Teknologi Aplikasi YouTube Kini Ditawarkan Untuk Nintendo Switch

Deli

Active
Joined
Jun 6, 2015
Messages
18,302
Likes
27
Points
48
Offline
#1
Nintendo Switch merupakan salah satu konsol hibrid yang telah diperkenalkan oleh Nintendo sebelum ini, memudahkan pengguna untuk menikmati permainan video secara mudah-alih, atau dengan menghubungkan ia kepada kaca televisyen. Sejak pengenalan, ia telah menerima pelbagai permainan menarik, dan kini, Google turut telah menerbitkan aplikasi YouTube untuk konsol berkenaan.

Pengguna Nintendo Switch kini boleh memuat-turun aplikasi YouTube daripada Nintendo eShop – dan seterusnya menikmati pelbagai kandungan video daripada perkhidmatan video terkemuka berkenaan terus pada skrin konsol anda.

Pengguna Switch juga turut boleh menggunakan JoyCon sebelah kiri untuk mengawal kandungan video 360-darjah. Ciri lain seperti log masuk ke akaun Google dan sebagainya disokong pada aplikasi YouTube untuk Switch ini.

Sekiranya anda menggunakan konsol Switch, anda boleh memuat-turun dan mencuba aplikasi YouTube ini hari ini, dan menikmati pelbagai video dengan mudah pada konsol berkenaan.

Muat-Turun YouTube untuk Switch

Sumber: Amanz
 
Top