Alkisah 'Apabila Kita Ingin Bermula..'

Joined
Aug 21, 2012
Messages
4
Likes
0
Points
1
Offline
#1
Salam sahabat WC :)

Ingin saya titipkan perkongsian ringkas sebagai ingatan untuk diri kita lebih2 lagi diri saya khususnya :)

Apabila kita ingin bermula...

Pastinya timbul


1. " Nanti apa orang kata? "

- Ini adalah norma kehidupan. Mulut manusia memang takkan berhenti daripada berkata- kata, dari yang baik sehinggalah ke buruk. Kita takkan mampu menutup mulut mereka. Itu adalah hak masing2. Namun, masalahnya sekarang, adakah anda mahu berhenti separuh jalan atau tidak bermula langsung untuk melakukan sesuatu perkara HANYA KERANA dek timbulnya
"Nanti apa orang kata?"



2. " Kejap lagi/Esok lah baru aku buat.. "

- Ini adalah masalah sikap. Saya tak nafikan bahawa saya sendiri sering dibelenggu dengan masalah ini. Namun, saya percaya setiap orang ada cara yang tersendiri untuk tangani masalah ini. Sebagai contoh, dalam kes saya, bila saya sudah ada idea untuk melancarkan satu produk atau perniagaan baru, saya akan terus catat idea tersebut. Tapi bila sampai giliran untuk melaksanakan idea tersebut, pasti saya akan terfikir " Esok lah buat, banyak masa lagi ini.. " Wachaaa! Terus saya potong masalah tersebut dengan mengingatkan diri saya, " Kang aku lambat, orang lain kebas dulu. Orang lain buat duit dulu." :)



3. " Bagaimana nak bermula?? "

- Nak bermula, tetapi tiba- tiba blur sekejap, tanya diri balik bagaimana nak bermula.. Aisehh.. Ada juga masalah begini? Ya, ada! Jangan terkejut dengan soalan ini sebab saya waktu mula2 nak bermula dengan perniagaan internet juga sering blur how to start. Masalah ini boleh diatasi tapi ambil masa sedikit. Apa yang perlu anda lakukan:

i) Baca buku/ebook/sumber info- Gali ilmu sebanyak mungkin kerana orang yang bijak adalah bertindak dengan ilmu. Jangan main hentam tanpa ilmu, nanti anda pasti menyesal dan rugi.

ii) Mentor- Ini juga ditekankan oleh semua pakar dan sifu. Di belakang seseorang yang berjaya, pastinya ada guru yang hebat. Larry Page (CEO utama pakcik google) juga minta nasihat daripada Steve Jobs (Apple).

iii) Impian- Setiap orang mesti ada IMPIAN! Anda jangan keliru antara impian dan angan- angan. Setiap orang yang ada impian, hendaklah disusuli dengan TINDAKAN. Manakala mereka yang asyik berangan... Sampai ke malam atas katil. :D

iv) Take action/ Bertindak dengan segera- Anda lapar dan nak makan. Anda dah nampak makanan di atas meja. Bau lazat juga sudah menyengat. Tapi anda tak bergerak langsung dari kerusi tempat anda duduk. Anda hanya sebut, 'Adoii lapar. Sedapnya bau..' Percayalah, sampai bila- bila pun perut anda tak akan berasa kenyang kalau anda tak bergerak menuju ke makan tersebut.

v) Bersistematik dan berstrategi- Dalam apa jua bidang sekali pun, sistematik dan strategi adalah komponen yang sangat crucial atau dalam bahasa melayunya PENTING. Hidup, perniagaan, pelajaran dan lain2 pastinya akan lebih indah dan terurus sekiranya kita bijak dalam menjadikan perkara tersebut lebih bersistematik. Manakala dengan strategi pula, pelbagai kemungkinan dan musibah akan dapat dihindari dalam masa akan datang :)



Ini adalah 3 'main negative ideas' yang sering muncul dalam kotak pemikiran saya. Lain orang, lain masalah yang dihadapi.
Namun kita perlu tanam dalam diri kita bahawa setiap masalah pasti ada SOLUSInya.

Maaf sekiranya terdapat kelemahan dalam penulisan saya. Yang baik2 boleh diambil. Yang buruk dijadikan sempadan.

Salam kejayaan dan kekayaan dunia serta akhirat buat sahabat2 WC. :)
 

limyh

freshman
Joined
Feb 26, 2013
Messages
118
Likes
0
Points
0
Offline
#3
tiga tiga pun kena, takut orang kata, malas dan menlengah-lengahkan perkara yg kena buat, dan tak tau nak buat apa sebagai permulaan. tau kelemahan diri, tapi masih tak ambil tindakan. nampaknya kena bertaubat dan ambil tindakan yg sewajar. terima kasih atas perkongsian.
 
Top