Apa nak jadi dengan Internet Marketers MELAYU?

Status
Not open for further replies.
Joined
Feb 2, 2006
Messages
144
Likes
0
Points
16
Offline
#21
Hmm ... tak tau lah nak kata camne ... diam2 buat bisnes sendiri sudahlah. Janji aku masyuk ... Kengkadang dengki2 ni sebab dia orang tak masyuk kot. Kalau derang betul masyuk, peduliklah business orang lain ...

Kang ada plak yang dengki aku ...
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#23
Saya nie dengki insyallah takderla kot... tapi kalau jeles tu ada la...

memang jeles dengan kidino ngan antradun nie.. hu! hu!.. :oops:
 
Joined
Dec 31, 2005
Messages
1,858
Likes
14
Points
38
Offline
#24
buat bisnes senyap2 jelah tak perlu heboh satu kampung plak... tapi kalo dah jadi kaya tu pepandai la kuar zakat dan buat amal jariah...
 
Joined
Mar 14, 2006
Messages
270
Likes
5
Points
18
Offline
#26
code7 said:
buat bisnes senyap2 jelah tak perlu heboh satu kampung plak... tapi kalo dah jadi kaya tu pepandai la kuar zakat dan buat amal jariah...
Setuju. Eh, tapi ko byr tak zakat pendapatan? hehehe...
Aku ada satu quotes:

"What u give to the universe you get back more"

atau kata lain, Givers Get.

Ramai org beranggapan bile kita beramal, mengurangkn pendapatan. Sebenarnya beramal multiply income kita. Kita bagi 1 dpt 10. Tak caya cuba tgk org2 yg berjaya dan kaya. Setiap mereka tak kira muslim atau kafir mesti beramal. Sesetengah dah ada yayasan sendiri.

Amik contoh TS Syed Mokthar - Yayasan Al-Bukhary. Bill Gates yg semakin2 kaya adalah pengasas Bill & Melinda Gates Foundation. Donald Trump dlm siri Apprentice byk mengelolakan program berbentuk amal etc etc

Aku amat tertarik dgn penulisan Robert Allen dan Mark Victor dlm One Minute Millionaire. Mereka cuba menukar cara pemikiran jutawan dunia kapitalis yg tamak dan haloba ke cara Enlightened Millionaire. Antara kaedah yg ditekankan adalah konsep tithing.
 
Joined
Dec 31, 2005
Messages
1,858
Likes
14
Points
38
Offline
#27
lebih baik diam2 saja buat zakat/amal jariah.. just buat sampai tangan kiri pun tak tau...
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
2,874
Likes
1
Points
48
Offline
#28
Assalammualaikum semua... disini saya ada sedikit amanat ringkas dari irfan khairi. Actually irfan khairi pun ada masuk sini.. tapi just sempat view je.. tak berkesempatan lagi untuk mendaftr sebgai ahli. So.. ini dia komen irfan tentang topik ini dan sedikit perkembangan beliau.

Di bawah ini adalah messege untuk forum "Apa nak jadi marketers MELAYU". Minta tolong Shuth post kan supaya dapat menjelaskan apa yang project "besar" sangat tu yang ramai dah sebut-sebut termasuk huth
sendiri.

Kira WangCyber jadi tempat pertama lah saya reveal kan. Sebenarnya tak mahu reveal lagi, tetapi, ramai pula yang tertanya-tanya, tak baik pula buat senyap.

=============================

Kepada WangCyber,

Sebenarnya, dari dulu lagi ketika saya bercita-cita idamkan kejayaan, saya sudah sedia ketahui, sekiranya saya berjaya, akan terdapat segelintir pihak yang tidak puas hati, cemburu atau iri hati. Bukan ramai-
segelintir sahaja.

Bagi saya, ia perkara biasa. Kalau tak nak orang iri hati dengan kita, jawapan dia senang sahaja- jangan capai apa apa kejayaan. Kalau begitu, takde siapa akan iri hatikan kita! That's how the world goes- lagi
berjaya, lagi ramai akan iri hati.

Sekiranya terdapat pihak yang iri hati, apa yang kita boleh buat adalah sentiasa berdoa supaya hati kita tidak diselubungi perasaan marah, sakit hati dan dendam. Oleh kerana perasaan-perasaan inilah yang akan menggelapkan hati seseorang untuk mencapai kejayaan.

Biar lah apa orang nak kata tentang saya. Kalau kita lihat Siti Nurhaliza atau Mawi yang beratus ribu peminat pun, ada juga beribu-ribu yang tak minat dengan mereka kan? Sama lah dengan kita semua, lagi ramai orang suka, mesti ada segelintir yang tidak suka ccara kita dan mencari kesalahan kita. Hukum alam. Jangan kita pula mencari kesalahan orang lain- kalau macam tu, ia tak akan habis punya.

