Apa nak jadi dgn Harimau Muda? Jadi pak lawak pulak?

lutfee

Senior
Joined
Sep 30, 2007
Messages
2,578
Points
38
Raja Lawak di Slovakia


UNGKAPAN ‘Tipah Tertipu Lagi’ sesuai ditujukan kepada skuad Harimau Muda A. Sama ada disedari atau tidak jurulatih atau pemain skuad bawah 21 tahun itu sebenarnya ‘dikenakan’ majikan sendiri iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan misi ke Slovakia.

Saingan kompetitif Liga Satu Slovakia yang dibangga-banggakan FAM serta peminat bola sepak tempatan sebenarnya palsu semata-mata.
Sebaliknya dua perlawanan diharungi Harimau Muda A setakat ini termasuk baki 12 perlawanan lagi bukannya perlawanan liga tetapi sekadar perlawanan persahabatan. Perkara ini terbongkar apabila Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak mengesahkan bahawa perlawanan antara kelabnya dengan Harimau Muda A Sabtu lalu adalah perlawanan persahabatan yang tidak memberi sebarang mata dalam liga sekali gus bercanggah dengan apa yang dijelaskan FAM kepada pihak media tempatan sebelum ini.


“Perlawanan Malaysia U21 (Harimau Muda A) dengan MFK Ruzomberok B hanyalah perlawanan persahabatan jadi MFK Ruzomberok B tidak mendapat mata dari perlawanan itu,” jelasnya ringkas menerusi kiriman e-mel semalam.


Kenyataan ini dilihat tidak boleh disangkal memandangkan nama Harimau Muda A yang beraksi menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova bagi menghabiskan baki 14 perlawanan kelab itu yang menarik diri, masih tiada dalam senarai kedudukan terkini liga di laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Slovak (SFZ) serta dalam laman web pasukan lain yang bertanding.


Ini membuktikan pemergian Harimau Muda A sebenarnya bukan atas tiket menyertai liga itu tetapi sekadar mengisi kekosongan masa pasukan yang tidak beraksi kerana penarikan diri ZP Sport Podbrezova. Sedangkan apa yang dikhabarkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini bahawa lawan pasukan negara akan mendapat mata pada setiap perlawanan ‘kompetitif’ di kaca mata badan induk bola sepak tanah air itu.


Malah lebih mengejutkan, FAM tidak keberatan melabur sejumlah wang yang besar apabila membayar semua perbelanjaan kelab Slovakia bagi setiap perlawanan persahabatan itu.

Sedangkan Azzuddin sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa FAM bukan ***** menanggung perbelanjaan pasukan yang akan bertemu dengan Harimau Muda A sepanjang lebih tiga bulan berada di sana.


“Maklumat yang saya terima, Malaysia (FAM) membayar perbelanjaan kelab-kelab Slovakia yang terbabit dalam perlawanan persahabatan itu. Saya tidak mendapat maklumat terperinci mengenai jumlah bayaran yang dikenakan kerana perjanjian itu diuruskan Kesatuan Kelab-Kelab Liga Slovakia (ULK),” katanya.


Harimau Muda A berpangkalan di Vion, Slovakia, sejak 21 Februari lalu dan mengharungi perlawanan ‘liga’ pertama dengan Sala yang berkesudahan memihak kepada pasukan lawan 4-1 dan kemudian tumpas 2-0 di tangan MFK Ruzomberok B Sabtu lalu.


Skuad itu yang menjuarai Liga Perdana musim lalu dihantar ke Slovakia selepas mereka diibaratkan oleh Azraai seperti merempat di bumi sendiri kerana tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Super musim ini.


sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RajaLawakdiSlovakia/Article

Apa pandangan korang?
 

Safaza

freshman
Joined
Feb 1, 2009
Messages
323
Points
16
eh... xtau plak sy pasal ni :D ... ingatkn xde krysis...hurmm
 

moonwalker

freshman
Joined
May 11, 2009
Messages
433
Points
16
banyak duit dihabiskan,pandangan aku..selagi depa lawan di Slovakia selagi itulah mereka di bawah tekanan,tambahan pula 2game kalah..aku kesal sikit,sebab harimau muda yang depa form ni masih tak mencapai objektifnya,bila menang liga perdana,sepatutnya dah boleh masuk liga super,tapi apa yg terjadi sebaliknya..
 
