Aura penyerang belgium tepati falsafah rodgers

Joined
Jun 6, 2015
Messages
1,030
Likes
5
Points
38
Offline
#1



London: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers menyifatkan Christian Benteke mencetuskan dimensi berbeza terhadap skuad Reds sambil memuji aksi persembahan dipamerkannya menentang Bournemouth, awal pagi tadi.

Penyerang antarabangsa Belgium itu meledak jaringan pada penampilan sulung di tempat sendiri untuk membantu Liverpool mencipta kemenangan kedua berturut-turut dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Liverpool mengatasi skuad kendalian Eddie Howe 1-0 selepas pemain berusia 24 tahun dibeli daripada Aston Villa dengan nilai 32.5 juta pound (RM208.2 juta) menyambut hantaran pemain tengah, Jordan Henderson untuk meledak penyudah jarak dekat pada babak pertama.

“Saya berpendapat dia seorang pemain yang mahir dan mempamerkannya melalui reaksi pantas dalam permainan,” kata Rodgers.

“Cara permainan bola ditunjukkan begitu menyerlah. Dia mempunyai penyudah sesuai dengan susuk fizikal besar seperti dibuktikannya dalam perlawanan itu.

“Dia memberi dimensi berbeza terhadap permainan ketika skuad mengekalkan falsafah bola perlu terus bergerak lancar,” kata pengurus dari Ireland Utara itu.

Benteke terharu beraksi pada penampilan pertama di tempat sendiri meledak jaringan sulung memastikan kemenangan kedua selepas kejayaan menewaskan Stoke City 1-0, minggu lalu.

“Ia penting tampil di Anfield menjaringkan gol dan membantu pasukan,” katanya.

Liverpool akan bertandang ke stadium Emirates menentang Arsenal Isnin depan. – Reuters

Sumber: Harian Metro
 
Top