Cuma ada juga rasa kecewa sedikit oleh kerana yang memberi komen itu adalah daripada penulis-penulis buku perniagaan Internet dan saya menganggap sama sama sepatutnya bertanggungjawab menaikkan industri perniagaan Internet Malaysia.

Oh well... things happen

Sekarang ni saya tengah sibuk dengan beberapa project. Salah satunya (yang disebut-sebutkan), saya dalam perbincangan dengan satu stesen telivisyen untuk memulakan satu program TV berbentuk IT/Internet (ala
ala Tech TV, tapi tak la secanggih Tech TV- untuk market Malaysia yang masih di tahap awal). Salah satu slot didedikasi kepada Perniagaan Internet. Insyaallah kalau semua berjalan lancar, saya diberi tanggungjawab untuk hostkan program tersebut. Kata putus akan
ditetapkan bulan May nanti, jadi, belum 100% confirm.

Di sini salah satu usaha saya untuk memperkembangkan lagi "Internet" & "Perniagaan Internet" kepada masyarakat umum. Di sini juga saya akan cuba menyatukan usahawan-usahawan Internet Malaysia dan pakar-pakar pemasaran Internet Malaysia sebagai tetamu jemputan dan sebagainya.

"Kepercayaan" perniagaan di Internet masih amat kurang di Malaysia. Sekiranya antara Internet Marketer bertelagah antara satu sama lain, sukar untuk membina kepercayaan masyarakat umum- tidak kira bangsa atau agama.

Hari tu di Pesta Buku PWTC Saifulsham ada berjumpa dengan saya dan saya ada ceritakan tentang ini. Bulan lepas ada berjumpa dengan Kidino, Sunny Tan dan Gobala Krishnan (Bukan Ananda Krishnan!) . Kalau ada
rezeki, memang kesemuanya saya ingin libatkan sekali dalam TV program ini. Sebab itu saya berusaha mencari masa untuk berjumpa dengan teman2 Internet yang lain dan mengalu-alukan kenalan baru.


Doa-doakan lah ia berjalan lancar untuk memantapkan lagi perniagaan Internet di Malaysia

Thank you for your support! WangCyber community memang best and saya doakan kejayaan semua.

-Irfan Khairi

=============================
 
Joined
Dec 31, 2005
Messages
1,858
Likes
14
Points
38
Offline
#29
Kepada irfan khairi teruskan mencipta kejayaan, jgn lemah semangat biasalah manusia terlalu banyak yang bermasalah dengan sikap hasad dengki dan irihati.. ini semua ujian.. kita kuatkan hati utk mencari rezaki Allah yang banyak ini dan beramal jariah untuk investment di akhirat sana yg lebih baik dari dunia.. la takhaf wa la tahzan innallaha ma'ana...
 

Laptop

freshman
Joined
Feb 24, 2006
Messages
207
Likes
1
Points
18
Offline
#31
Amanat sangat berharga ni. Kena jadikan panduan.... :p

Saya memang sokong 500% usaha2 murni Irfan Khairi tu...semoga segalanya berjalan lancar. All The Best!! :eek:
:p :p :p :p
 

myname

freshman
Joined
Jan 24, 2006
Messages
255
Likes
1
Points
18
Offline
#32
diaorng ni copycat... copycat dgn konsep tersendiri tak salah... yang salahnya memuji produk sendiri dan pada masa yg sama mengutuk produk org lain!
 
Joined
Mar 14, 2006
Messages
270
Likes
5
Points
18
Offline
#33
Lumrah hidup. Bila kita berjaya 1/3 akan ckp kita genius, 1/3 ckp kita gile dan 1/3 lagi ckp no comment.
 
Joined
Mar 27, 2006
Messages
477
Likes
0
Points
16
Offline
#34
Lumrah kehidupan, apabila kita mencapai kejayaan pasti ada yg dengki. Apa pun yang penting dlm mencari rzki, mustilah dengan cara yg halal dan berkat.
 

daniel

freshman
Joined
Apr 12, 2006
Messages
9
Likes
0
Points
1
Offline
#35
wah... Irfan Khairi reply pada mesej saya. Bangga... bangga...

En Irfan bila pula nak buat workshop di Sabah sini?

Apa apa pun, teruskan usaha anda.
 

daniel

freshman
Joined
Apr 12, 2006
Messages
9
Likes
0
Points
1
Offline
#36
maaf lah ya kalau saya membangkitkan semula topik yang sensitif ini.

