Analisis SWOT perniagaan anda

cikgu zahran

Newbie
Joined
Aug 25, 2009
Messages
174
Points
0
Apabila anda melakukan analisis ini, anda sebenarnya juga akan mencungkil fakta-fakta yang amat berguna – iaitu menfokuskan kepada perkara-perkara yang sebelum ini anda mungkin tidak melihatnya. Anda juga akan sedar bahawa dengan mengetahui kelemahan-kelemahan anda adalah amat penting , sepenting mengetahui kekuatan anda.Setelah anda membuat analisis SWOT terhadap perniagaan anda, buat pula analisis SWOT kepada pesaing-pesaing anda. apabila anda melakukan analisis SWOT anda akan mempersoalkan ….

1. Kekuatan (Strengths) . Apakah kecekapan yang ada pada perniagaan anda? Apakah yang anda benar-benar cemerlang dalam melakukan sesuatu?
2. Kelemahan (Weakness). Adakah perniagaan anda kekurangan daripada segi sumber-sumber atau kebolehan? Adakah perniagaan anda terdedah kepada ancaman pesaing-pesaing?
3. Peluang-peluang (Opportunities). Bolehkah perniagaan anda menjual lebih banyak atau mencari pasaran baru atau membuat produk/servis baru ?
4. Ancaman (Threats) .Adakah produk dan teknologi perniagaan anda boleh ditewaskan? Atau adakah pasaran semakin mengecil ?Sumber sydinar blog

Analisis swot amat penting sebelum anda mengenal pasti kelebihan dan kekurangan perniagaan anda.Jadi mari sama sama kita analisa potensi perniagaan anda.Saya boleh membantu anda membuat analisis dan mungkin rakan rakan lain boleh sama membantu.

Apa yang perlu?
1-Nyatakan apa jenis perniagaan anda,sekiranya ada pesaing..nyatakan
2-Lokasi sekiranya ada
3-Kelebihan yang anda ada.

dengan maklumat tersebut kita boleh melakukan beberapa strategi sama ada strategi kekuatan-kelemahan,startegi ancaman-peluang........saya akan cuba bantu anda berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya pelajari didalam swot analysis ini...

semoga dapat membantu anda mengenal potensi perniagaan anda
 

code7

Senior
Joined
Dec 31, 2005
Messages
1,898
Points
38
emm.. teknik swot analysis ni mmg digunakan dlm company2 besar spt dell, microsoft etc.. mmg bagus kalo IM praktikkan teknik ini untuk masa depan ebiz sama ada utk short/mid/long term strategy..
 

cikgu zahran

Newbie
Joined
Aug 25, 2009
Messages
174
Points
0
bagi yang nak buat swot..ada template yang boleh diguna...http://www.businessballs.com/freematerialsinword/free_SWOT_analysis_template.doc

Apa itu Teori Analisis SWOT?

Teori Analisis SWOT adalah sebuah teori yang digunakan untuk merencanakan sesuatu hal yang dilakukan dengan SWOT. SWOT adalah sebuah singkatan dari, S adalah STRENGHT atau Kekuatan, W adalah WEAKNESS atau Kelemahan, O adalah OPPORTUNITY atau Kesempatan, dan T adalah THREAT atau Ancaman. SWOT ini biasa digunakan untuk menganalisis suatu kondisi dimana akan dibuat sebuah rencana untuk melakukan sesuatu, sebagai contoh, program kerja.

kita boleh menggunaka swot untuk merencana apa yang nak dilakukan,strategi yang perlu dalam membuat sesuatu perniagaan.

contoh:

anda senaraikan kekuatan yang ada dan kelemahan,kemudian buat strategi untuk mengatasinya

Kekuatan(S)

permintaan produk tinggi

Kelemahan (w)

Harga produk mahal

anda combine kedua -dua faktor tersebut iaitu permintaan produk yang tinggi tapi harganya mahal..

Strategi
1-kurangkan harga
2-tambah faktor nilai tambah tehadap produk seperti bonus,free gift dll
 

abanglong

Newbie
Joined
Oct 9, 2008
Messages
252
Points
16
Untuk SWOT Analysis ni, kena fikirkan dan analisa dengan mendalam. Jangan tangkap muat sahaja. Memang betul ia dapat membantu merangka perancangan perniagaan yang strategik bagi menguasai pasaran, terutamanya jika produk anda memiliki ramai pesaing.
 

code7

Senior
Joined
Dec 31, 2005
Messages
1,898
Points
38
emm bagus gak teknik ini, cuma cadangan saya lebih baik kalau ada satu panduan khusus bagaimana nak buat SWOT analisis ini..kira mcm modul atau manual :)

p.s: mungkin saudara code7 leh share teknik yang saudara gunakan dlm perniagaan anda pada warga WC ni.. :D

insyaallah.. nnt saya fikirkan beberapa teknik yang telah dipraktikkan dlm ebiz saya.. :)
 
Top