Bagaimana Menulis Artikel Yang Dapat Meyakinkan Para Pembaca Anda Dalam Masa 5 Minit?

Joined
May 3, 2008
Messages
702
Likes
3
Points
18
Offline
#1
Penulisan artikel merupakan salah satu senjata
pemasaran yang diakui keberkesanannya
. Ini disebabkan
gaya penulisan yang berjaya menarik perhatian pembaca
mampu untuk mengarah mereka untuk melakukan apa yang
disuruh.

Tetapi, proses untuk mencapai gaya penulisan yang
diterangkan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia
memerlukan bakat dan pengalaman yang ada dalam diri
seseorang penulis. Berita baiknya, gaya penulisan ini boleh
diasah walaupun anda tiada bakat yang dikatakan “semula
jadi”.

Artikel kali ini ini akan mendidik para pembaca untuk menulis
artikel yang meyakinkan para pembaca. Bukan sahaja
meyakinkan, malah ia akan membuatkan para pembaca
artikel anda terpegun seterusnya meningkatkan kepercayaan kepada anda.

Tetapkan matlamat anda dalam penulisan

Apabila hendak memulakan sesuatu, maka penetapan
matlamat adalah sesuatu yang kritikal. Begitu juga dalam
penulisan, anda memerlukan matlamat supaya anda terus
“stick” pada maklumat yang ingin disampaikan
kepada para
pembaca.

Penetapan matlamat diakui dapat membantu penulis untuk
memberikan yang terbaik dalam topik yang ingin
disampaikan
. Untuk pengetahuan anda, fokus adalah
segala-galanya dalam penulisan kerana para pembaca
boleh menilai sejauh mana kebenaran artikel anda.

Kesimpulannya, penetapan matlamat dapat membantu
penulis untuk meletakkan fokus penyampaian sesuatu
maklumat berdasarkan topik yang dibincangkan.

Kajian secara terperinci berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengalaman

Setiap artikel yang ditulis harus diterangkan kesahihan dan
kebenarannya. Disini anda memerlukan ilmu pengetahuan
dan pengalaman untuk mendidik pembaca anda
. Jangan
cuba untuk menipu mereka dengan melampirkan maklumat
palsu, kerana lambat laun mereka akan ketahui
kebenarannya dan anda akan ditimpa masalah besar.

Kajian boleh dilakukan oleh bapa segala search engine iaitu Google. Begitu juga dengan membaca artikel-artikel yang
lain di EzineArticles.com, Article99.com dan pelbagai lagi
laman direktori artikel.

Elakkan daripada sifat malas untuk melakukan kajian. Kerana penulisan artikel yang tidak memberikan maklumat yang
berguna para pembaca dapat membuatkan mereka untuk
cop anda sebagai “penulis yang tidak berkualiti”.

Menulis dengan niat ingin mendidik para pembaca

Penulisan artikel akan menjadi lebih efektif jika disertakan
dengan niat yang betul. Perkara ini perlu dipandang serius
oleh para penulis yang ingin mendapat perhatian daripada
pembaca mereka. Ia juga penting untuk membina kredibiliti
anda sebagai penulis yang dihormati.

Untuk berbuat demikian, maka niatkan dalam diri anda untuk
mendidik para pembaca
sebelum menulis artikel. Maka secara
tidak sedar anda telah mengaktifkan minda separa sedar
anda untuk menulis berdasarkan kaedah informative writing,
iaitu kaedah mendidik dengan gaya penulisan.

Pengolahan penulisan yang sempurna (Penggunaan poin)

Walaupun ada istilah “Nothing is perfect”, namun saya lebih
percaya jika kita mengamalkan prinsip, “I’ll go for
perfection”. Dimana konsep yang diguna pakai ini dapat
membantu anda untuk menghasilkan artikel yang berkualiti.

Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan daya tarikan
dalam penulisan anda. Salah satu daripada caranya ialah
menggunakan poin / bullet / numbering. Bayangkan jika gaya
penulisan anda menarik dan ditambah dengan kemudahan
untuk para pembaca membaca artikel anda, sudah tentu ia
akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang penulis.

Jadi, pastikan anda kerap menggunakan poin ketika menulis artikel agar para pembaca anda boleh mengenalpasti apakah maklumat yang anda ingin tekankan dalam topik yang dibincangkan.

Kesimpulan

Latihan yang berterusan dapat membantu anda untuk
meningkatkan kualiti penulisan anda. Bagi mereka yang baru
sahaja menulis artikel buat kali pertama, anda dinasihatkan
jangan mengaku kalah. Perjuangan anda baru sahaja
bermula dan anda akan banyak menerima pendedahan dan
pengalaman yang menarik.