Berikut adalah penjelasan dari Fuad Latip mengenai isu ini:

Artikel ini tidak ditujukan kepada mana-mana individu secara personal seperti yang ramai salah anggap. Tiada nama atau nama bengkel yang tertentu dinyatakan.

Artikel ini sebagai komen membina dan perlu dilihat dari sudut positif dan juga komen ini adalah komen secara umum. Tidak ditujukan kepada seseorang individu.

Saya berasa amat sedih apabila ada pihak yang memutar belitkan komen ini dengan melihat sebagai satu usaha menjatuhkan mana-mana pihak atau dengan kata lain sebagai dengki.

Artikel ini sebagai panduan kepada saudara agar lebih berhati-hati sebelum melaburkan wang yang banyak untuk memulakan perniagaan internet saudara. Ia bukan bertujuan menghalang mana-mana individu untuk hadir ke bengkel-bengkel memulakan perniagaan di internet yang diadakan di negara ini. Jika bengkel-bengkel yang diadakan adalah baik, saya menggalakkan saudara untuk hadir ke bengkel tersebut bagi menambahkan ilmu saudara di dalam perniagaan di internet.

Ia ditulis sebagai berkongsi pengalaman saya menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh sebuah syarikat dari luar negara pada tahun lepas untuk kita lebih berhati-hati di dalam memilih bengkel yang benar-benar terbaik untuk kita laburkan wang. Ia juga bertujuan agar mereka yang menjalankan bengkel tersebut boleh menambahbaikkan bengkel mereka.

Diharapkan mana-mana pihak yang memutar belitkan artikel ini bagi tujuan untuk menjatuhkan usaha Myorionet berhenti dengan serta merta agar perniagaan di internet dapat diangkat kredibilitinya.
Penjelasan daripada laman web

http://www.myorionet.com/orion/index.php?option=com_content&task=view&id=29&Itemid=48

Kalau ini lah penjelasannya, maka, saya dengan rendah diri meminta maaf. bukan niat saya memutar belitkan artikel anda.

sebelum saya berundur dari wang cyber, perlu saya ingatkan, bahawa komen saya pertama sekali adalah berdasarkan artikel Fuad Latip yang ORIGINAL. bukan artikel yang terkini yang diubah sedikit.




Petua Memilih Bengkel Perniagaan Di Internet Yang Efektif
Written by Fuad Latip
Saturday, 04 March 2006
Salam Ceria


Pada masa ini, banyak bengkel berkenaan dengan usahawan cyber, perniagaan di internet, memulakan perniagaan di internet dalam masa seminggu, sebulan dan sebagainya. Namun apakah semua itu benar-benar efektif?

Adakah efektif itu dilihat dari segi ramai peserta yang hadir dan juga dari segi pemberi bengkel tersebut popular dan diiktiraf pihak media? Saudara jangan terjerat dengan hal ini.

Di dalam pengiraan matematik, efektif dikira sebagai

efektif = (hasil / masuk) x 100%
di mana hasil dibahagi dengan masuk dan dikira di dalam %

efficiency = (output / input ) x 100%

Ini bermakna, bengkel yang keefektifannya maksimum iaitu 100% apabila bengkel tersebut dapat melahirkan keseluruh mereka yang hadir benar-benar berjaya. Namun ia mustahil untuk mencapainya.

Tetapi walaupun begitu, kita lihat berapa ramai yang benar-benar dapat memanafaatkan dari ilmu yang dipelajarinya? Atau ramai yang tidak faham dan berasa sukar untuk melakukannya?

Kenapa jadi seperti itu??

Saudara,

Apakah yang berlegar-legar di fikiran saudara apabila saudara ingin menghadiri sesuatu bengkel? (jika syarikat tempat saudara mengadakan satu bengkel untuk pekerjanya). Pasti saudara akan berfikir seperti saya iaitu:

Apakah tentatifnya?

Apa yang akan saudara belajar dari bengkel tersebut?

Saudara akan terus berfikir lagi sepertimana saya berfikir....

Jika ia merupakan bengkel yang melibatkan internet dan komputer, adakah komputer disediakan bagi setiap orang untuk mempelajarinya?

Ok...cukup setakat ini saudara fikirkan. Kita masuk semula kepada bengkel usawahan internet, memulakan perniagaan di internet dan sebagainya.

Apakah tentatifnya?
Di dalam banyak-banyak promosi dan iklan-iklan dari mereka yang menjalankan bengkel tersebut, adakah saudara pernah terbaca tentatif bengkel tersebut? Saya tidak pernah nampak walaupun seorang jutawan internet yang diakui pihak media dan terkenal diseluruh negeri mengadakan bengkel tersebut.

