bagaimana nak buat produk jenama sendiri sendiri..

ayulola012

freshman
Joined
Jan 10, 2013
Messages
31
Points
0
hak3.. Mesti conquer sb health and beauty ni sgt kompetitif.. produk2 ny seakan2 sama je. sampai pengguna rambang mata.. last2 cari yang paling murah.

by the way, Encik Don gaya mcm ada keluarkan produk sendiri ye?(ada style lah).. Brapa agak ny modal plg lekeh pon.? Pengilang nak tgk lesen2 apa k dari client..?
 
Don

Newbie
Joined
May 3, 2006
Messages
85
Points
6
Age
39

Yup, saya memang sedang dalam perancangan mengeluarkan produk jenama sendiri. Honestly, banyak yang perlu diambil kira sebelum memulakannya. Dari segi modal, perancangan, target sales/month, persaingan, permintaan, jenama dan macam-2 lagi lah, memang leceh.

1- Ok, untuk modal tu subjektif, tapi berdasarkan kertas kerja yang saya buat kosnya kira2 100K. (mungkin lebih). Ini kos untuk formula produk + packaging (brand anda) + logo halal berdaftar/KKM (semua kilang buat). Kita cuma pasarkan produk tersebut je.

2 -Kalau nak murah sikit boleh beli raw material dari kilang dan packaging sendiri, kosnya lebih-kurang 10K-20K. Ada sesetengah kilang hanya membenarkan kita packing jika kita ada sijil GMP tapi ada sesetengah kilang tak memerlukan sijil tu. Perlu diingat kos ni tak termasuk upah pekerja dan bahan pembungkusan. Lagi satu, kita perlu berurusan sendiri dengan KKM dan Jakim untuk dapatkan sijil.

kalau nak guna cara ke-2 ni, pastikan dulu semua bahan mentah yang digunakan, setiap satunya mempunyai sijil halal yang diperakui oleh Jakim, kalau tidak proses permohonan sijil halal JAKIM akan jadi sangattttt rumit.

3 -Yang ni paling murah (kot), deal dengan pengilang untuk rebranding produk orang lain dengan jenama kita. cara #3 ni masih dalam siasatan, hehe..tak tau boleh buat ke tak..

Pengilang nak tgk lesen2 apa k dari client..?

Setakat ni, yang dia mintak cuma sijil pendaftaran syarikat dan penyata kewangan syarikat... (sijil GMP tu optional) Pastu ada beberapa dokument perjanjian yang perlu dipersetujui. Memandangkan saya tak berapa pandai sangat dalam bahasa undang2 ni, jadi saya upah lawyer untuk eksplainkan contract tu...

Sebenarnya, saya pon masih belajar selok-belok pengurusan perniagaan, nak cakap lebih2 tak berani la pulak, takut salah. Tapi kebanyakkan info yang saya tulis kat sini adalah hasil rundingan saya dengan beberapa pengilang yang buat OEM ni dan konsultan yang bertauliah. hehehe..
Kalau ada kesilapan mohon diperbetulkan ya, untuk panduan bersama. :)

p.s - Ada konsultan yang mengenakan bayaran antara RM10K-15K untuk menguruskan kelulusan sijil KKM/Halal Jakim. huhuhu..
p.s.s -
mcm senang je... yg bahagian logo tu diorang tepek dgn stiker...
botol tu ada la tu mana2 kilang provide kn...

loreal pun guna...

loreal-professional-tecniart-iron-finish.jpg
Eh, takleh tempek sebarangan bro. kalau kandungan bahan dalam botol tu didapati merbahaya, sapa yang nak dipersalahkan? Silap2 kita yang terpaksa tanggung. Loreal guna sticker pasal dia ada contract ngan pengilang. So, kalau jadi hal yang tak diingini, loreal bleh amik tindakan undang2 terhadap pengilang.

p.s.s.s - Sendayu Tinggi Nafi Jual Produk Berbahaya
 
Last edited:

ayulola012

freshman
Joined
Jan 10, 2013
Messages
31
Points
0
Yup, saya memang sedang dalam perancangan mengeluarkan produk jenama sendiri. Honestly, banyak yang perlu diambil kira sebelum memulakannya. Dari segi modal, perancangan, target sales/month, persaingan, permintaan, jenama dan macam-2 lagi lah, memang leceh.

