaya dalam sejarah dunia pernah dicatatkan dalam sejarah moden iaitu Andrew Carnegie.

Beliau mengatakan bahawa untuk seseorang berjaya dalam dunia ini hendaklah mempunyai sikap/moral/akhlak yang baik dan untuk mempunyai akhlak yang baik mestilah datang daripada fikiran yang positif atau sentiasa berfikir untuk melakukan kebaikan untuk kebaikan yang paling tinggi sesuai dengan apa yang telah dikehendaki oleh Pencipta.

Beliau juga mengatakan bahawa Allah mencipta minda/akal sebagai amanah yang datang daripada Allah untuk mentadbir dunia ini dengan penuh keadilan dan saksama.

Beliau mengatakan bahawa punca kegagalan manusia adalah kegagalan manusia untuk menggunakan akal yang telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sebalik mereka menggunakan akal mereka dengan bersangka buruk dan dengki pada orang lain. Selalu bersangka buruk dan mengadu domba.

Selalu membuang masa mengatakan keburukan orang lain dan tidak mengambil iktibar terhadap musibah yang menimpa kepada diri mereka akibat kesilapan mereka sendiri.

Mereka yang tidak mahu mengambil tindakan untuk mengubah hidup mereka dengan menggunakan akal yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

Ini bermakna kejayaan dan kekayaan itu datang daripada hati yang tulus dan ikhlas disertakan dengan fikiran yang positif.

Sepertimana nabi pernah bersabda.."Sesungguhnya kekayaan yang sebenar itu bukanlah kekayaan harta tetapi kaya jiwa."

Beliau juga mengatakan terdapat beberapa law yang lain yang terlibat untuk seseorang itu berjaya.

Law of attraction itu hanyalah salah satu daripadanya dan ianya juga dikenali sebagai law of thought.

Tetapi, Law of Attraction dalam The Secret pula adalah sangat berbeza.

Mereka mengatakan bahawa dengan hanya berfikir dengan positif akan mencapai impian yang kita ingin capai.

Mereka memberikan pelbagai bukti dalam filem tersebut.

Walaupun bukti yang diutarakan dalam filem itu secara umumnya betul tetapi faktanya banyak diputar belitkan.

Banyak fakta yang diberi boleh menyebabkan seseorang itu mula ragu-ragu dan lemahlah akidah orang tersebut.

Perbezaan mudah sahaja tetapi cukup bahaya. Satunya percaya bahawa law of attraction itu datang dari Allah dan percaya bahawa Allah mencipta law itu sebagai amanah kepada manusia sebagai hamba Allah di muka bumi ini untuk melakukan kebaikan dengan law itu.

Maka dengan itu dia percaya semua kejayaan itu datang dari Allah dan setiap kesilapan itu datang daripada diri sendiri.

Manakala satu lagi percaya bahawa law of attraction itu datang daripada nature dan dengan memahami law itu kita mampu mengawal dunia.

Segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi. Sungguhlah manusia ini sangat suka menzalimi diri mereka sendiri.

Saya percaya dengan memahami, mempelajari dan mengamalkan Al Quran dan sunnah pasti kita akan selamat di dunia dan akhirat.

Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada fitnah ini dan memberikan kita petunjuk dan hidayah. InsyaAllah. Assalamualaikum.
 
Last edited:

zaihid

freshman
Joined
Jul 3, 2011
Messages
332
Points
0
Sebenarnya LOA ni dalam islam dah diajar. Kita saja tak kaji al-quran itu sendiri. Guru saya kata dalam islam dipanggil "niat" Apa jadi kalau kita sembahyang atau puasa kita tak niat dulu? Apa akan berlaku kalau kita berniat nak buat jahat atau berniat buat kebaikan sebelum membuat perkara itu? Anda tahu jawapannya kan? Maksudnya Allah dah bagi tau niat ni penting dan perkara utama didalam membuat sesuatu perkara termasuk ibadah kita. Wallahualam. ALLAH MAHA BESAR.
 

MJais

Newbie
Joined
Jan 25, 2011
Messages
144
Points
18
Terima Kasih untuk mindcry dan ali...

Satu perkongsian ilmu yg bijak untuk kita renungkan bersama...

Allah beri kita akal dan dengan Izinnya jua kita memilih dan bertepatanlah apa yang tertulis di

LohMahfuz...Qada dan Qadar Allah S.W.T

Tegur saya jika saya silap ya...
 

Nizam Malek

freshman
Joined
Jun 18, 2009
Messages
7
Points
0
All the best untuk semua~ =)
 

Apeh

freshman
Joined
Mar 30, 2007
Messages
1,259
Points
38
Bro swordion, mintak upload balik ebook saudara. TQ
 

khairulmkn

freshman
Joined
May 18, 2007
Messages
150
Points
16
Age
45
haa!!! betul tu saya pun nak download ebook tu tapi camna nak cari link dia ek:-/
 

mamatpenang

Senior
Joined
May 11, 2008
Messages
2,551
Points
38
memang best the secrets best.
 

wantatu

freshman
Joined
Nov 17, 2011
Messages
61
Points
6
Tumpang Promote Bro

Salam kepada semua warga wc dan otai2 semua.

Sempena tahun baru cina ni sy ingin buat promos menjual teknik comfirm approve adsense

kalau ada yang berminat sila respond secepat mungkin ye

10 orang pertama = rm20
untuk yang seterusnya = rm30

PM me
 

Apeh

freshman
Joined
Mar 30, 2007
Messages
1,259
Points
38

M.Arif

freshman
Joined
Dec 26, 2011
Messages
252
Points
0
he3..xpe bro RK..mungkin xde rezeki nk dpt yang free le 2..
 

swordion

freshman
Joined
Feb 9, 2008
Messages
215
Points
18
bagi sesiapa yang mahu download buku ini..saya meminta maaf kerana hard disk yang mengandungi fail tersbut telah rosak..adik saya kata dah backup dah fail tu..so I am not sure fail tu ada lagi ke tak. It is already 4 years. Tapi kalu ada I repost the book back.
 

swordion

freshman
Joined
Feb 9, 2008
Messages
215
Points
18
Anyway, saya berasa sangat terkejut kerana mendapati thread ini masih lagi ada sambutan sedangkan sudah 4 tahun berlalu. Semoga sesiapa sahaja yang mendapat ilmu daripada thread ini, semoga Allah sentiasa menurunkan rahmat ke atas diri mereka. Sesungguhnya setiap ilmu datang dari Allah dan segala kejahatan dan kelemahan datang dari diri saya sendiri.
 
Top