Bagaimana Mencipta Produk Dan Perkhidmatan Tanpa Anda Sendiri Sedari? Oleh Amir Azros

Cikgu Cinta

Newbie
Joined
Aug 17, 2011
Messages
455
Points
0
Seringkali saya lihat individu yang baru dalam Perniagaan Internet menyatakan salah satu masalah mereka adalah ‘Tiada Produk / Perkhidmatan’. Dan secara tidak langsung, mereka tidak dapat menjana pendapatan kerana tiada apa mahu ditawarkan kepada pelanggan mereka.

Oleh itu, diharapkan perkongsian dari saya kali ini sedikit sebanyak membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

1. Cipta Produk Melalui Taraf Pendidikan

Anda mempunyai taraf pendidikan yang mampu membantu dan menyelesaikan masalah orang lain. Sebagai contoh, anda mempunyai Diploma dalam Pereka Grafik. Mengapa anda tidak menjadikan ia sebagai salah satu punca rezeki anda? Anda boleh buat ebook, boleh menawarkan perkhidmatan dan sebagainya.

Contoh lain pula saya beri, mungkin anda mempunyai Ijazah dalam bidang kewangan. Apa kata, anda jadikan aset tersebut sebagai sumber pendapatan anda. Mungkin anda menjadi juru runding kewangan, seminar dalam kewangan atau mungkin anda boleh kongsikan ilmu tersebut dalam bentuk penulisan.

2. Berdasarkan Pengalaman

Mungkin di antara kita, ada yang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi. Namun ianya bukan penghalang untu mencipta produk.

Apa kata, anda fikirkan pengalaman-pengalaman yang berharga dalam kehidupan anda. Dan pengalaman-pengalaman yang anda perolehi selama ini sebenarnya ada kebaikannya.

Sebagai contoh, anda mempunyai pengalaman bekerja sebagai juru jual. Dan anda sudah ‘masak’ dengan pelbagai masalah dan anda juga tahu cara menyelesaikan masalah tersebut. Jadi, mengapa tidak kongsikan dengan orang lain pengalaman tersebut? Terpulang kepada anda, samada anda ingin dicas atau sekadar percuma.

3. Berdasaran Pendidikan Orang Lain

Anda mempunyai keluarga, rakan-rakan atau teman yang mempunyai pendidikan dalam bidang yang anda ingin ceburi? Apa kata anda guna teknik ini. Ambillah peluang ini dengan membuat kajian dan temubual dengan mereka.

Sebagai contoh, anda ingin menjadi seorang pakar dalam bidang motivasi. Apa kata anda membuat sedikit temu bual dengan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Secara tidak langsung anda sedang mencipta produk anda walaupun bukan kepakaran anda.

4. Berdasarkan Pengalaman Orang Lain

Anda mungkin seorang pelajar. Tidak pernah bekerja sebelum ini. Dan sekali saya ingin nyatakan ianya bukan penghalang untuk anda mencipta produk anda sendiri.

Carilah individu yang mempunyai pengalaman yang hebat, dan jadikan ia sebagai produk dan jenama anda sendiri. Secara tidak langsung, anda sedang mencipta nama anda walaupun ianya bukan pengalaman anda.

5. Berdasarkan Hasil Pemerhatian dan Kajian

Dalam peringkat ini, ianya memerlukan masa dan usaha untuk anda mencipta produk anda. Anda cuba perhatikan di sekeliling anda. Anda lihat ada masalah, dan anda cuba mencari penyelesaian kepada masalah tersebut dengan kajian anda. Nah… Produk anda tercipta.

Sebagai contoh, rumah jiran anda baru sahaja dimasuki oleh pencuri. Dan anda membuat sedikit kajian bagaimana ingin selesaikan masalah tersebut. Dan anda terjumpa satu alat pengera keselamatan dan anda boleh jual kepadanya. Nah… Anda menjadi Pakar Pengera Keselamatan!

Akhir kata, jangan sekat mentaliti anda. Anda sebenarnya mempunyai ‘produk’ yang sangat diperlukan.


Ikhlas,
Amir Azros
Pendidik | Usahawan Internet | Penulis
 

solehpolysas

Senior
Joined
Nov 19, 2008
Messages
4,732
Points
38
Ya, betul tu..
Inilah yang sebenarnya...
 
Top