Autosurf... berapa pelaburan & berapa income?

Status
Not open for further replies.
Joined
Jan 25, 2006
Messages
21
Likes
0
Points
1
Offline
#21
shuth said:
mboi... sedap bahasa ko... Iya lah.. aku monyet..
ha! ha! ha!.... aku ada cakap ko monyet ke?.. takde rasanya.. aku cuma cakap "macam bercakap dengan monyet".. bukan cakap ko tu monyet.. baca betul2...

RANGKOM (Rangkaian Komputer) - bapak kepada JARING tu pun aku (salah sorang) yang terlibat merealisasikannya
so what?..

satu soklan, jika anda menanam beras.. adakah ini bermakna... anda juga pandai memasak segala resepi yang berkaitan dengan beras seperti.. nasi lemak, nasi beriyani, nasi ladna, nasi goreng pataya.. dan segala macam nasi.. hanya sebab dia yang menanam beras?

so?.. jika anda yg buat BAPAK JARING.. adakah anda tahu segala benda pasal internet?.. interniz biz, network structure, e -learning, e-commerce, internet marketing, web credibility dan segala2nya?


sebab kalau ko punya produk affiliate tue tak perlu bayar, bagaimana ko boleh bayar diorang
aku bayar orang berdasarkan jualan.. bukannya berdasarkan kemasukan ahli. so.. kalau ada orang beli produk tu.. barulah aku bayar komisyen. Konsep yang sama seperti menjadi agen jual kereta.
Haram ke orang yang jadi agen jual kereta?

Apa kata kalau orang yang beli tue rasa tertipu dengan produk ko... So apa jawapannya?
Bila kita menjual sesuatu barangan.. sudah pastinya ada orang yang akan berpuas hati dan tidak. Dn tahap kepuasan hati orang itu adalah sesuatu yang subjektif. Ia tidak boleh diukur dan ia bergantung pada individu terbabit. Sama je seperti orang jual nasi lemak, jual goreng pisang... jika anda beli nasi lemak then nasi lemak tu tak sedap.. mcm mana?... Haram ke?.. sedangkan orang lain semua kata sedap.. anda sorang je yang kata tak sedap.. ada kah kita boleh kata penjual nasi lemak tersebut menipu?..
Amboi... bestnyer jawapan.. Monyet ker Manusia ker... aku tak kira... Pada aku cara ko tulis tue kira dah hina aku aper.. Kalau ko sama kan aku dengan manusia lain takper la jugak.. ini ko samakan aku dengan binatang... Sedap bahasa ko tue..

Jangan pandang kecik terhadap ilmu aku.. sebab ilmu aku Allah yang beri. Cuba kalau kitorang dulu tak paksa Government buat RANGKOM, jangan mimpi korang nak pakai INTERNET dan buat bisnes internet.

Iyalah.. ko bayar bersandarkan jualan. Ajen jual kereta tak haram.. tapi kalau dia kata kereta dia jual tue bagus, takder potong, takder eksiden (sedangkan dia tahu produk tue tak bagus, potong, eksiden) ... macam mana hasilnya... Matlamat tidak menghalalkan cara bang ooooi... hehehe

Macam jugak nasi lemak. Harga sepatutnya yang dia boleh jual cuma RM1.00, dia dah untung RM0.30 setiap jualan. Tapi dek kerana nak untung cepat (Orang Melayu biasanya), dia jual RM1.50. tak ker ambil keuntungan melampaui batas.

Islam tak galakkan melampaui batas..
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#23
khyrole said:
Jangan pandang kecik terhadap ilmu aku.. sebab ilmu aku Allah yang beri. Cuba kalau kitorang dulu tak paksa Government buat RANGKOM, jangan mimpi korang nak pakai INTERNET dan buat bisnes internet.
Alahai.... kalo ko tak paksa.. ada orang lain yang boleh paksa.. malah,mungkin orang tu lebih ikhlas lagi. Takdelah nak mengugkit-ungkit mcm ko nie.


