Apple Ipad atau Samsung Galaxy Tab??

Booz

Newbie
Offline
#1
Salam,

Sebelum anda sedang mengumpul duit untuk membeli Ipad, mungkin anda harus bertimbang lagi apabila anda produk tablet Samsung terbaru yang diberikan nama GalaxyTab yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.



Samsung telah melancarkan produk ini pada 2 Sept 2010, Kalau dibandingkan dengan Ipad, mungkin Ipad akan akur apabila dilengkapi dengan feature yang tidak terdapat pada Ipad, misalnya full web browsing termasuk support flash player dan RSS yang tidak terdapat pada Ipad, camera 3.0MP, A-GPS yang dikuasai oleh Android 2.2. Apa yang anda tidak sangka GalaxyTab bukan sahaja sebuat tablet tetapi juga sebuah handphone, anda boleh bercakap seperti handphone, membuat 3g video conference dan banyak lagi.



Jika anda bukan peminat sedia Apple, mungkin GalaxyTab akan dijadikan pilihan utama anda :) Kita nantikan dia dipasaran tidak lama lagi~~~:D
 
Last edited:
Offline
#6
saya pilih iPad, sebab saya amat percaya dengan produk-produk
keluaran Apple Inc - simple, powerful, beautiful.

Pada hari pelancaran iPad, Steve Jobs menunjukkan
demo sebenar menggunakan iPad, di atas pentas beliau sendiri
duduk di atas kerusi sofa berwarna hitam dan mula bermain-main dengan iPad.

Buat masa ni Samsung Galaxy Tab belum ada harga 'official' di
dalam pasaran Malaysia walaupun heavy marketing dilakukan oleh Samsung
di YouTube dan beberapa iklan Adwords.

Pada pendapat saya, Samsung Galaxy Tab tidak akan dapat menandingi iPad
sebab tablet laptop paling diminati ramai, lagipun iPad menjadi yang pertama
seumpamanya di dalam pasaran tablet laptop. Mana-mana tablet yang
berharga lebih tinggi daripada iPad nampak susah nak survive.

sorry friends, baru sekarang muncul, selama ni giat di belakang tabir.
 
Offline
#7
csl M700..hahaha..OS sama ngan samsung tab

secara fizikal lain la sket..

sekarang ni google beri percuma je OS android kepada mana² manufacturer smartphone/smarttab/netbook yang takde OS sendiri..
 
Offline
#8
komen steve job terhadap samsung galaxy dan blackberry playbok..

Not only did Jobs shatter any hopes for a 7-inch iPad sometime in the future, he also stated that there was no need for a pocket size tablet when you already had smartphones:

"This size is useless unless you include sandpaper so users can sand their fingers down to a quarter of their size."

He ended by saying that these upcoming tablets (Samsung Galaxy Tab and BlackBerry Playbook) were "DOA."
 
Offline
#12
tadi tengok paper..Samsung Galaxy Tab tu pricenya dalam RM2900++

tapi rasanya kalau Apple iPad ni harganya lagi murah dari tu kan? :D
 
Offline
#13
Dengan harga sama seperti iPad.
Anda boleh dapat...

Saiz screen sama.
i5 cpu.
4Gb ram.
Windows 7
Up to 640Gb hdd
dengan iTablet.

Oh, jangan lupa, jika ada ada juga iDroid yg menggunakan Android dan lebih murah.

iPad
cuma ada 64Gb.
Dari segi value, memang iPad is big lose.
Tapi kalau nak dibandingkan saudaranya, Iphone 4 is a big winner.

Cuma jangan terlalu ikutkan sangat Apple fanboyism anda apabila membeli gadget... Haha
 
Offline
#14
Salam,

I think there are a number of tablet gadget nowadays, bukan setakat iPad dgn Samsung Galaxy je.
You can even get CSL atau Techpad for much lower price and the same or more or less the same technology.

For those yang berkemampuan, they can get whatever they want.
For those yang kurang berkemampuan, beli lah mengikut keperluan dan kemampuan. :)

TQ