Arah Yang Tak Tentu Arah

mumtahanah

Senior
Joined
Sep 12, 2008
Messages
678
Points
18
Arah Yang Tak Tentu Arah

Seorang lelaki yang sedang sesat jalan, berada di empat persimpangan.

“ Mana satu simpang yang harus saya pilih?” tanyanya kepada seorang yang kebetulan berada di situ.

“Kamu hendak ke mana? Ke mana destinasimu?”

“Saya tidak tahu…” jawab lelaki itu.

“Kalau begitu, apa dikisahkan simpang yang mana…Pilih saja mana-mana satu”


Moral:

Tidak ada angin yang memihak kepada kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju. Sebaliknya, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan dalam hidupnya.

Tanpa panduan wahyu, manusia akan sibuk mencari. Namun, mencari sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti, apakah mungkin ditemui?
 

mumtahanah

Senior
Joined
Sep 12, 2008
Messages
678
Points
18
Ego Si Katak

Seekor anak katak pulang ke pangkuan ayahnya dengan tercungap-cungap.

“ Ayah, saya baru pulang daripada bermain di sawah padi. Saya jumpa seekor binatang namanya kerbau…”

“ Ah, apa nak dihairankan?” kata bapa katak walaupun sebenarnya dia sendiri tidak pernah menlihat kerbau.

“ Kerbau sangat besar ayah…”

“ Ah, ada sebesar ini?” Tanya bapa katak sambil mengembungkan perutnya.

“ Tak ayah, lebih besar lagi…”

“Ada sebesar ini?” kata bapa katak membesarkan lagi perutnya.

Anak katak mengeleng-gelengkan kepalanya. Bapa katak bertambah geram dan marah.

“ Ada sebesar ini?”

Perutnya menjadi sangat besar hingga nafasnya tercungap-cungap.

Anak katak terus menidakkannya. Perut bapa katak dikembungkan lagi. Begitulah berlaku berulang-ulang kali hingga….

Popppp!

Perut bapa katak meletup. Bapa katak pun mati.

Anaknya kebingungan, mengapa ayahnya sanggup mati hanya kerana hendak menandingi ‘kebesaran’ seekor kerbau.


Moral:

Berlagak kaya menjadikan kita papa. Ada pihak yang begitu beria-ria mempromosi atau menunjuk-nunjuk kekayaannya, padahal ahli hikmah mengungkapkan, jika seseorang perlu memberitahu orang lain yang dia kaya, dia sebenarnya tidak kaya.

Perlukah Bill Gates misalnya, memberitahu dunia yang dia kaya?

Ironinya, ramai si kaya ‘jadi-jadian’ yang menanggung hutang secara diam-diam atau hidup menjadi penipu sepanjang zaman atau terpaksa mati sebagai seorang miskin pada akhir hayatnya.
 

mumtahanah

Senior
Joined
Sep 12, 2008
Messages
678
Points
18
Hati Tikus

Seekor tikus yang bersahabat dengan seorang ahli sihir hidup dalam ketakutan di sebuah rumah besar. Apa tidaknya, dia sentiasa dikejar oleh seekor kucing besar peliharaan tuan rumah. Tidak tahan dengan penderitaannya, si tikus menemui ahli sihir.

“ Tolong ubah diriku menjadi seekor kucing yang lebih besar daripada kucing di rumah ini. Aku sudah tidak tahan lagi”.

Ahli sihir itu pun menukar si tikus menjadi seekor kucing seperti yang dipintanya.

Setelah menjadi kucing besar, si tikus terus mengejar kucing yang mengejarnya dahulu. Kucing rumah lari lintang-pukang dibuatnya.

Si tikus berjalan penuh bangga. Rumah itu seolah-olah dikuasainya. Tidak lama kemudian si tikus yang berubah menjadi kucing itu pun keluar dari rumah. Dia ingin berjalan-jalan di halaman rumah hinggalah ke tepi jalan raya.

Sebaik tiba di tepi jalan, datang seekor anjing mengejarnya. Si tikus yang menjadi kucing itu terkejut dan kecut. Dia bertempiaran lari menyelamatkan diri.

“ Tolong, tolong aku wahai sahabatku tukang sihir. Ubahkan aku menjadi anjing garang yang lebih besar…”

Tanpa membuang masa, ahli sihir menggunakan kuasa sihirnya menukar si tikus dari seekor kucing menjadi seekor anjing yang besar.

Sebaik menjadi anjing besar, si tikus terus melompat keluar ke halaman rumah dan dikejarnya anjing yang mengejarnya dahulu.

Oleh kerana badannya lebih besar, anjing itu pun lari. Sekarang, si tikus yang menjelma menjadi anjing itu semakin bangga. Dia melompat, menyalak dan berlari-larian di tepi jalan hingga ke seberang jalan.

Rupa-rupanya di seberang jalan ada sekumpulan budak nakal. Melihat anjing menyalak dan melompat-lompat, mereka jadi marah. Dengan lastik yang ada di tangan, mereka melastik si anjing itu.

Batu-batu yang mengenai badan, kaki dan kepala si tikus itu sangat menyakitkan. Si tikus yang menjadi anjing besar itu lari menyelamatkan diri..dia kembali menemui si ahli sihir.

“Tolong, tolong..matilah aku kali ini…”

“ Aku dilastik budak-budak nakal. Tolong tukarkan aku menjadi…..”

“ Tak payah..” pintas ahli sihir

“Kenapa?” Tanya ahli sihir.

“ Aku boleh menukarkan kau menjadi apa jua yang kau minta. Tetapi semua itu tidak ada gunanya, selagi….”

“Selagi apa?”

“ Selagi hatimu tetap HATI TIKUS. Hati yang pengecut..”




Moral:

Perubahan hanya dapat dilakukan bila hati telah berubah.

Misalnya, ramai orang merasakan dirinya boleh menjadi seorang yang pemurah apabila telah kaya. Tetapi setelah kaya, pelbagai alasan diberikan untuk tidak membantu orang lain.

Hakikatnya, orang kaya sekalipun kalau hatinya masih bakhil dia tidak akan membantu orang lain. Sifat pemurah bukan ditentukan oleh banyak atau sedikitnya harta, tetapi oleh hati yang pemurah.



**Cerita motivasi pendek di atas saya petik dari Majalah Solusi Edisi Ke-3 by Telaga Biru. Antara majalah terbaik untuk Fardhu Ain dan Motivasi. Saya sarankan kawan2 jadikan majalah nie majalah Wajib setiap bulan. Sekarang nie Telaga Biru siap ulang cetak back dated issues kerana mendapat permintaan yang menggalakkan. Boleh dapatkan by online kalau bminat.
 

Kak Nor

freshman
Joined
Aug 14, 2010
Messages
16
Points
0
Jika mempunyai imam yang kukuh, ilmu penuh didada pilih simpang yang mana sekalipun Allah tetap bersama kita.
 
Top