Dalam Negara Amoi didenda RM3,000 tukar harga iPhone 7 RM4 ribu jadi RM4

Joined
Feb 10, 2009
Messages
22,265
Likes
15
Points
38
Offline
#1


KUALA LUMPUR - Akibat mengubahsuai kandungan dalam laman web syarikat, seorang wanita didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Lau Jia Wen, 23, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mahkamah turut memerintahkan Lau selaku Orang Kena Saman (OKS) dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan, Lau didakwa mengubahsuai kandungan dalam laman web syarikat berhubung harga produk jenis iPhone 7 Plus tanpa persetujuan dan kebenaran daripada pihak syarikat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah syarikat perabot di Setapak, pada jam 12.29 tengah malam, 22 Julai 2017.

Bagi perbuatan itu, OKS didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Lau tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa.

Berdasarkan fakta kes, Lau yang juga bekas pekerja di syarikat itu didakwa melakukan penipuan terhadap syarikat dengan menukarkan harga jualan telefon jenis iPhone 7S Plus dari harga RM4,299 kepada harga RM4.99.

Pengadu di dalam kes mendakwa bahawa selepas harga ditukar, seorang lelaki membeli enam unit telefon.

Harga itu ditukar kepada harga asal pada jam 6.55 pagi, keesokannya.

Hasil siasatan mendapati terdapat pertukaran harga dibuat dan syarikat sempat menghentikan penghantaran telefon itu. - Metro
 
Top