Dalam Negara Azwan Ali disanjung netizen tiada masalah ketika penamaan calon

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1


Calon Bebas, Azwan Ali ketika proses penamaan calon N19 Bukit Antarabangsa di Dewan Dato' Ahmad Razali, hari ini. - UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA

KUALA LUMPUR 28 April - Jika sebelum ini, pengumuman Azwan Ali untuk bertanding tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dikecam ramai netizen tetapi hari ini bertukar sebaliknya apabila pengacara itu disanjung di media sosial kerana tidak mempunyai masalah memenuhi syarat pencalonan.

Be like Azwan Ali.

1) Tiba awal di pusat penamaan calon.
2) IC bawak.
3) Dah sediakan pas SPR siap siap and terus tergantung di leher.
4) Lulus untuk bertanding.

— fuzzyface elliecat (@ellfmrzsmn) April 28, 2018


Kekaguman kepada Azwan itu timbul berikutan proses penamaan calon PRU-14 hari ini diwarnai dengan kisah enam calon PKR gagal bertanding akibat kecuaian sendiri antaranya terlupa bawa kad pengenalan, tidak memakai pas calon dan salah alamat.

Ini berbeza dengan pengacara yang terkenal dengan gelaran diva AA itu apabila beliau berjaya menghantar borang pencalonan tanpa sebarang masalah di sebalik drama yang dicetuskan gabungan pembangkang PKR.

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Ellfmrzsmn ‘memuji’ sikap Azwan yang tiba awal di lokasi penamaan calon, membawa kad pengenalan dan menyediakan pas calon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali gus berjaya lulus proses penamaan calon tanpa sebarang masalah.

Pengguna Twitter yang menggunakan nama Mumuedstar pula beranggapan pada mulanya dia menyangka Azwan ialah calon paling teruk dalam PRU-14 sehinggalah menyedari Azwan tidak lupa membawa kad pengenalan, merujuk kepada calon PKR Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr. Dr. Tan Yee Kew.

Azwan yang terkenal dengan ungkapan ‘Amboi, amboi, amboi’ itu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa melibatkan saingan lima penjuru termasuk menentang Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pengumuman Azwan untuk bertanding menentang Azmin sebelum ini membuatkan beliau menjadi sasaran kecaman netizen PKR namun pengacara berkelulusan undang-undang itu tetap mempertahankan keputusannya dan memilih menggunakan simbol gajah. - Utusan
 
Top