Bagaimana Menjual Produk Digital Secara Offline. Lumayan?

Joined
Jul 30, 2011
Messages
657
Likes
0
Points
16
Offline
#1
Salam sejahtera buat sahabat WC sekalian..

ada satu idea yang sy terfikir untuk dikongsikan, dan kalau boleh harap
ianya boleh menjadi kenyataanlah..

kalau ada sebarang pendapat dpd anda, amatlah dialu-alukan berikan
pendapat dibawah ye.. kalau dirasakan idea ni kurang praktikal maka
bolehlah dilupakan..

ok begini..setiap kali bila pergi ke pasar malam, saya selalu perhatikan
gerai yang paling ramai mendapat sambutan walaupun tiada belian,
ialah gerai yang menjual CD & VCD cetak rompak.. rasanya korang pun tau,
mmg boleh buat duit 'besar' dgn jual cd cetak rompak ni..
walaupun tak perlu menjerit2, orang akan datang dgn sendiri ke gerai cd ni..

tapi jgn salah faham.. hari ni bukan saya nak cerita bagaimana nak jd usahawan cd cetak rompak k.. haha

ok, get back to the point..

saya merasakan, ni adalah satu peluang yang tersembunyi yang perlu kita 'tiru'.

dengan menggunakan konsep yg sama, kita juga boleh jual produk digital menggunakan
kaedah ni..


Caranya mudah sahaja. Kita burn apa sahaja software,
ebook PLR mahupun ebook ciptaan sendiri atau tutorial yg kita sedia ada ke dalam bentuk CD,
then boleh buat jualan di pasar-pasar pagi, pasar malam
mahupun pasaraya seperti Tesco dsbnya..


Boleh gunakan pendekatan ayat ni semasa nak approach orang yang lalu lalang

"Nak Belajar Buat Duit Dengan Internet Tak Bang/kak?"
"Nak Belajar Buat RM 100 setiap hari dengan internet tak bang/kak?"

bukan apa, cara ni mungkin blh bg beberapa faedah kpd kita sendiri..

1- Dpt meningkatkan pendapatan anda sendiri. Kalau satu CD, untungnya RM 10.. kalau anda dapat 10 pelanggan
pada hari tu, boleh kira sendiri bukan?
2- Dapat melahirkan keinginan untuk mula berniaga di internet bg prospek yang tak pernah langsung
tau apa-apa pasal potensi perniagaan internet ni
3- Boleh memberi kesedaran kpd mereka yg takda internet dirumah lagi, serta merta 'terpanggil' untuk memasang internet di rumah masing-masing.
4-Boleh melahirkan lebih ramai lagi usahawan IM..
5- Secara automatiknya, membina lagi kredibiliti anda sebagai usahawan IM terkenal di kawasan setempat anda..
6- Boleh dijadikan strategi utk membina list emel
7- Tentang persaingan... mm, nampaknya memang tiada pesaing! Anda seorang sahaja. Kemungkinan anda bakal dianggap
PAKAR adalah 100% di kawasan anda.
8- Dapat menambahkan lagi jumlah LIKE fanpage anda..
9- Boleh adakan seminar perniagaan internet di kawasan anda..PAKAR lah katakan..
10- Dapat membina network yg lebih besar lagi..
11- Kalau anda mmg mahir dalam membuat website, blh adakan servis membuat laman web ditempat anda..

Untuk menjadikan ianya berjalan dgn baik, saya cadangkan letakkan laptop yg disambung dgn internet..tunjukkan mereka fanpage fb anda, twitter, forum WC dan sebagainya..ini akan meningkatkan lagi kepercayaan prospek anda.

untuk menjadikan ianya lebih praktikal lagi, anda boleh buat JV dgn salespeople yang jual broadband... duduk sebelah menyebelah dgn booth mereka. tujuannya, Kalau prospek anda berminat beli cd anda utk belajar buat duit dgn internet, tp masalah dia pulak, tak ada internet dirumah, maka anda cadangkan beliau guna broadband disebelah gerai anda . so salespeople td akan mula mainkan peranan mereka..haha

so kalau ada org sign-up broadband dia, minta dia tlg promote skali produk anda.. kan win-win situation tu..

so ni sahaja idea 20sen dr saya..kalau dirasakan ada pendapat yg lebih baik, harap dpt berikan komen dibawah ye...
 
Joined
Jul 14, 2011
Messages
396
Likes
0
Points
16
Offline
#6
terbaik..sebelum ni ada juga terfikir nak buat perkara yang sama tapi kurang berkeyakinan..
mungkin bila TT dah dpat result nnti keyakinan tu dtang balik..hehe :D
 
Joined
Jul 30, 2011
Messages
657
Likes
0
Points
16
Offline
#7
terbaik..sebelum ni ada juga terfikir nak buat perkara yang sama tapi kurang berkeyakinan..
mungkin bila TT dah dpat result nnti keyakinan tu dtang balik..hehe :D
tq tuan Rani.. mmg, kadang2 kita rs kurang berkeyakinan sbb kita sendiri yg hasilkan kekurangan keyakinan tu.. so cara utk mengatasinya, just do it..mcm biasa, belum try belum tau kan..

so skrg ni sy dah plan produk apa yang nak diburn dlm cd.. maybe, kalau takde aral melintang..next week akan live sales dkt pasar malam.. insyaAllah..
 
Joined
Apr 2, 2012
Messages
604
Likes
2
Points
18
Age
37
Offline
#8
selain dari pasar malam,mungkin boleh letak flyers kat tempat tumpuan orang ramai.
dapat order,TT postkan saja.Lebih luas capaian dia saya rasa.
memandangkan TT buat dalam bentuk cd/dvd,mungkin TT boleh buat dalam bentuk panduan video.

Saya rasa,lebih sesuai kalau panduan tu TT fokuskan pada mereka yg baru nak kenal potensi internet marketing ni.
untuk yg teknikal seperti seo ke,backlink ke,wordpress ke,TT boleh follow up dengan panduan seterusnya.

2 cent dari saya :)
 
Joined
Jul 30, 2011
Messages
657
Likes
0
Points
16
Offline
#9
selain dari pasar malam,mungkin boleh letak flyers kat tempat tumpuan orang ramai.
dapat order,TT postkan saja.Lebih luas capaian dia saya rasa.
memandangkan TT buat dalam bentuk cd/dvd,mungkin TT boleh buat dalam bentuk panduan video.

Saya rasa,lebih sesuai kalau panduan tu TT fokuskan pada mereka yg baru nak kenal potensi internet marketing ni.
untuk yg teknikal seperti seo ke,backlink ke,wordpress ke,TT boleh follow up dengan panduan seterusnya.

2 cent dari saya :)
saya tertarik dgn idea khaie ni.. tak terfikir plk guna teknik flyers, sedangkan ni lah antara teknik hebahan yang berkesan jgk..
ok, akan cuba teknik yg dicadangkan ni.. thanks ye..
 
Top