1- Ok, untuk modal tu subjektif, tapi berdasarkan kertas kerja yang saya buat kosnya kira2 100K. (mungkin lebih). Ini kos untuk formula produk + packaging (brand anda) + logo halal berdaftar/KKM (semua kilang buat). Kita cuma pasarkan produk tersebut je.

2 -Kalau nak murah sikit boleh beli raw material dari kilang dan packaging sendiri, kosnya lebih-kurang 10K-20K. Ada sesetengah kilang hanya membenarkan kita packing jika kita ada sijil GMP tapi ada sesetengah kilang tak memerlukan sijil tu. Perlu diingat kos ni tak termasuk upah pekerja dan bahan pembungkusan. Lagi satu, kita perlu berurusan sendiri dengan KKM dan Jakim untuk dapatkan sijil.

kalau nak guna cara ke-2 ni, pastikan dulu semua bahan mentah yang digunakan, setiap satunya mempunyai sijil halal yang diperakui oleh Jakim, kalau tidak proses permohonan sijil halal JAKIM akan jadi sangattttt rumit.

3 -Yang ni paling murah (kot), deal dengan pengilang untuk rebranding produk orang lain dengan jenama kita. cara #3 ni masih dalam siasatan, hehe..tak tau boleh buat ke tak..

Setakat ni, yang dia mintak cuma sijil pendaftaran syarikat dan penyata kewangan syarikat... (sijil GMP tu optional) Pastu ada beberapa dokument perjanjian yang perlu dipersetujui. Memandangkan saya tak berapa pandai sangat dalam bahasa undang2 ni, jadi saya upah lawyer untuk eksplainkan contract tu...

Sebenarnya, saya pon masih belajar selok-belok pengurusan perniagaan, nak cakap lebih2 tak berani la pulak, takut salah. Tapi kebanyakkan info yang saya tulis kat sini adalah hasil rundingan saya dengan beberapa pengilang yang buat OEM ni dan konsultan yang bertauliah. hehehe..
Kalau ada kesilapan mohon diperbetulkan ya, untuk panduan bersama. :)

p.s - Ada konsultan yang mengenakan bayaran antara RM10K-15K untuk menguruskan kelulusan sijil KKM/Halal Jakim. huhuhu..

1 produk spare 200k..
Mula nampak mudah. pastu bc keterangan en.don.. xbole bt sorang2. histeria sy nanti.. modal sy rasa bank bg pinjam klau kertas keje kita meyakinkan. Pengasas kena sentiasa planning. terutama target sale/permintaan lepas produk di pasaran.

klau bole kita kena cipta produk baru. jgn ikut/follow trend. maksud sy skarang ni yang tgh in lotion pelangsingan dan pil gluta+vit-collagen. jgn kita follow kluarkan produk ala2 gitu.. Confirm ada y lbh baru kluar nanti. jd produk kita x in lg.
Contoh lepas Inchloss felinna, zoom___ kluar lg 4produk seakan2 ny..(parah btol)

Nanti En Don punya produk da kluar PM sy ye. hehehe..
 
ayulola012

freshman
Joined
Jan 10, 2013
Messages
31
Points
0
Dlu hot produk lintah dgn cacing... but now xdengar ceter dah. so sad.:(
 
Don

Newbie
Joined
May 3, 2006
Messages
85
Points
6
Age
39
Mula nampak mudah. pastu bc keterangan en.don.. xbole bt sorang2. histeria sy nanti.. modal sy rasa bank bg pinjam klau kertas keje kita meyakinkan. Pengasas kena sentiasa planning. terutama target sale/permintaan lepas produk di pasaran.

klau bole kita kena cipta produk baru. jgn ikut/follow trend. maksud sy skarang ni yang tgh in lotion pelangsingan dan pil gluta+vit-collagen. jgn kita follow kluarkan produk ala2 gitu.. Confirm ada y lbh baru kluar nanti. jd produk kita x in lg.
Contoh lepas Inchloss felinna, zoom___ kluar lg 4produk seakan2 ny..(parah btol)

Sangat Setuju, kite mesti ada planning dan team yang mantap..