Dengan ini, saya harap para pembaca AqifStrategi.com dan
manfaatkan artikel ini dengan mengaplikasikan tindakan.
Penulisan artikel juga mampu untuk mengubah persepsi
mereka untuk menyertai perniagaan GDI anda. Ingin tahu
bagaimana? Langgani RSS blog AqifStrategi.com. :)

Biodata Penulis:

Muhammad Aqif bin Azizan merupakan seorang penulis
bebas sepenuh masa dan menjalankan perniagaan internet
melalui MakroInformasi 2.0. Anda disarankan untuk memiliki
pakej MakroInformasi 2.0 pada bulan ini kerana ia
memampatkan 4 Modul Video Penulisan Artikel dimana
anda boleh gunakan untuk meningkatkan hasil jualan produk
dan perkhidmatan anda. Dapatkan segera di http://www.makroinformasi.com.
 
Joined
May 3, 2008
Messages
702
Likes
3
Points
18
Offline
#6
Anda juga boleh kongsikan pendapat anda melalui thread ini agar saya
dapat membantu para forumer WC sebaik mungkin. :)
 
Joined
May 3, 2008
Messages
702
Likes
3
Points
18
Offline
#8
Terima kasih kepada anda jua.
Tak sangka pulak ada laman web yang sama dengan tajuk thread ini.
;)
 
Apeh

freshman
Joined
Mar 30, 2007
Messages
1,248
Likes
1
Points
38
Offline
#9
Artikel yang mantap ... pitching dan tone semua ok.hehe :)
 
Apeh

freshman
Joined
Mar 30, 2007
Messages
1,248
Likes
1
Points
38
Offline
#11
Thanks Apeh. Pitching dan tone? Ehem2..ada apa-apa lagi
yang perlu diperbaiki? Bagaimana pula dengan intonasi? ;)
Semua'nya ok.Jarang2 orang dapat menulis dengan baik.Mcm aku ler ... dah abih tulis baru start proses nak polish.Tu pun makan mase.

If I could write something like that in english.Fuuuuh.
 
Joined
May 3, 2008
Messages
702
Likes
3
Points
18
Offline
#12

Thanks bro. Yang penting usaha dan sentiasa gilap bakat yang
sedia ada. Sebenarnya saya pun waktu SPM mata pelajaran
BM dapat B3 je. Tapi xkan nak menyerah kalah kan?

Saya pun masih memperbaiki gaya penulisan dalam bahasa
inggeris. Semoga kita sama-sama dapat berusaha. :)
 
Joined
Dec 8, 2009
Messages
20
Likes
0
Points
0
Offline
#15
Very informative! Saya dapat panduan nk menulis advertisement and product description saya. thx
 
Kaizoku

freshman
Joined
Dec 9, 2009
Messages
12
Likes
0
Points
0
Offline
#16
good artikel bro... tapi kalau artikel tu terlampau short nak ke orang baca?...
bagi saya la behavior reader tu penting.. kalau masuk scroll2 pastu blah gitu je.. susah jugak kan
 
Joined
May 3, 2008
Messages
702
Likes
3
Points
18
Offline
#18
good artikel bro... tapi kalau artikel tu terlampau short nak ke orang baca?...
bagi saya la behavior reader tu penting.. kalau masuk scroll2 pastu blah gitu je.. susah jugak kan
Salam Kaizoku..Mengenai soalan saudara, ia terpulang pada
topik yang dibincangkan. Seboleh-bolehnya pastikan ia
tida kurang daripada 300 patah perkataan. :)
 
Joined
Jul 30, 2010
Messages
2,202
Likes
0
Points
0
Offline
#19
Penulisan artikel merupakan salah satu senjata
pemasaran yang diakui keberkesanannya
. Ini disebabkan
gaya penulisan yang berjaya menarik perhatian pembaca
mampu untuk mengarah mereka untuk melakukan apa yang
disuruh.

Tetapi, proses untuk mencapai gaya penulisan yang
diterangkan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Ia
memerlukan bakat dan pengalaman yang ada dalam diri
seseorang penulis. Berita baiknya, gaya penulisan ini boleh
diasah walaupun anda tiada bakat yang dikatakan “semula
jadi”.

Artikel kali ini ini akan mendidik para pembaca untuk menulis
artikel yang meyakinkan para pembaca. Bukan sahaja
meyakinkan, malah ia akan membuatkan para pembaca
artikel anda terpegun seterusnya meningkatkan kepercayaan kepada anda.