Macam jugak nasi lemak. Harga sepatutnya yang dia boleh jual cuma RM1.00, dia dah untung RM0.30 setiap jualan. Tapi dek kerana nak untung cepat (Orang Melayu biasanya), dia jual RM1.50. tak ker ambil keuntungan melampaui batas.
Waa... sejak bila plak nasi lemak jadi barang terkawal?.. Selagi sesuatu produk itu tidak diletakkan sebagai barangan terkawal.. peniaga bebas meletakan harga. Dan itu tidak menyalahi undang2 atau pun agama. Yang menjadi masalah dan pertikaian "peniaga ambil keuntungan melampau" ialah apabila sesuatu barangan itu termasuk di dalam harga barangan terkawal seperti minyak. Dimana harga telah ditetapkan.. tetapi peniaga meletakkan lebih lagi. Kalau yang itu barulah boleh dikatakan haram dan megambil keuntungan melampaui batas.

Tapi kalau nasi lemak, atau benda2 lain yang bukan barangan terkawal.. peniaga boleh letakkan harga mereka sendiri. Mana nak sama bang oi.. makcik yang jual nasi lemak RM1 tu buat nasi lemak pakai beras murah.. tapi makcik yang jual nasi lemak RM1.50 tu plak pakai beras jati/mahal. So harga pun kena sama ke?

Gunalah skit akal itu.. ALlah dah bagi nikmat akal itu untuk digunakan.. bukan letak kat punggung..[/quote]
 
Joined
Dec 8, 2005
Messages
3,780
Likes
42
Points
48
Offline
#26
khyrole said:
YANG HARAM ITU JELAS, YANG HALAL ITU JELAS.
Sedara khyrole, kalau betul tu HARAM, meh bawak dalil ayat al-Qur'an dan hadits serta pendapat ulama' kat sini... Jangan main letak jer.. Ulama' nak letak hukum pun mengkaji, ni hang orang biasa..

Satu lagi, kalau hang ni betul2 banyak ilmu, tipu-lah.. Islam ada ajar ke cara cakap macam hang yang kasar2 ni.. Tak diajar Islam langsung cara cakap mcm tu..

Kita kat sini nak bincang secara baik, berfakta.. Then, bila dah jumpa fakta & dalil yg jelas, baru kita boleh cakap..

Ni tak, main letak je fatwa HARAM.. Ulama' pun takder macam tu.. Ni hang?

Sorry ler kasar dengan hang, nanti nampaknya hang ni nak salahkan semua orang jerr.. Hang je yg betul.. Apa dah..!
 

toy

freshman
Joined
Feb 8, 2006
Messages
5
Likes
0
Points
1
Offline
#27
peh .. panas panas ... satu perbincangan yang hangat ..

cuma apa2 pun kit kena rasional tentang halal haram nih ... bak kata sorang ustadz .. sekiranya sesuatu perkara itu kabur terutama tentang halal haramnya eloklah ditanggalkan apatah lagi sekiranya benda tersebut tidak memudaratkan kita apabila kita meninggalkannya...

tentang program autosurf ni memang ramai yang ajak saya masuk tapi bila saya kaji semula dari sudut business atau dari mana syarikat yang menganjurkan program ini mendapat keuntungan saya tidak mendapat jawapannya...

melalui lama webnya pun saya tak jumpa apa sebenarnya main businessnya ... juga iklan2 yang dipaparkan seolah2 takada value langsung ... tak macam google adsense ...

jadi kesimpulan peribadi saya ialah samada syarikat ini conmen atau buat business money loundry ....

-only my 2cent
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
6
Likes
0
Points
1
Offline
#28
hehehe...

rasa nak gelak pun ada ....baca posting u all nih....

usah la gadoh-2....

sehebat mana pun u..... u akan jadi tanah juga ......

:D
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#30
Ok la.. saya lock topic nie... perbincangann nie dah lama dah..
skang nie industri autosurf pun sedang menjunam ke bawah...
saya dah cakap dah... model bisnes autosurf nie berdasarkan skim ponzi,tak kukuh.. bila2 masa boleh runtuh... US goverment pun dah mula nak ambil tindakan pada industri autosurf nie... 12 dailypro.. setelah disiasat.. 90% wang yang dibayar kepada ahli nya adalah meruapakan wang dari ahli baru... terbukti ia adalah skim ponzi.

so... harap jadi pengajaran kepada semua.
seperti yang pernah saya nyatakan.. "Sesungguhnya.. membina perniagaan internet itu adalah lebih baik dari menyertai program wang internet"

wassalam.
 
Status
Not open for further replies.
Top