Apakah keselamatan makanan?

Joined
Sep 16, 2021
Messages
32
Points
6
Age
33

Keselamatan makanan merujuk kepada rutin dalam penyediaan, pengendalian dan penyimpanan makanan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh makanan. Produk makanan boleh terdedah kepada bahaya dalam perjalanan mereka melalui rantaian bekalan makanan (food supply chain). Sebab demikian, amalan dan prosedur pengendalian makanan yang selamat perlu dilaksanakan pada setiap peringkat supaya keselamatan makanan dapat dijaga.


Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009. PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan. Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya.

Untuk maklumat yang lanjut, sila klik link ini

https://www.pearl-certification.com/apakah-keselamatan-makanan/
 
Top