Tetapkan matlamat anda dalam penulisan

Apabila hendak memulakan sesuatu, maka penetapan
matlamat adalah sesuatu yang kritikal. Begitu juga dalam
penulisan, anda memerlukan matlamat supaya anda terus
“stick” pada maklumat yang ingin disampaikan
kepada para
pembaca.

Penetapan matlamat diakui dapat membantu penulis untuk
memberikan yang terbaik dalam topik yang ingin
disampaikan
. Untuk pengetahuan anda, fokus adalah
segala-galanya dalam penulisan kerana para pembaca
boleh menilai sejauh mana kebenaran artikel anda.

Kesimpulannya, penetapan matlamat dapat membantu
penulis untuk meletakkan fokus penyampaian sesuatu
maklumat berdasarkan topik yang dibincangkan.

Kajian secara terperinci berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengalaman

Setiap artikel yang ditulis harus diterangkan kesahihan dan
kebenarannya. Disini anda memerlukan ilmu pengetahuan
dan pengalaman untuk mendidik pembaca anda
. Jangan
cuba untuk menipu mereka dengan melampirkan maklumat
palsu, kerana lambat laun mereka akan ketahui
kebenarannya dan anda akan ditimpa masalah besar.

Kajian boleh dilakukan oleh bapa segala search engine iaitu Google. Begitu juga dengan membaca artikel-artikel yang
lain di EzineArticles.com, Article99.com dan pelbagai lagi
laman direktori artikel.

Elakkan daripada sifat malas untuk melakukan kajian. Kerana penulisan artikel yang tidak memberikan maklumat yang
berguna para pembaca dapat membuatkan mereka untuk
cop anda sebagai “penulis yang tidak berkualiti”.

Menulis dengan niat ingin mendidik para pembaca

Penulisan artikel akan menjadi lebih efektif jika disertakan
dengan niat yang betul. Perkara ini perlu dipandang serius
oleh para penulis yang ingin mendapat perhatian daripada
pembaca mereka. Ia juga penting untuk membina kredibiliti
anda sebagai penulis yang dihormati.

Untuk berbuat demikian, maka niatkan dalam diri anda untuk
mendidik para pembaca
sebelum menulis artikel. Maka secara
tidak sedar anda telah mengaktifkan minda separa sedar
anda untuk menulis berdasarkan kaedah informative writing,
iaitu kaedah mendidik dengan gaya penulisan.

Pengolahan penulisan yang sempurna (Penggunaan poin)

Walaupun ada istilah “Nothing is perfect”, namun saya lebih
percaya jika kita mengamalkan prinsip, “I’ll go for
perfection”. Dimana konsep yang diguna pakai ini dapat
membantu anda untuk menghasilkan artikel yang berkualiti.

Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan daya tarikan
dalam penulisan anda. Salah satu daripada caranya ialah
menggunakan poin / bullet / numbering. Bayangkan jika gaya
penulisan anda menarik dan ditambah dengan kemudahan
untuk para pembaca membaca artikel anda, sudah tentu ia
akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai seorang penulis.

Jadi, pastikan anda kerap menggunakan poin ketika menulis artikel agar para pembaca anda boleh mengenalpasti apakah maklumat yang anda ingin tekankan dalam topik yang dibincangkan.

Kesimpulan

Latihan yang berterusan dapat membantu anda untuk
meningkatkan kualiti penulisan anda. Bagi mereka yang baru
sahaja menulis artikel buat kali pertama, anda dinasihatkan
jangan mengaku kalah. Perjuangan anda baru sahaja
bermula dan anda akan banyak menerima pendedahan dan
pengalaman yang menarik.

Dengan ini, saya harap para pembaca AqifStrategi.com dan
manfaatkan artikel ini dengan mengaplikasikan tindakan.
Penulisan artikel juga mampu untuk mengubah persepsi
mereka untuk menyertai perniagaan GDI anda. Ingin tahu
bagaimana? Langgani RSS blog AqifStrategi.com. :)

Biodata Penulis:

Muhammad Aqif bin Azizan merupakan seorang penulis
bebas sepenuh masa dan menjalankan perniagaan internet
melalui MakroInformasi 2.0. Anda disarankan untuk memiliki
pakej MakroInformasi 2.0 pada bulan ini kerana ia
memampatkan 4 Modul Video Penulisan Artikel dimana
anda boleh gunakan untuk meningkatkan hasil jualan produk
dan perkhidmatan anda. Dapatkan segera di http://www.makroinformasi.com.
terima kasih atas pengkongsian ilmu ini bro...,
 
Top