Last edited:

lutfee

Senior
Joined
Sep 30, 2007
Messages
2,578
Points
38
banyak duit dihabiskan,pandangan aku..selagi depa lawan di Slovakia selagi itulah mereka di bawah tekanan,tambahan pula 2game kalah..aku kesal sikit,sebab harimau muda yang depa form ni masih tak mencapai objektifnya,bila menang liga perdana,sepatutnya dah boleh masuk liga super,tapi apa yg terjadi sebaliknya..
sbb nk cover diaorg kena reject tula anto melancong mkn angin ke slovakia...:D
 

DilaWriter

Guest
Joined
Aug 20, 2009
Messages
992
Points
0
kesian kat coach dia.. letak jwtn kat kedah (team pertama yg berjaya buat treble kat Malaysia) sebab dijanjikan dengan tempat di Liga Super. last2 ape jd? pegi slovakia pun kena ayam dgn FA sana. haih.. FAM ni mmg tak pernah nak bela nasib pemain2 mereka. yg mereka tau.. publisiti, publisiti & publisiti.. akar umbi mmg hancus.. maaf kalau ade yg terasa.. just my two cents :)
 

mhud

freshman
Joined
Dec 16, 2009
Messages
78
Points
0
Age
33
Sy ada seorg kawan yg bermain sebagai penjaga gol untuk Harimau muda
di Slovakia sana..dari apa yg dia bgtau..mmg benar diorg hanya friendly
je.bukan menyertai tournament..Kesian plak bile dgr die bgtau mcm tu..ye la tgh2 semangat nak
berjuang n berjaya,last2 kene tipu je..ish3..tak patut tak patut..
damn la...
 

mhud

freshman
Joined
Dec 16, 2009
Messages
78
Points
0
Age
33
tapi yg saya pelik....dalam persahabatan pun...Harimau muda leh kalah juga....pasukan lawan yg tak main sungguh2 atau harimau muda yg main2....
tak blh nak kata..coz bukan kita yg bermainkan?
tp dr apa yg diperkatakan skrg..latihan bola sepak di Malaysia mmg tahap hampeh...hurm
 

DilaWriter

Guest
Joined
Aug 20, 2009
Messages
992
Points
0
kesian kat mereka yang tak berpeluang nak bermain di Liga Super. FAM masih tak di'bersih'kan dengan korupsi dan gejala kroni.. cara nak bersihkan kekotoran tu ialah dengan menghentikan politikus sukan dan run the association like a business entity. mcm yang sedang berlaku di BAM (bagi contoh kat negara sendiri je. toksah nak banding2 dgn kelab2 ternama Eropah).
 

kekuda

Senior
Joined
Dec 10, 2008
Messages
2,084
Points
38
bagi aku plak , biarkan aje Harimau Muda A bermain kat Slovakia tuh.. yg penting pengalaman , tapi biasanya , pengalaman yg berkualiti hadir dgn harga yg terlalu mahal.. so kalau kita nak tgk budak2 Harimau Muda A ni mempertahankan pingat emas Sukan SEA yg akan dtg, layak Sukan Olimpik 2012, Sukan Asia , so mmg patutla diorg berkelana kat sana.. lagipun , Slovakia adalah negara yg layak bermain dlm Piala Dunia , walaupun dgn harga yg mahal .. pengalaman tu penting.. hehehehe.. :D

kalau kita nak adakan perlawanan persahabatan dgn mana2 team U21 ( team negara).. byk negara yg cemerlang bola sepak takmo lawan dgn team Malaysia sebab ranking kita terlalu rendah !! .. so pada pandangan aku , kita amik positive nya lah.. biarkan mereka menimba ilmu disana..

nanti pada bulan May/June , kita tgk ramai2 pencapaian Harimau Muda A pada kejohanan jemputan Piala Obama .. dari kejohanan itu kita dah boleh menilai serba sedikit hasil perguruan mereka di Slovakia.. hehehe :D

Semoga berjaya Harimau Muda A !!!
 
Top