Saudara kena faham bahawa tentatif bukanlah suatu rahsia. Yang menjadi rahsia adalah modulnya. Tetapi tentatif perlu diberikan kepada bakal pengunjung sebelum mereka mahu melanggan untuk hadir ke bengkel. Jika tidak...perbuatan ini juga boleh dikategorikan tidak beretika.

Apa yang akan saudara belajar dari bengkel tersebut?
Ini juga bukan satu rahsia. Saudara tahu kenapa bengkel yang diadakan berjaya walaupun orang ramai tidak tahu apa yang akan diajar (secara tinjaun meluas (overview) )? Kerana bengkel yang diadakan dikala atau dimasa orang ramai sedang berpusu-pusu mendapatkan info tentang perniagaan di internet. Sebab itu ia boleh berjaya kerana tidak terdapat bengkel lain untuk dijadikan saingan.

Kebanyakan bengkel memulakan perniagaan tidak langsung memberikan apa-apa overview kepada orang ramai tentang apa yang akan diajar di dalam bengkel tersebut. Bukan sahaja kepada orang ramai, malah kepada mereka yang telah melanggan untuk datang. (saya memberikan fakta kerana saya telah hadir (sebagai tinjauan) ke bengkel-bengkel tersebut).

Jika ia merupakan bengkel yang melibatkan internet dan komputer, adakah komputer disediakan bagi setiap orang untuk mempelajarinya?
Adakah saudara yakin dapat melakukan apa yang diajarkan di dalam bengkel yang melibatkan internet dan komputer sekadar bercakap-cakap sahaja? Jika orang seperti saudara yang telah arif dengan internet dan komputer mungkin tidak banyak masalah. (ingat!!!, tidak banyak masalah adalah tidak sama dengan tiada masalah. Maksudnya ada jugaklah masalahnya tu). Tetapi bagaimana dengan orang yang tidak berapa arif dengan internet dan komputer?

Saudara,
Pengalaman saya mengajar di Universiti, tidak pernah sekalipun pihak universiti mengadakan bengkel yang melibatkan internet dan komputer tidak disediakan komputer. TIDAK PERNAH saudara. Kerana apa? Kerana sesuatu yang melibatkan internet dan komputer mesti diajar secara "real time hands-on" iaitu sambil belajar, sambil dengar, sambil buat. Tidak boleh cakap-cakap sahaja. Jika bercakap-cakap sahaja, saudara boleh dapat dari laman web seperti laman web ini. Ia PERCUMA.

Tetapi jika pengisian bengkel tersebut melibatkan internet dan komputer, saudara MESTI ditempatkan dengan komputer. Barulah bengkel tersebut lebih efektif. Barulah berbaloi dengan wang yang saudara laburkan.

Kesimpulan
Sekarang saudara fikirkan apa yang saya katakan di atas. Selagi apa yang saya katakan di atas tidak terdapat pada mereka yang mengadakan bengkel yang berkaitan dengan usahawan internet, memulakan perniagaan di internet dan sebagainya, bengkel tersebut belum boleh dikatakan efektif.

Walaupun teori penting, namun bengkel yang memerlukan kos lebih dari RM500 bukanlah berbaloi untuk bengkel yang sekadar menceritakan teori. Ini kerana teori boleh dicari di dalam internet ini. Terlalu banyak teori yang ada dan untuk memahaminya, saudara sebenarnya tidak perlu membayar wang yang sebegitu banyak kepada seseorang.

Walaupun ia disampaikan oleh mereka yang berjaya melakukan perniagaan di internet, namun ilmu tidak dapat dipindahkan dengan baik jika tidak dilengkapi dengan perkara asas yang perlu ada di dalam setiap bengkel yang melibatkan praktikal.

Pilihlah dan fikirkan sebaiknya sebelum hadir ke bengkel-bengkel perniagaan di internet. Tidak kira walaupun siapa mereka, yang penting apa yang perlu ada PASTIKAN IA ADA di dalam bengkel mereka sebelum saudara melaburkan wang yang banyak untuk hadir.
Saya harap kawan2 di sini faham mengapa saya simpulkan artikel ini bermaksud Irfan Khairi oleh kerana terdapat istilah "Jutawan Internet". Bukan niat saya memutar belitkan keadaan. Hanya benkel Irfan Khairi sahaja bernama "Bengkel Jutawan Internet"

"Saya tidak pernah nampak walaupun seorang jutawan internet yang diakui pihak media dan terkenal diseluruh negeri mengadakan bengkel tersebut."

