Antara manfaat dari Sistem Pengurusan Berkualiti terhadap Syarikat yang Mempunyai Sistem Stokis/Ejen

Joined
Sep 16, 2021
Messages
32
Points
6
Age
33

Sistem stokis/Ejen banyak digunakan di kalangan perniagaan kosmetik, produk kesihatan, MLM, direct sales di Malaysia. Sistem ini sering digunakan kerana ia memudahkan Head Quarter (HQ) untuk menjual produk. Walaubagaimanapun, sistem ini mempunyai banyak risiko jika tidak diurus secara baik.


Antara manfaat yang pertama adalah ISO 9001 akan menyediakan garis panduan dan kerangka kerja untuk organisasi menguruskan stokis-stokis mereka dan perkara ini memudahkan HQ memantau dan menyalurkan maklumat kepada stokis. Selain itu, Sistem Pengurusan berkualiti membolehkan organisasi untuk mengurangkan kesalahan dengan melaksanakan SOP yang telah ditetapkan sekaligus menjimatkan kos pengeluaran. Seterusnya, melalui sistem pengurusan berkualiti, HQ dapat mengesan produk yang telah dihantar kepada stokis dan perkari ini bertujuan untuk memastikan pelanggan tidak menerima barang yang telah tamat tempoh daripada stokis. Akhir sekali, ISO 9001 dapat mengurangkan risiko produk rosak semasa penghantaran. Hal ini penting kerana produk yang sampai kepada stokis perlu diedarkan dengan SOP yang betul kepada ejen sebelum sampai kepada pelanggan.

Kesimpulannya, ISO 9001 memberikan banyak manfaat kepada syarikat yang menjalankan sistem ejen.

Untuk info yang lanjut, klik link ini.
https://www.pearl-certification.com...k-syarikat-yang-mempunyai-sistem-stokis-ejen/
 
Top