Dlu hot produk lintah dgn cacing... but now xdengar ceter dah. so sad.:(

kalo ada rezeki, mungkin satu hari nanti kita bleh buat JV.. hehe :)
 
Last edited:

Don

Newbie
Joined
May 3, 2006
Messages
85
Points
6
Age
39
lintah ngan cacing? bisnes ape macam tu? crite sikit bro

Eh..eh.. jangan salah paham changibear, bukan nak JV buat bisness lintah n cacing...itu contoh jer. hehe
Lagipon saya tak tau produk aper yang bleh dibuat ngan lintah n cacing ni, kene banyak wat research..
 
ckin83

freshman
Joined
Feb 3, 2013
Messages
1
Points
0
sy pun berminat... sy sekarang amalkan resepi sy sendiri untuk losyen ni... alhamdulillah walaupun anak dh dua dn lahir secara csor tp perut tak buncit... jadi sy terpikir untuk kormesialkan... sy nak tanya... kalau kita tak pergi ke supplier lg.. just buat kt rumah dan sikit2 jer... still kena apply for KKM ker...

sy terpikir... nak start sikit2 dulu.. bg few sample kt kwn2 untuk testi.. kalau ok baru nk buat OEM memandangkan kos yg mahal tu... belum cukup modal nk pergi ke kilang....
 
Pendapat saya la...

Kalau setakat losyen tu tak perlu apply KKM kot pasal dulu keluarga saya ada jual ramuan untuk lulur badan, disebabkan bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber semulajadi, maka kami tak apply sijil KKM tu. Lagipon kami buat secara kecil-kecilan dari rumah.

Saya rasa sijil KKM tu untuk produk farmasutikal je, iaitu hasil daripada bahan aktif/ kimia seperti penggunaan dadah (terkawal) dan seumpamanya.

Jika warga WC ada info lanjut, jom kongsikannya.. :)
 
ladyimran

Newbie
Joined
Feb 15, 2013
Messages
108
Points
0
Dulu kawan saya, pernah ajak buat bisnes barang2 kecantikkan. Dia kata ada kilang yg buat. Kita just pilih ramuan apa yg kita nk, pewangi apa yg kita nk letak. Pastu botol2 packaging pon boleh pilih juga. Kalau ada resepi sendiri pon bagus tapi kena order botol la dlm bulk quantities.
 
Joined
May 29, 2013
Messages
1
Points
0
Syarikat kami mempunyai pegalaman selama 20 tahun dalam pembuatan kosmetik berasaskan herba, tiada mengandungi pewarna, alkohol atau pengawet mencari mereka yang berminat untuk mempelajari teknik dan cara memformulasi produk- produk kosmetik asas seperti cleanser, toner, shampoo, mosturizer etc. pemilik- pemilik salun kecantikkan dan mereka yang berminat untuk membangunkan/ mencipta produk sendiri untuk dipasarkan adalah digalakkan untuk mengikuti bengkel ini. kami satu-satunya syarikat di malaysia yang menawarkan perkhidmatan ini dengan kadar yang murah dan pengalaman luas kami dalam bidang pemnghasilan produk buatan tangan dapat membantu peserta dalam menghasilkan produk mereka sendiri untuk dipasarkan. produk adalah halal dan buatan tangan.

maklumat lanjut boleh hubungi
05-2412989/ 012-5901538

antara produk yang kami hasilkan
p.s maaf kualiti gambar kurang baikView attachment 2013-05-29 16.15.30-1.jpgView attachment 2013-05-29 16.15.47-1.jpgView attachment 2013-05-29 16.16-1.jpgView attachment 2013-05-29 16.16.03-1.jpg
 
amilia

Newbie
Joined
Feb 3, 2010
Messages
367
Points
16
TT...sya ada buat produk sndiri iaitu lip gloss & lip balm. Ramuannya halal sbb sya buat utk guna sndiri...sya jual offline je sbb slalu sold out..yg susahnya nk tunggu bahan mentah sbb kna beli dr negara luar...dh order, 2-3 minggu baru smpai. Bahan2nya beeswax,sweet almond oil,coconut oil, shea butter, cocoa butter, coffee butter & flavor oil. Smuanya bahan semulajadi. Saya ingin nk jual online tp susah btul nk mohon segala sjil...jd buat masa skrg ni sya buat kecilan je...
 
zyan

Senior
Joined
Jun 6, 2008
Messages
2,335
Points
38
Nak ada produk sendiri rasanya x susah kalau guna rebrand... yg susahnya ialah bagaimana nak marketing & bersaing dgn lambakan produk kecantikan yg lain... tu yg kena belajar tu
 
Top