Saya tak tahu anda semua bagaimana, tetapi bagi saya, bahagian ini sahaja boleh menyebabkan sesiapa yang terbaca artikel asal boleh salah anggap bahawa yang dimaksudkan di sini adalah Irfan Khairi.

Untuk makluman, istilah tersebut telah pun di keluarkan oleh Fuad Latip dalam versi baru. Secara adilnya, sekiranya Fuad Latip mengatakan saya memutar belit, Fuad Latip tidak boleh memutar belit artikel sendiri supaya saya pula dilihat di tempat yang salah.

Respon2 dari kawan2 forum ini juga adalah berdasarkan artikel asal di atas dan bukan artikel baru. Saya percaya respon dari saudara Irfan Khairi juga adalah berdasarkan artikel asal.

Tujuan saya menulis ini adalah kerana hendak menggariskan bahawa respon kami di sini adalah berdasarkan hasil penulisan original.
 
Joined
Dec 13, 2005
Messages
1,253
Likes
4
Points
38
Offline
#37
Buang yang keruh ambil yang jernih.

Jadi kesimpulannya, apa yang kita bincangkan di dalam topik ini kita perlu mulakan. Kalau yang dah mula baguslah, kalau yang belum lagi bermula/berubah perlu dilakukan sekrang.

Perubahan yang bakal kita lakukan pada masa ini, akan mencorakkan budaya baru kepada generasi akan datang.

:D
 
Joined
Mar 23, 2006
Messages
828
Likes
2
Points
18
Offline
#38
pada saya, kalau nak komen... buat secara personal kepada orang yang buat program. tidak perlu aibkan orang lain... tapi artikel diatas mungkin tidak menyentuh mana2 pihak.. sebab tiada nama atau kata lain secara umum. Tak salah beri pendapat... salah jika tepat tuju...

tetapi menutup periuk nasi orang lain memang ditegah kecuali kalau salah dari segi agama Islam. Contoh... program galak judi and apa2 jer dan setelah secara personel tak jalan... komen umum pada saya, saya galakkan tetapi untuk suruh orang berfikir dan bukan membenci... dan perlu mendapat sokongan majoriti dengan sistem bancian so whatever...

boleh halang kejahatan tetapi jangan sampai buat fitnah....
dalam Islam, tidak boleh aibkan orang dikhalayak ramai...

tapi betullah... dengki (buat fitnah) akan menyebabkan tak maju, sebab masa sibuk dihabiskan tang tu....

Secara tepat, pada saya irfan khairi tu buat program, itu rezeki dia... tidak payahlah dengki kat dia melainkan dia kacau line kita. Tu jer... pada saya program dia tak salah... pasal tajuk bengkel jutawan tu... mungkin maksud dia nak terangkan cara jadik jutawan.. tujuan le tu.... yang penting, yang datang bengkel dia puashati... kalau ada tak puas hati... biarlah peserta bengkel itu buat aduan... mengapa orang yang tak datang bengkel mesti mengadu... bagi pihak yang pergi... kalau pergi mengapa tak komen on the spot masa dalam bengkel tu.... ??

adakah anda semua baca kertas program sebelum membayar untuk menyertai sesuatu program? kalau dalam kertas program dan ceramah juga menepati kata-kata dalam kertas programme jangan komen.

seeloknya tanya dulu kepada tuan programme pasal apa yang dia nak sampaikan... contoh, adakah tuan akan ceritakan pasal bla,bla, bla.... kalau puas hati baru sertai.....
 
Joined
Mar 14, 2006
Messages
270
Likes
5
Points
18
Offline
#39
OK, saya ni antara org yg ske attend seminar. Walaupun sesetengah bengkel/seminar, contentnya hampir sama dgn buku, tp tahap penerimaan kita jauh lebih besar. Di samping itu kita akan didedahkn dgn tips2 tambahan dan terkini yg author kadang2 x dpt masukkan dlm buku. Buku tu utk panaskan bdn aje.

Cuma, saya lebih ske memilih author yg jenis "walk their talk", sbb bila mrk pernah buat, akan muncul maklumat yg adakala tak ada dlm buku2 lain.

Apa kata survey...?
 
Joined
Dec 15, 2005
Messages
715
Likes
3
Points
18
Offline
#40
Betul tu, lagi satu, kita boleh lebih mengenali dengan lebih rapat penceramah tersebut. Boleh tanya 'on the spot'. Bila dah kenal, lain kali boleh ler mintak tunjuk ajar dan cedok ilmu.
 
Status
Not open for further replies.
Top